Sung Si-kyung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Sung Si-kyung (lahir 17 April 1979) adalah seorang penyanyi, penulis lagu, DJ radio, pengacara dan pelakon Korea Selatan.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Sung adalah seorang mahasiswa di Korea University, menerima Sarjana Seni dalam Sosiologi, dan kemudian menerima Master Seni dalam Jurnalisme dan Komunikasi Massa. Dia juga telah muncul dalam beberapa rancangan TV termasuklah drama (drama harian) dan rancangan hiburan, mendapat respon yang baik dari masyarakat. Sung terdaftar untuk khidmat tentera pada tahun 2008 dan dilepaskan pada tahun 2010. Konsert pertama Sung sekembalinya dari khidmat tentera telah menarik lebih daripada 6,000 peminat dari seluruh negara.

Kerjaya Muzik[sunting | sunting sumber]

Semasa di Universiti Korea, Sung mengambil bahagian dalam pertandingan nyanyian dalam talian dan telah dianugerahkan tempat pertama dalam negara. Pemenang-pemenang dari festival lagu ini telah melancarkan album kompilasi, di mana lagu "The Road that Leads to Me" menjadi hit besar. Kerana populariti lagu tersebut, album kompilasi tersebut terjual hampir 100,000 unit, walaupun ia hanyalah album promosi. ini membantu Sung dalam meraih kemasyhuran pada November 2000.

Debut rasmi Sung adalah pada tahun 2001 ketika beliau melancarkan album pertama, 처음처럼 (Like The First Time). Kebanyakan lagu di dalam album ini terdiri daripada lagu-lagu balada, album debut ini mempunyai tiga hit dan menjadikan beliau artis baru terbaik pada tahun tersebut. Menyertai album Yoo Hee-yeol sebagai artis jemputan juga menyumbang kepada populariti beliau yang semakin meningkat. AlbUm kedua beliau yang dilancarkan pada 2002 juga berjaya kerana terjual lebih dari 650,000 unit. Beliau terus melancarkan album demi album, purata satu dalam satu tahun.

Sung saat ini telah mengeluarkan 7 album penuh - 5 adalah album tradisional balada/ pop, sebuah "re-make" album dan  album istimewa dipanggil "Try to Remember." Beliau juga melancarkan album "Best of"di Jepun yang turut termasuk lagu Jepun beliau yang pertama. Album ke-6 dan pra-khidmat tentera dilancarkan pada 2008.

Pada bulan September 2011, beliau membuat kemunculan semula dalam industri muzik dengan album ketujuh. Lagu utama dalam album tersebut yang berjudul "The First Time" adalah sebuah lagu balada yang ringan dan lembut yang juga pernah dilancarkan pada awal tahun yang sama sebagai single digital. Beliau memutuskan untuk menerbitkan dan mengeluarkan album penuh berbanding album mini atau single untuk menunjukkan penghargaan kepada peminat-peminat beliau yang telah menunggu begitu lama.

Album tersebut terdiri daripada 12 buah lagu digubah oleh penyanyi-penulis lagu Yoon Sang, Kim Hyun-hhul dan Kang Seung-won. Ia juga mempunyai duet dengan Lena Park dan IU. Juga termasuk adalah runut bunyi drama Secret Garden berjudul "You're My Spring".

Lagu nyanyian Sung yang menandakan kembalinya beliau ke industri muzik "난 좋아" (Even Now) di dalam album ketujuh debut pada kedudukan kelima dalam Carta Billboard Korea K-pop Hot 100 pada minggu 22 September.[1]

Senarai Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan Pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah
2001
2002
  • Seoul Music Awards: Bonsang (Main Award)
  • Golden Disk Awards : Bonsang (Main Award)
  • Mnet Asian Music Awards : Best Male Solo[3]
  • SBS Gayo Daejeon : Bonsang
  • MBC Gayo Daejejeon : Best New Comer
  • Modelline : Best Dressed Singer
2003
  • SBS Gayo Daejeon : Bonsang, Best Singer
  • MBC Gayo Daejejeon : Nominatedr
  • Korean Music Awards : Ballad [Popularity Award]
2005
  • KBS Music Awards : Singer of the Year
2006
  • MBC Korean Visual Arts Festival : Photogenic Award
  • SBS Gayo Daejeon : Bonsang
  • Cyworld Digital Music Awards: Song Of The Month (November) - 거리에서 (On The Street)
2007
  • MBC Drama Awards : Excellence Award in Radio
2011
2012
  • MBC Entertainment Awards : Best Radio Broadcaster
  • KBS Entertainment Awards : Best New Entertainer (Nominated)
2014
2015
  • Baeksang Arts Awards : Best Male Variety Performer (Nominated)

Iklan & Tajaan[sunting | sunting sumber]

Tahun Nama Syarikat Jenama Produk Dibintang Bersama
2008 RED PEN 빨간펜 Pendidikan
2008 LG Company The Rhapsody in Music Telefon Bimbit
2012 Korea University Korea Universiti Pendidikan
2013 Innisfree Soybean essence Kosmetik
2013 Yondangi English Application Pendidikan Heo Ji ung[7]
2014 Bvlgari Man in Black Cologne
2015 CJ Foods 다시다 요리수 Makanan
2015 Kwangdong Redormin Ubat
2015 CJ Foods 비비고 왕교자 Makanan Soyou
2015 Jaguar XE Kereta
2016 Bvlgari Man Black Cologne Cologne

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada asal pada 2012-05-12. Dicapai 2011-10-07. 
  2. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada asal pada 2014-10-09. Dicapai 2014-07-22. 
  3. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada asal pada 2014-10-09. Dicapai 2014-06-12. 
  4. ^ "The 26th Golden Disk Awards Announces Its Nominees". Soompi. 2011-11-29. Dicapai 2017-05-23. 
  5. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada asal pada 2011-12-09. Dicapai 2012-04-14. 
  6. ^ "[문화대상4분기수상작 선정] 콘서트 '성시경' 뮤지컬 '위키드'". Edaily.co.kr. 2014-01-13. Dicapai 2017-05-23. 
  7. ^ Park, Jong-kwon (26 June 2014). "성시경-허지웅으로 시작된 토익 시장 혼탁 조짐". sports.chosun.com (dalam bahasa Korea). Dicapai 2 May 2018.