Pergi ke kandungan

Sumpah-sumpah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sumpah-sumpah
Sesumpah biasa, Chamaeleo chamaeleon
Pengelasan saintifik
Subfamili dan Genus
      Taburan asal spesies keluarga Chamaeleonidae

Sumpah-sumpah (juga: sesumpah, Jawi: سومڤه٢) atau kameleon (Jawi: كاميليون) adalah jenis reptilia dalam keluarga Chamaeleonidae[1] dikenali dari kebolehan bertukar warna mengikut keadaan sekeliling; sebanyak 202 spesies dari keluarga ini diketahui setakat Jun 2015.[1] Cicak-cicak dalam keluarga ini bertaburan luas pelbagai habitat hutan hujan ke gurun di benua Afrika, Madagaskar, selatan Eropah sampailah ke Sri Lanka di selatan Asia.

Nama sumpah-sumpah dan sesumpah pada asalnya diberikan kepada sejenis mengkarung spesies Bronchocela cristatella (atau sinonimnya Calotes cristatellus)[2] kerana penampakan cicak itu yang sering membuka tutup mulutnya secara laju seakan mengucap sumpahan.[3][4] Nama cicak Bronchocela ini kemudiannya dikait bertindihan kepada cicak Chamaeleonidae kerana kedua-dua jenis cicak ini berkebolehan sama bertukar warna kulit sendiri.[5][3]

Nama kameleon pula menyerap bahasa Latin chamaeleōn,[6] dipinjam dari kata Yunani χαμαιλέων khamailéōn[7] menggabungkan χαμαί khamaí "tanah"[8] dan λέων léōn "singa"[9][10][11] dari bentuk jambul kepala haiwan ini yang menegak menyerupai bulu surai seekor singa jantan lalu dinamakan sedemikian oleh masyarakat Akkadia yang mula-mula mengetahui haiwan ini.[12]

Ciri fizikal

[sunting | sunting sumber]
Sesumpah kerdil tanjung di Tokai, Afrika Selatan.

Sesumpah mempunyai bebola mata yang mampu digerakkan sendirian berpusingan seluruh 360 darjah; penglihatan ini ditumpukan melalui suatu lubang mata manakala sebahagian besar mata lain tertutup kerana tercantumnya kedua-dua kelopak atas dan bawah mata. Haiwan ini dapat melihat tidak sahaja dalam persekitaran bercahaya tampak malah juga bercahaya ultraungu.[13]

Kebolehan bertukar warna

[sunting | sunting sumber]

Sesumpah mempunyai dua lapisan bawah kulit yakni satu lapisan kromatofor berpigmen dan satu lapisan iridofor mengandungi nanohablur guanina di bawahnya. Hablur-hablur guanina ini digerakkan agar mengubah struktur membolehkan pemantulan panjang gelombang dari cahaya luar menampakkan warna diubah.[14][15] Pelbagai spesies kameleon mengubah warna dan corak sepanjang spektrum kemerahan, kekuningan, kebiruan sampai keunguan.[16]

Sesumpah menukar warna kulit kerana pelbagai tujuan termasuk:[14]

  • penyamaran
  • menyesuaikan diri dengan perubahan pada cuaca dan suhu persekitaran diduduki (misalnya menggelap untuk menyerap haba memanaskan diri)[17][18]
  • menandakan emosi diri kepada haiwan-haiwan lain sekawanan:[19][20] warna terang menunjukkan rasa agresif atau marah[21]

Pemakanan

[sunting | sunting sumber]

Sesumpah ini lazim memakan serangga namun ada juga spesies-spesies lebih besar yang berkebolehan memakan cicak lain mahupun anak burung.[22]:5

  1. 1 2 Glaw, F. (2015). "Taxonomic checklist of chameleons (Squamata: Chamaeleonidae)". Vertebrate Zoology. 65 (2): 167–246.
  2. Lihat:
    • "chameleon". Kamus Inggeris-Melayu Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2002.
    • "sumpah-sumpah". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
    • "sumpah-sumpah". Kamus Besar Bahasa Indonesia (ed. ke-3). Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Republik Indonesia. 2016.
  3. 1 2 Winstedt, Richard (1923). Malaya: The Straits Settlements and the Federated and Unfederated Malay States. Constable & Company, Limited.
  4. Wilkinson, Richard James (1932). "sumpah". A Malay-English dictionary (romanised). II. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 500 melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  5. Günther, Albert C. L. G. (1864). "Bronchcela cristatella". The Reptiles of British India. London: Taylor and Francis. m/s. 138.
  6. chamaeleon. Charlton T. Lewis and Charles Short. A Latin Dictionary pada Perseus Digital Library.
  7. χαμαιλέων. Liddell, Henry George; Scott, Robert; A Greek–English Lexicon di Perseus Project.
  8. χαμαί in Liddell dan Scott.
  9. λέων in Liddell dan Scott.
  10. "Chameleon". Dictionary.com.
  11. Douglas Harper. "chameleon". Online Etymology Dictionary.
  12. Strauss, Bob (17 November 2019). "10 Facts About Chameleons". ThoughtCo. Dicapai pada 29 September 2021.
  13. "Chamaeleon News". Chameleonnews.com. August 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 January 2008. Dicapai pada 1 November 2017.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  14. 1 2 Osman Affandi (22 Disember 2018). "Sesumpah Tak Boleh Tukar Warna Kulit: Kita Tertipu Sejak Dari Bangku Sekolah". Iluminasi. Dicapai pada 29 September 2021.
  15. Teyssier, Jérémie; Saenko, Suzanne V.; van der Marel, Dirk; Milinkovitch, Michel C. (10 March 2015). "Photonic crystals cause active colour change in chameleons". Nature Communications. 6 (1): 1–7. doi:10.1038/ncomms7368. ISSN 2041-1723. PMC 4366488. PMID 25757068.
  16. Chameleons. National Geographic Explorer
  17. Cook, Maria. "The Adaptations of Chameleons". Sciencing. Dicapai pada 15 June 2020.
  18. Walton, B. Michael; Bennett, Albert F. (1993). "Temperature-Dependent Color Change in Kenyan Chameleons". Physiological Zoology. University of Chicago Press. 66 (2): 270–287. doi:10.1086/physzool.66.2.30163690. ISSN 0031-935X. S2CID 80673490.
  19. Stuart-Fox, D.; Moussalli, A. (2008). "Selection for Social Signalling Drives the Evolution of Chameleon Colour Change". PLOS Biology. 6 (1): e25. doi:10.1371/journal.pbio.0060025. PMC 2214820. PMID 18232740.
  20. Harris, Tom (18 May 2001). "How Animal Camouflage Works". How Stuff Works. Dicapai pada 2006-11-13.
  21. Ligon, Russell A.; McGraw, Kevin J. (2013). "Chameleons communicate with complex colour changes during contests: different body regions convey different information". Biology Letters. 9 (6): 20130892. doi:10.1098/rsbl.2013.0892. PMC 3871380. PMID 24335271.
  22. Dever, Jennifer (December 5, 2007). "Common Chameleon" (PDF). usfca.edu. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada February 3, 2015. Dicapai pada January 9, 2012.