Sumpah (lagu Naim Daniel)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
"Sumpah"
Single oleh Naim Daniel
Dilancarkan pada19 April 2019
Dirakamkan padaMac 2019
FormatMuat turun digital, media penstriman
GenreBalada
Panjang3:41
SyarikatWorld Peace Entertainment
Penulis
PenerbitOmar K
Kronologi Kronologi single Naim Daniel
""Sempurna"
(2018)"
"Sumpah" ""Adakah Engkau Menungguku"
(2019)"
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

"Sumpah" ialah lagu oleh pelakon dan penyanyi Malaysia, Naim Daniel, dikeluarkan sebagai single ketiganya pada 19 April 2019 oleh World Peace Entertainment. Ia telah dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-34,[1] namun berlakunya perebutan hak cipta bersama antara Naim dan Dayana Amerda apabila Dayana mendakwa lagu itu ialah ciptaan bersama mereka yang mencetuskan kontroversi seluruh Malaysia.

Perihal[sunting | sunting sumber]

Dalam temuramah bersama The Vocket, Naim Daniel berkata "Sumpah" berkait rapat dengan kisah percintaannya yang berakhir di pertengahan jalan di mana hubungan itu memberi kesan kepada dirinya.[2] Menulis untuk The Malay Mail, Zurairi AR menakrifkan "Sumpah" boleh dibaca sebagai "seruan untuk kasih Tuhan, walaupun berdepan dengan kesakitan yang wujud di muka Bumi".[3]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Pertikaian hak cipta lagu "Sumpah" bermula pada Julai 2019 apabila ia dikatakan berkisarkan tentang hubungan cinta Naim Daniel dan Dayana Amerda. Ia dilaporkan bahawa Naim dan Dayana menerbitkan lagu itu pada 2015 semasa mereka masih menjalinkan hubungan.[4]

Hak cipta dan pemilikan bersama[sunting | sunting sumber]

Tidak lama selepas dinobatkan sebagai Juara Lagu di Anugerah Juara Lagu ke-34, "Sumpah" menjadi subjek kontroversi antara Naim Daniel dan Dayana Amerda.[5] Dayana tampil membuat kenyataan kepada pihak media yang mendakwa bahawa lagu "Sumpah" nyanyian Naim ialah hasil ciptaan bersama mereka pada 2015. Dayana dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan dan sikap tidak jujur Naim. Ini kerana Naim tidak mendaftarkan nama Dayana sebagai pencipta bersama sebaliknya hanya menamakan dirinya sendiri bersama Omar K sebagai pencipta mutlak lagu itu.[6] Bagaimanapun, Naim dan pengurusannya, World Peace kemudian membuat kenyataan balas dengan menyarankan agar Dayana mengemukakan bukti kukuh yang mengatakan bahawa beliau ialah pencipta bersama "Sumpah". Namun, kenyataan balas Naim dikatakan telah menyinggung perasaan keluarga Dayana. Ini kerana mereka berasa sangat kecewa apabila Naim menafikan hak Dayana sebagai pemilik bersama lagu itu.[7]

World Peace telah menegaskan bahawa lagu "Sumpah" kekal milik Naim dan Omar K. Mereka menjelaskan bahawa Dayana boleh tampil menuntut sebarang hak penciptaan bersama sekiranya beliau berjaya mengemukakan bukti kukuh yang membuktikan bahawa beliau ialah pencipta bersama lagu tersebut.[8] Naim dalam temubual bersama Harian Metro pada Julai 2019 dilaporkan berkata pertikaian lagunya telah selesai sebelum Dayana membangkitkan semula isu itu pada awal 2020.[9] Berikutan isu perebutan hakcipta Naim dan Dayana, ramai pihak mendesak agar kemenangan Naim di AJL34 ditarik balik.

Format dan senarai runut[sunting | sunting sumber]

Muat turun digital[10]
  1. "Sumpah" – 3:41

Sejarah keluaran[sunting | sunting sumber]

Negara Tarikh Format Syarikat rakaman
Malaysia 19 April 2019 Muat turun digital[10]
Penstriman digital[11]
World Peace Entertainment

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan Ruj.
2020 Anugerah Juara Lagu ke-34 Juara Lagu Menang [1]
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 Lagu Paling Boom Popular Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Nadia Azam (9 Februari 2020). "Sumpah Naim Daniel Juara AJL34". Malaysiakini. Dicapai pada 7 Mac 2020.
  2. ^ Azam A. (21 Februari 2020). "Lihat Naim Daniel secara matang bercerita kisah sebenar Sumpah". The Vocket. Dicapai pada 7 Mac 2020.
  3. ^ Zurairi AR (16 Februari 2020). "Naim Daniel and the divine oath that is Sumpah" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 7 Mac 2020.
  4. ^ Amri Hassan (21 Februari 2020). "Lagu Sumpah kekal mutlak Naim Daniel". Astro Gempak. Dicapai pada 7 November 2020.
  5. ^ Ridzuan Abdul Rahman (26 Februari 2020). "Naim tak terkesan dengan kontroversi Sumpah". Harian Metro. Dicapai pada 7 Mac 2020.
  6. ^ Fatin Farhana Ariffin dan Serimah Mohd Salehuddin (20 Februari 2020). "Dayana beri tempoh seminggu, Naim mahu bukti". Berita Harian. Dicapai pada 7 Mac 2020.
  7. ^ Fatin Farhana Ariffin dan Serimah Mohd Sallehuddin (20 Februari 2020). "Naim pertahan mahu bukti keluarga Dayana tersinggung". Berita Harian. Dicapai pada 7 Mac 2020.
  8. ^ Asyraf Roslan (19 Februari 2020). "'Sumpah' kekal milik Naim Daniel". Astro Awani. Dicapai pada 7 Mac 2020.
  9. ^ Mohd Helmi Irwadi Mohd Noor (13 Julai 2019). "Pertikaian lagu Sumpah dah selesai - Naim Daniel". Harian Metro. Dicapai pada 7 November 2019.
  10. ^ a b "Sumpah - single by Naim Daniel". iTunes (MY). Dicapai pada 7 Mac 2020.
  11. ^ "Sumpah, a song by Naim Daniel". Spotify. Dicapai pada 31 Oktober 2020.