Sultan Yahya Abdul Jalil Muzaffar Syah
Yahya | |
---|---|
Sultan Siak Sri Inderapura | |
Pemerintahan | 1781 – 1791 |
Nama penuh | Sultan Yahya Abdul Jalil Muzzafar Syah |
Gelaran | Yang Dipertuan Besar Siak |
Dimakamkan | Dungun, Malaysia |
Pendahulu | Sultan Ismail |
Pengganti | Sultan Sayyid Ali |
Dinasti | Malaka/Parameswara |
Ayahanda | Sultan Ismail |
Sultan Yahya Abdul Jalil Muzaffar Syah (mangkat 1784) merupakan sultan keenam dalam turutan sultan-sultan Kerajaan Siak Sri Indrapura. Baginda memerintah dari tahun 1782 sehingga 1784 setelah memerintah hanya selama lebih kurang tahun. Baginda mangkat pada tahun 1784 dengan gelaran Marhum Mangkat di Dungun.
Naik Takhta
[sunting | sunting sumber]Sultan Ismail mangkat pada tahun 1781 dan ditaballah puteranya Tengku Yahya dengan gelar Sultan Yahya Abdul Jalil Muzaffar Syah. Karena baginda belum dewasa, dilantiklah bekas sultan Tengku Muhammad Ali sebagai wali sultan dalam kurun waktu 1781-1782 hingga akhirnya kuasa berpindah kepada Sultan Yahya pada tahun 1782.[1]
Menurun Takhta
[sunting | sunting sumber]Sultan Yahya memindahkan ibu kota dari Senapelan ke Mempura kerana pertikaian antara beliau dengan Sayyid Ali. Sayyid Ali mendapat sokongan daripada Tengku Muhammad Ali kerana merupakan panglima besar baginda semasa beliau menjadi sultan dahulu dan juga merupakan anak saudari beliau sendiri. Dengan sokongan daripada pembesar-pembesar kerajaan, Sayyid Ali berjaya menyingkirkan Sultan Yahya yang dianggap lemah dan tidak cakap dalam memerintah. Sultan Yahya kemudian melarikan diri ke Kampar, kemudian Trengganu, hingga akhirnya mangkat di Dungun, Terengganu pada tahun 1791.[1]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Daftar kepustakaan
[sunting | sunting sumber]- Donald James Goudie, Phillip Lee Thomas, Tenas Effendy, (1989), Syair Perang Siak: a court poem presenting the state policy of a Minangkabau Malay royal family in exile, MBRAS.
- Christine E. Dobbin, (1983), Islamic revivalism in a changing peasant economy: central Sumatra, 1784-1847, Curzon Press, ISBN 0-7007-0155-9.
- Journal of Southeast Asian studies, Volume 17, McGraw-Hill Far Eastern Publishers, 1986.
Lihat pula
[sunting | sunting sumber]Didahului oleh Sultan Ismail |
Sultan Siak Sri Inderapura 1781 - 1791 |
Diikuti oleh: Sultan Sayyid Ali |