Sungai Baram

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sungai Baram
Baram River
Punca Banjaran Iran
Muara Laut China Selatan
Negara-negara lembangan Sarawak, Malaysia
Panjangnya 400 km

Sungai Baram ialah sebatang sungai sepanjang 400 km terletak di negeri Sarawak, Malaysia Timur di pulau Borneo. Sungai ini berasal dari timur iaitu dari Banjaran Iran dan mengalir arah barat melalui hutan hujan tropika ke dalam Laut China Selatan. Dalam peta terletak pada koordinat 4° 35' 0" Utara, 114° 58' 0" Timur.

Lembangan Sungai Baram telah menjadi sebahagian Sarawak sejak ia diserahkan kepada Rajah Putih Sarawak oleh sultan Brunei pada 1882, sebidang kawasan besarnya 10,000 batu persegis (30,000 km2), untuk bayaran tahunan 6000 dollar[1].

Sungai ini diseberang tidak jauh dari muaranya oleh Lebuhraya Miri-Baram, Laluan Persekutuan Jkr-ft22.png, melalui Jambatan Batang Baram yang dibuka pada 2003. Lebih kurang 100 km hulu sungai terletaknya pekan Marudi.

Sungai ini juga dikenali di kebanyakan tempat di Borneo sebagai Batang Baram, sama seperti sungai-sungai lain di pulau itu seperti Batang Lupar, Batang Rajang, Batang Mukah, Batang Tinjar dan lain-lain.

Sejarah alam sekitar: anak sungai Sungai Sunda prasejarah[sunting | sunting sumber]

Semasa zaman Pleistocene atau Mesolithic lebih kurang 10,000 tahun lalu, terdapat kejatuhan 5 darjah Celsius dalam suhu global. Di puncak gunung, hujan turun sebagai salji dan terkumpul sebagai lembaran berais (termasuk Gunung Kinabalu), lantas memecah rekod dam kitaran hidrologi global. Disebabkan kekurangan air dilepaskan ke dalam laut, terdapat kejatuhan aras laut sebanyak 120 meter dari masa kini. Laut China Selatan kering, mendedahkan Pentas Sunda dan peparit dalam terdahulu menjadi sungai kuno besar yang dipanggil Sungai Sunda Utara.

Tanah Besar Asia, Semenanjung Tanah Melayu, Sumatra dan Jawa menjadi bersambung kepada Borneo melalui jambatan tanah Pentas Sunda yang terdedah. Sungai Sunda Utara menyediakan sambungan penting kepada Sungai Mekong di Vietnam dan Sungai Chao Phraya di Thailahnd di utara, Sungai Baram dan Sungai Rajang di Sarawak di timur dan Sungai Pahang dan Sungai Rompin di barat tanah yang besar. Ikan keli air tawar dari sungai tersebut berhijrah dan mengawan untuk menukar bahan genetik mereka lebih kurang 10,000 tahun lalu. Lalu, selepas Holocene, bila suhu meningkat, jambatan tanah tersbut dan Sungai Sunda telah ditenggelami dan jumlah ikan keli telah terasing. Walaubagaimana pun, motif genetik mereka masih dalam DNA-nya sebuagai bukti sambungan terdahulu Sungai Rajang kepada sungai terasing lain di Indochina dan Borneo.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]