Sumpah (lagu Aina Abdul)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
"Sumpah"
Single oleh Aina Abdul
Dilancarkan pada26 Mac 2019
Dirakamkan pada2018
Format
GenreBalada
Panjang3:50
SyarikatMekar Jaya Enterprise
PenulisAina Abdul
PenerbitAina Abdul
Kronologi Kronologi single Aina Abdul
""Shadow"
(2018)"
"Sumpah" ""Ghost"
(2019)"
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

"Sumpah" ialah lagu yang yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh penyanyi wanita Malaysia, Aina Abdul,[1][2] yang turut berkhidmat sebagai komposer dan penulis lirik dan dikeluarkan pada 26 Mac 2019. Lagu ini pernah mencetuskan kontroversi seluruh Malaysia kerana ia memberikan gambaran negatif terhadap pesakit skizofrenia, malah Aina turut mendapat kecaman daripada NGO mengenai isu itu.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Dalam temuramah bersama mStar Online, Aina Abdul mendedahkan beliau pernah mengalami masalah kemurungan akibat kemunduran kerjayanya selepas menyertai Mentor Legend pada 2014.[1] Aina turut menjelaskan beliau telah melakukan apa yang terdaya untuk membina kerjaya nyanyian namun gagal menyebabkan beliau tertekan dan hilang keyakinan diri. Beliau juga berkata "Sumpah" dihasilkan berdasarkan pengalaman peribadinya selain masalah mental yang dihadapi. Beliau berkata dalam temuramah itu:[1]

"Apabila semua yang saya lakukan tidak menjadi ia membuatkan saya tertekan sehingga saya berada dalam keadaan kemurungan selain tiada keyakinan diri. Sejak itu saya jadi banyak berfikir dan mempersoalkan setiap tindakan saya menyebabkan saya jadi ragu-ragu untuk keluar dengan lagu baru. Melihat rakan-rakan seangkatan aktif dengan kerjaya masing-masing membuatkan saya lebih rendah diri namun saya sedar masa saya belum tiba".

Lagu ini dikeluarkan terlebih dahulu sebelum lagu bertajuk sama nyanyian Naim Daniel dikeluarkan sebulan kemudian.

Muzik video[sunting | sunting sumber]

Muzik video untuk "Sumpah" dilancarkan secara rasmi pada 26 Mac 2019, serentak dengan pelancaran singlenya. Ia turut menampilkan pelakon dan pengacara, Qi Razali. Untuk muzik video ini, Aina mengangkat masalah tekanan mental sebagai tema bagi memberi kesedaran kepada masyarakat berhubung perkara itu.[1] Muzik video "Sumpah" difilemkan dalam format hitam putih, berkisarkan tentang seorang isteri penghidap skizofrenia yang membunuh suaminya sendiri selepas mengalami gangguan halusinasi di sekitar kediamannya.[3] Ia diakhiri dengan penakrifan kamus mengenai skizofrenia muncul di skrin sebaik sahaja muzik video bertukar warna hitam.[3]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Tidak lama selepas dikeluarkan, "Sumpah" menjadi subjek kontroversi apabila didakwa memberi gambaran negatif terhadap pesakit dan penderita skizofrenia.[3] Setiausaha Persatuan Bantuan dan Kesedaran Penyakit Mental Malaysia (MIASA), Zakirah Zakaria menerusi satu kenyataan di laman Facebook pertubuhan itu, mengkritik muzik video itu kerana memaparkan stereotaip negatif terhadap pesakit mental malah turut bertentangan dengan pesakit skizofrenia. Zakirah turut mendakwa muzik video "Sumpah" tidak sesuai dipertontonkan kepada umum kerana mengandungi unsur yang boleh mengganggu sensitiviti penonton. Menerusi kenyataan itu, Zakirah turut menjemput Aina bertemu dengannya untuk membincangkan perkara itu secara berhemah.[4] Beliau kemudian mengeluarkan kenyataan mohon maaf, namun memutuskan tidak akan menarik balik atau membuat sebarang suntingan terhadap muzik video "Sumpah" seperti yang diminta oleh NGO sebelum ini.[5][6]

