Sumpah Ibuku
Sumpah Ibuku merupakan sebuah drama televisyen Malaysia 2025 terbitan Saphire Screen Sdn. Bhd. yang diarahkan oleh Riza Baharudin dan Azri Izhar. Ia dibintangi oleh Remy Ishak dan Izara Aishah. Drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia, TV3 pada 19 November hingga 16 Disember 2025 menggantikan Seoul Cinta.
| Sumpah Ibuku | |
|---|---|
| Genre | |
| Ditulis oleh |
|
| Pengarah |
|
Dibintangi oleh | |
| Lagu pembukaan | "Jeda Derita" oleh Liza Hanim |
| Lagu penutup | "Jeda Derita" oleh Liza Hanim |
| Negara asal | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
| Bilangan episod | 20 |
| Penerbitan | |
| Penerbit eksekutif |
|
| Penerbit | Hasniza Nordin |
| Penyunting | Norsyilawati Idris |
| Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Saphire Screen Sdn Bhd |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | |
| Format gambar | |
| Format audio | Dolby Digital |
| Siaran asal | 19 November 2025 – 16 Disember 2025 |
| Kronologi | |
| Mengikuti | Seoul Cinta |
| Diikuti oleh | Perempuan Tidak Ternikah |
Drama ini juga boleh ditonton di platform penstriman iQIYI pada 1 jam selepas siaran TV.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Kisah bermula dengan Husna, seorang ibu tunggal yang tabah dan penyayang. Dia akhirnya bertemu kembali dengan cinta lamanya, Hadith, lalu mereka membina semula bahagia yang pernah hilang.
Namun, kebahagiaan itu tidak disenangi Che Yam, ibu mentua yang licik, penuh dendam, dan menyimpan rahsia lama yang menghitamkan hatinya. Bagi memisahkan pasangan itu, Che Yam berpakat dengan Syafiqah untuk meruntuhkan perkahwinan mereka dari dalam.
Fitnah demi fitnah membuatkan Hadith mula goyah, hingga akhirnya Husna diusir dari rumah. Walaupun dikhianati, Husna tetap menjaga bapa mentuanya yang lumpuh, membuktikan kesetiaan dan kasihnya tidak mudah digoncang.
Dalam kepulangannya ke kampung, Husna bertemu Nurul Iman, yang membantunya merungkai kejahatan Che Yam dan Syafiqah. Perlahan-lahan, kebenaran terbongkar mengubah landskap hidup semua yang terlibat.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Izara Aishah sebagai Husna
- Datuk Remy Ishak sebagai Hadith
- Zara Zya sebagai Syafikah
- Liza Abdullah sebagai Che Yam
- Syazwan Zulkifly sebagai Zaim
- Syad Mutalib sebagai Nurul Iman
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Rahhim Omar sebagai Haji Zakaria
- Wilma Muhammad sebagai Zahiria
- Aleza Shadan sebagai Alma
- Ieda Moin sebagai Mak Som
- Ako Mustapha sebagai Ustaz Hanafi
- Mia Nasir sebagai Farhana
- Nik Rifaie sebagai Hilman
- Anies Hann sebagai Elin
- Zaleha Iman sebagai Lutfia
- Sayf Mikael sebagai Zarin
- Akram Hakimi sebagai Kimi
- Mirza Aziz sebagai Adham
Runut Bunyi
[sunting | sunting sumber]- Jeda Derita - Liza Hanim
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]| TV3: Slot Akasia, Isnin-Jumaat, 7:00 malam | ||
|---|---|---|
| Sebelumnya | Sumpah Ibuku | Berikutnya |
| Seoul Cinta | Perempuan Tidak Ternikah | |