Sungai Bidor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Bidor

|

Sungai Bidor

Sungai Bidor terletak di negeri Perak, Malaysia berhampiran dengan bandar Bidor. Hulu sungai ini terletak di daerah Tapah berhampiran dengan Cameron Highlands. Sementara muaranya mengalir ke dalam Sungai Perak iaitu berhampiran dengan bandar Teluk Intan. Pertemuan antara Sungai Bidor dengan Sungai Perak ini menyebabkan bandar Teluk Intan dan sekitarnya sering mengalami masalah banjir pada bulan November - Disember setiap tahun. Selain itu Sungai Bidor menyebabkan likuan sungai di Teluk Intan dan hampir membentuk tasik ladam.

Air Sungai Perak dan Sungai Bidor amat keruh kerana aktiviti perlombongan bijih timah. Lombong bijih timah di Bidor terletak di Jeram Mengkuang dan menggunakan kaedah kapal korek. Kini, lombing-lombong bijih timah ini terbiar kerana pada 1980-an, harga bijih timah jatuh merudum kerana bersaing dengan plastik dan kertas dan bijih timah dari Bolivia dan Phuket, Thailand yang lebih murah. Tapak bekas lombong ini diratakan dan lot-lot tanah diberi kepada penduduk tempatan. Contohnya di Jeram Mengkuang dan Kampung Tersusun Batu 3, Tapah.