Sumbangan Tunai Rahmah
Penampilan
| Sumbangan Tunai Rahmah | |
|---|---|
STR diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim pada tahun 2023. (Berikut adalah senarai Tarikh penyaluran tahun 2023 hingga kini) : | |
| 2023 | 17 Januari 2023 - 7 November 2023 |
| 2024 | 29 Januari 2024 - 31 Disember 2024 |
| 2025 | 22 Januari 2025 - 31 Disember 2025 |
| 2026 | 20 Januari 2026 - kini |
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Sumbangan Tunai Rahmah adalah satu bentuk bantuan tunai bersasar yang diberikan kepada rakyat Malaysia mengikut kategori tertentu. Bantuan ini diperkenalkan untuk menangani isu kos sara hidup yang semakin meningkat akibat faktor seperti inflasi, kenaikan harga barang keperluan asas, dan cabaran ekonomi global. Rakyat sentiasa menantikan berita sumbangan tunai rahmah setiap tahun.[1][2]
STR merupakan kesinambungan daripada pelbagai program bantuan sebelumnya seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). Walau bagaimanapun, STR telah ditambah baik untuk memastikan bantuan lebih inklusif dan memenuhi keperluan semasa rakyat.
Objektif sumbangan
[sunting | sunting sumber]Kerajaan melaksanakan program ini dengan beberapa objektif utama, iaitu:
- Mengurangkan Beban Kos Sara Hidup STR membantu isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana untuk menampung perbelanjaan harian mereka.
- Meningkatkan Kesejahteraan Sosial Dengan memberikan bantuan kepada golongan rentan seperti warga emas, ibu bapa tunggal, dan individu bujang berpendapatan rendah, kerajaan dapat memastikan kesejahteraan sosial yang lebih baik.
- Merangsang Ekonomi Tempatan Bantuan tunai ini juga dijangka merangsang ekonomi tempatan apabila penerima menggunakan wang bantuan untuk membeli barangan keperluan harian.
- Memastikan Keseimbangan Ekonomi STR bertujuan untuk merapatkan jurang ekonomi antara golongan kaya dan miskin di Malaysia.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ admin (2024-12-06). "Berita Sumbangan Tunai Rahmah 2025". Forex Niaga (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-12-06.
- ^ "Semakan STR 2025: Cara Semak Status & Tarikh Bayaran". Semakan STR. Dicapai pada 2025-08-17.