Sultan Zainal Abidin III

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sultan Zainal Abidin III Muazzam Shah
Sultan Terengganu
Pemerintahan 1881 - 1918
Pendahulu Sultan Ahmad Muazzam Shah II
Pengganti Sultan Muhammad Muazzam Shah II
Nama penuh
Sultan Sir Zainal Abidin III Muazzam Shah ibni Almarhum Sultan Ahmad Muazzam Shah II
Ayahanda Sultan Ahmad Muazzam Shah II
Keputeraan 12 April 1866
Kemangkatan 26 November 1918 (usia 52)
Agama Islam

Almarhum Sultan Sir Zainal Abidin III Muazzam Shah ibni Almarhum Sultan Ahmad Muazzam Shah II (12 April 1866 - 26 November 1918) adalah Sultan Terengganu yang ke-11. Baginda memerintah dari tahun 1881 hingga tahun 1918. Baginda ditabalkan selepas kemangkatan ayahandanya, Sultan Ahmad Muazzam Shah II.

Di bawah pemerintahan Sultan Zainal Abidin III, Terengganu bernaung di bawah pemerintahan British melalui Perjanjian Inggeris-Siam 1909. Pada tahun 1911, baginda mengeluarkan perlembagaan pertama di Terengganu. Baginda kembali ke rahmatullah pada tahun 1918 dalam usia 52 tahun, selepas pemerintahan selama hampir 37 tahun. Baginda digantikan oleh anakandanya, Sultan Muhammad Muazzam Shah II.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Mohamed Anwar Omar Din, Nik Anuar Nik Mahmud dan Jawatankuasa Teknikal & Sidang Editor Yayasan DiRaja Sultan Mizan (2011). Dirgahayu Tuanku:Sejarah Kesultanan Terengganu 1708-2008. Yayasan DiRaja Sultan Mizan. 
Didahului oleh
Sultan Ahmad Muazzam Shah II
Sultan Terengganu
1881-1918
Diikuti oleh:
Sultan Muhammad Muazzam Shah II