Sundatang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sundatang
Alat tali
Nama lainSundatang, Gagayan, boatlute
Pengelasanalat musik bertali, leher panjang
Pengelasan Hornbostel-Sachs
(Composite kordofon)
DibangunkanBorneo: Sabah (Malaysia)
Alat muzik berkaitan

Kutiyapi  • Sapeh

Sundatang atau Gagayan adalah sebuah alat muzik tradisional hare (long neck-leher panjang) jenis kordofon yang terdapat di Sabah.[perlu rujukan] Ia sangat popular di kalangan kaum Pribumi Sabah terutamanya dari suku kaum Rungus. Manakala bagi beberapa kaum seperti Kadazandusun , alat ini kelihatan sedikit pupus dan kurang dikenali.


Sundatang merupakan alat muzik yang diperbuat daripada kayu dan secara tradisionalnya hanya 2 tali yang digunakan untuk memainkan alat muzik ini.

Kayu yang digunakan untuk membuat Sundatang hendaklah dipilih menggunakan kayu yang keras agar Sundatang yang dihasilkan akan lebih tahan lama selain menghasilkan resonasi yang kuat.


Alat ini berasal daripada sebatang (log) kayu yang sama , akan dibelah dan perlahan-lahan membentuk bahagian badan dan leher dengan menggunakan kapak, parang, gergaji dan juga pahat secara aslinya. Peralatan ini akan digunakan sehingga melalui proses penebukan lubang bunyi pada bahagian badan , yang mana memakan masa agak panjang untuk disiapkan.

(ditebuk pada bahagian badan)


Sundatang sering ditafsirkan sebagai Lute kerana bentuk badan (body profile) secara luarannya kelihatan seperti Kecapi berleher panjang. Namun , secara hakikat Sundatang menggunakan resonasi jenis Zither yang mana bahagian leher dan tubuh tidak berpisah sama sekali. Berbeza dengan Lute berleher panjang yang lain.


Pada zaman kini , Sundatang banyak dimainkan di dalam persembahan kebudayaan dan ada juga sesetengah masyarakat yang memainkannya ketika masa lapang sebagai hiburan. Namun, secara tradisional irama Sundatang sering digunakan untuk mengiringi ritual-ritual dari bobolian/bobohizan (Orang Pandai) untuk tujuan penyembuhan atau persediaan perang. Ritual ini juga dilihat dalam kajian masyarakatnya sudah hampir pupus atau tidak lagi diamalkan.

Diperbuat dari kayu Tembailing atau kayu nangka. Ia kadangkala mempunyai loyang terletak di bahagian tengah leher , melintasi dua tali yang mana secara aslinya tali ini diambil dari urat akar menjalar pohon Giman. Namun pada zaman kini string atau tali Sundatang sudah digantikan dengan beberapa jenis tali besi atau nilon yang lebih tahan lama. Secara aslinya, Sundatang menggunakan pelekat tradisional seperti madu kelulut untuk menahan kedudukan nada kunci (kaedah ini kurang efisien) serta memiliki fret hanya sekitar 4-5 nada. (Zaman kini, Sundatang semakin stabil dan mampu memiliki 7 hingga 14 fret bagi menghasilkan bunyi-bunyian yang lebih banyak bergantung dengan pembuat dan pemainnya).



Cara Bermain[sunting | sunting sumber]

Ia dimainkan dengan memetik tali dan nada keras , tali-talinya dibetulkan dengan memutarkan skru kayu telinga di atas alat ini. Setiap etnik memiliki cara berbeza dan keunikan tersendiri dalam memainkan alat musik ini.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

http://malaysiana.pnm.my/kesenian/Kor_Sundatang.htm