Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
سلطان صلاح الدين عبدالعزيز شاه

Yang di-Pertuan Agong XI
26 April 1999 - 21 November 2001
Pertabalan 23 September 1999
Negeri Selangor
Pendahulu Tuanku Jaafar
Pengganti Tuanku Syed Sirajuddin
Raja Permaisuri Agong Tuanku Siti Aishah
Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad

Timbalan Yang di-Pertuan Agong X
26 April 1994 – 25 April 1999
Negeri Selangor
Pendahulu Tuanku Jaafar
Pengganti Sultan Mizan Zainal Abidin

Sultan Selangor ke-8
3 September 1960 – 21 November 2001
Kemahkotaan 28 Jun 1961
Pendahulu Sultan Hisamuddin Alam Shah
Pengganti Sultan Sharafuddin Idris Shah‎

Tengku Abdul Aziz Shah ibni Tengku Alam Shah
Keputeraan (1926-03-08)8 Mac 1926
Istana Bandar Temasha, Jugra, Kuala Langat, Selangor, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Malaya British
Gering
Kemangkatan 21 November 2001(2001-11-21) (umur 75)
Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur
Pemakaman 22 November 2001
Makam Diraja Klang, Klang, Selangor
Tempat persemayaman Istana Alam Shah, Klang, Selangor
Ayahanda Sultan Hisamuddin Alam Shah
Bonda Tengku Ampuan Jemaah
Isteri/Tengku Ampuan/Tengku Permaisuri Raja Nur Saidatul-Ihsan (k. 1943; c. 1956)
Che' Mahiran (k. –1954)
Tengku Ampuan Rahimah (k. 1956; m. 1993)
Sharifa Salmah (k. 1961; c. 1962)
Tengku Permaisuri Siti Aishah (k. 1990–2001)
Putera-Puteri Tengku Nor Halijah
Sultan Sharafuddin Idris Shah
Tengku Puteri Sofiah
Tengku Sulaiman Shah
Tengku Puteri Zahariah
Tengku Fatimah
Tengku Abdul Samad
Tengku Puteri Arafiah
Tengku Puteri Aishah
Tengku Ahmad Shah
Tengku Puteri Nor Marina
Tengku Puteri Nor Zehan

Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj (Jawi: سلطان صلاح الدين عبدالعزيز شاه ابن المرحوم سلطان هيثم الدين عالم شاه الحاج) merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-11 (26 April 1999 - 21 November 2001). Yang di-Pertuan Agong ialah panglima tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Baginda menjadi Sultan Selangor selama 41 tahun (1960-2001).

Keputeraan كڤوترأن[sunting | sunting sumber]

Baginda diputerakan pada jam 3:30 petang, Isnin 8 Mac 1926 di Istana Bandar Temasha.

Pendidikan ڤنديديقن[sunting | sunting sumber]

Baginda belajar di Sekolah Melayu Pengkalan Batu, Klang pada 1934 dari darjah 1 hingga 6. Antara rakan sekolahan baginda ialah Ishak Bidin (74). 1936 melanjutkan pelajaran di Maktab Melayu Kuala Kangsar hingga Disember, 1941 apabila meletus Perang Dunia Kedua .1947-1949 belajar pula di School of Oriental and African Studies, Universiti London .

Baginda merupakan peminat burung terutama burung kakak tua. Pada masa lapang baginda bermain golf dan bersiar-siar dengan kereta antik.

Kerjaya كرجاي[sunting | sunting sumber]

Pernah berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Awam sebagai Pegawai Pelatih Jabatan Ukur Negeri Selangor dan kemudiannya dilantik sebagai Nazir Sekolah selama lapan bulan. Baginda juga menyertai Askar Melayu di Port Dickson selama enam bulan dan ditauliahkan Queen Commission dengan pangkat Kapten dan kemudian Mejar.

Dilantik sebagai Tengku Laksamana Selangor pada 1 Ogos 1946 dan sebagai Raja Muda Selangor pada 13 Mei 1950.

Pada 1 September 1960, Sultan Hisamuddin Alam Shah mangkat , Sultan Salahuddin dilantik sebagai Sultan Selangor pada 3 September 1960 dan ditabal sebagai Sultan pada 26 Jun 1961.[1]

Keluarga کلوارݢ[sunting | sunting sumber]

Baginda mempunyai 10 putera dan puteri dari 3 permaisuri.

Dengan isteri pertama yang juga sepupu baginda, Raja Nor Saidatul Ihsan binti Al-Marhum Tengku Badar Shah, baginda dikurniakan tiga putera dan empat puteri iaitu Tengku Idris Shah yang merupakan Raja Muda Selangor dulu kini Sultan Selangor, Tengku Puteri Sofiah, Tengku Sulaiman Shah (Tengku Laksamana Selangor), Tengku Puteri Zahariah, Tengku Abdul Samad Shah (Tengku Panglima Besar Selangor), Tengku Puteri Arafiah dan Tengku Puteri Aishah.