Pada Februari 2020, "Sumpah" sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila persembahan Aina di Anugerah Juara Lagu ke-34 menerima kritikan daripada MIASA kerana mengangkat tema bunuh diri.[7] Melalui satu kenyataan, MIASA turut menyifatkan konsep bunuh diri dalam persembahan Aina seolah-olah mendorong seseorang mencederakan diri dan dianggap keterlaluan serta melanggar peraturan Garis Panduan Laporan Media Terhadap Bunuh Diri.[8][9]

Persembahan secara langsung[sunting | sunting sumber]

Bagi mempromosikan "Sumpah", Aina Abdul mempersembahkan lagu ini secara langsung dalam rancangan Malaysia Hari Ini di TV3 pada 28 Mac 2019[10] dan Borak Kopitiam pada 13 Julai.[11]

Format dan senarai runut[sunting | sunting sumber]

Muat turun digital[12]
  1. "Sumpah" – 3:50

Sejarah keluaran[sunting | sunting sumber]

Negara Tarikh Format Syarikat rakaman
Malaysia 26 Mac 2019 Muat turun digital[12]
Penstriman digital[13]
Mekar Jaya Enterprise

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2020 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 Lagu Paling Boom Popular "Sumpah" Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Mohd Al Qayum Azizi (27 Mac 2019). "Aina Abdul bangkit dengan 'Sumpah' selepas alami kemurungan". mStar Online. Dicapai pada 2 Januari 2020.
  2. ^ Afiqah Syamin (28 Mac 2019). "Aina Abdul cetus magis dalam single baharu Sumpah bersama Qi Razali". Wanista. Dicapai pada 2 Januari 2020.
  3. ^ a b c Tan Mei Zi (13 Mei 2019). "Singer Aina Abdul rapped by mental health NGOs for negative and violent portrayal in new music video" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 2 Januari 2020.
  4. ^ Azlina Mazli (12 Mei 2019). "MV Aina Abdul beri gambaran buruk kepada pesakit mental, NGO minta henti sebarkan". mStar Online. Dicapai pada 2 Januari 2020.
  5. ^ Azlina Mazli (21 Mei 2019). "Gambaran buruk kepada pesakit mental, Aina Abdul mohon maaf tapi tak akan tarik balik MV Sumpah". mStar Online. Dicapai pada 2 Januari 2020.
  6. ^ Aqmar Mustaza (23 Mei 2019). "Aina Abdul mohon maaf". Sinar Harian. Dicapai pada 2 Januari 2020.
  7. ^ "Persembahan Aina Abdul keterlaluan". Harian Metro. Dicapai pada 2 Mac 2020.
  8. ^ Fiza Kamarudin (9 Februari 2020). ""Dah tak ada idea ke" - Persembahan Aina Abdul didakwa keterlaluan, langgar peraturan". Astro Gempak. Dicapai pada 2 Mac 2020.
  9. ^ "Keterlaluan... persembahan Drama Band dan Aina Abdul disekat daripada YouTube". Free Malaysia Today. 11 Februari 2020. Dicapai pada 2 Mac 2020.
  10. ^ "Aina Abdul - Sumpah - MHI". Malaysia Hari Ini. TV3. 28 Mac 2019. Dicapai pada 2 Januari 2020 – melalui YouTube.
  11. ^ "Bakat Lokal: Aina Abdul makin menyerlah - Borak Kopitiam". Borak Kopitiam. TV3. 13 Julai 2019. Dicapai pada 2 Januari 2020 – melalui YouTube.
  12. ^ a b "Sumpah - Single by Aina Abdul". iTunes. 27 Mac 2019. Dicapai pada 2 Januari 2020.
  13. ^ "Sumpah, a song by Aina Abdul". Spotify. Dicapai pada 31 Oktober 2020.