Bersama isteri kedua, Cik Mahiran, baginda dikurniakan seorang putera, Tengku Ahmad Shah (Tengku Panglima Raja Selangor) manakala dengan isteri ketiga, Tengku Ampuan Rahimah, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dikurniakan dua puteri iaitu Tengku Puteri Nor Marina dan Tengku Puteri Nor Zehan.

Pada 3 Mei 1990 baginda berkahwin dengan Tuanku Siti Aishah binti Abdul Rahman yang kemudian bergelar Cik Puan Besar Selangor. Mereka tidak dikurniakan sebarang cahaya mata. [2][3]

Kerja kebajikan كرجا كباجيقن[sunting | sunting sumber]

Masjid Sultan Abdul Aziz di Kampung Perigi Nenas, Pulau Indah dibina dengan kos RM4 juta pada 1997 dengan sumbangan baginda. Masjid itu dirasmikan pada 8 Mac 1999. Masjid Shah Alam dibina semasa baginda menjadi Sultan Selangor pada 1987.[4] Baginda mahu Pulau Indah ( dahulu Pulau Lumut) dan Pulau Ketam dimajukan. Bot mewah baginda `Siti Aishah' pernah dilanggar oleh sebuah kapal kargo di Pelabuhan Klang.[5]

Baginda pernah melancong ke Perth di Australia Barat, Bali dan Medan di Indonesia serta London dan bermain golf di Florida, Amerika Syarikat.

Yang di-Pertuan Agong يڠ دڤرتوان اڬوڠ[sunting | sunting sumber]

Baginda ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1999. Baginda mengisytiharkan Tengku Idris Shah sebagai Pemangku Raja Selangor. Baginda bercadang apabila tamat sahaja dari menjadi Yang di-Pertuan Agong pada 2004, baginda berhasrat untuk berehat di kediaman baginda di London, bersebelahan dengan Masjid Regent.

Krisis perkahwinan Menteri Besar Selangor كريسيس ڤركهوينن منتري بسر سلاڠور[sunting | sunting sumber]

Krisis tercetus apabila bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Haji Muhd Taib berkahwin dengan puterinya, Tengku Puteri Zanariah.

Kemangkatan كمڠكتن[sunting | sunting sumber]

Baginda mangkat pada 11:57 pagi, 21 November 2001 (bersamaan 5 Ramadan 1422) di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada usia 75 tahun, berikutan masalah jantung. Baginda terpaksa menggunakan alat bantuan penafasan dan mesin dialisis. Pada 6 Oktober 2001 baginda menjalani pembedahan kecil di Singapura. Baginda menerima rawatan dua bulan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura. Kemangkatan baginda diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad menerusi siaran televisyen dan radio. Beliau mengumumkan negara berkabung selama 7 hari dan meminta bendera dikibarkan separuh tiang sepanjang tempoh itu.[6]

Istiadat pemakaman استعادة ڤمقامن[sunting | sunting sumber]

Sembahyang jenazah diadakan di Masjid Negara, diimamkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Hashim Yahya. Turut hadir serta ialah Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin, Pemangku Raja Muda Selangor, Tengku Idris Shah dan anggota kerabat diraja Selangor dan Perdana Menteri, Dato'Seri Dr Mahathir Mohamad.

Rakyat dan orang kenamaan memberi penghormatan terakhir di Istana Negara, di Masjid Negara, Dataran Merdeka dan di Makam Diraja Klang. 20,000 rakyat berhimpun di Jalan Raja, berhadapan Bangunan Sultan Abdul Samad. Penghormatan penuh istiadat ketenteraan di Dataran Merdeka dilakukan oleh Batalion 1, Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai oleh Mejar Hamdan Musa.[7]

Jenazah Almarhum dimakamkan di Makam Diraja Klang pada 22 November 2001. Makam ini kira 1.5 km dari Istana Alam Shah dan Masjid Diraja Sultan Suleiman. Baginda dimakamkan bersebelah makam ayahandanya, Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah. Talkin dan doa dibacakan oleh Mufti Negeri Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid. Seluruh masjid di Selangor mengadakan majlis tahlil dan bacaan Yassin setiap malam selama 40 hari berkabung.[8]

Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Permaisuri Tuanku Nur Zahirah, Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, dan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah turut memberi penghormatan terakhir. Pemimpin luar yang hadir ialah Presiden Megawati Sukarnoputri dari Indonesia dan Presiden Singapura, S.R. Nathan serta Timbalan Perdana Menteri Lee Hsien Loong serta Timbalan Perdana Menteri Thailand, Dr Supachai Panitchpakdi. Kerajaan Thailand dan Brunei mengarahkan pejabat kerajaan mengibarkan bendera separuh tiang.

Lihat juga ليهت جوݢ[sunting | sunting sumber]

Rujukan رجوكن[sunting | sunting sumber]

Didahului oleh
Tuanku Jaafar
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
Yang di-Pertuan Agong
1999-2001
Diikuti oleh:
Tuanku Syed Sirajuddin
Raja Perlis
Didahului oleh
Sultan Hisamuddin Alam Shah
Sultan Selangor
1960-2001
Diikuti oleh:
Sultan Sharafuddin