Sungai Buloh (kawasan persekutuan)
P107 Sungai Buloh ialah kawasan pengundian pilihan raya bagi peringkat parlimen. Selepas persempadanan semula yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) parlimen P107 Subang ditukar nama kepada P107 Sungai Buloh. Ini supaya pengundi tidak keliru kawasan pengundian kerana Subang dengan Sungai Buloh merupakan dua kawasan yang berbeza. Parlimen ini Kini disandang oleh Sivarasa K. Rasiah daripada PKR. Kini beliau menjawat jawatan eksekutif Kerajaan dengan menyandang jawatan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah (KPLB) . Majoriti pengundi kawasan P107 Sungai Buloh ini ialah kaum Melayu.
Statistik Banci 2020[sunting | sunting sumber]
Sumber:[1]
Statistik Banci 2020 P107 Sungai Buloh | |
---|---|
Jumlah Penduduk | 347,092 |
Kepadatan Penduduk | 2,610 / km2 |
Nisbah Jantina (L : P) | 112 : 100 |
Kumpulan Etnik | |
Bumiputera | 71.2 |
Cina | 20.7 |
India | 7.6 |
Lain-Lain | 0.6 |
Kawasan pilihan raya ![]() | |||
---|---|---|---|
Kawasan parlimen | |||
Badan perundangan | Dewan Rakyat | ||
ADR |
PKR | ||
Kawasan pilihan raya diwujudkan | 2018 | ||
Kali pertama dipertandingkan | 2018 | ||
Kali terakhir dipertandingkan | 2018 | ||
Demografi | |||
Pemilih (2018) | 90,707 |
Demografi[sunting | sunting sumber]
Pecahan etnik pengundi parlimen Sungai Buloh setakat 2018[2]
Ahli Parlimen Sungai Buloh[sunting | sunting sumber]
Parlimen Sungai Buloh (P107) ialah kawasan pilihan raya bagi parlimen di Dewan Rakyat. Parlimen ini tertubuh pada tahun 1994 dan merupakan sebahagian daripada kawasan persekutuan parlimen Shah Alam dengan nama parlimen Subang. Namun, pada 2018 Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengubah nama parlimen ini ke Sungai Buloh berikutan kekeliruan nama tempat ini.
Kini Penyandang parlimen ini ialah Yang Berhormat Sivarasa Rasiah dari PH-PKR
Sejarah Kawasan[sunting | sunting sumber]
Sejarah Pilihan Raya[sunting | sunting sumber]
Keputusan Pilihan Raya[sunting | sunting sumber]
Dewan Undangan Negeri[sunting | sunting sumber]
Terdapat tiga DUN di parlimen ini.
- N37 Bukit Lanjan (kawasan negeri)
- N38 Paya Jaras (kawasan negeri)
- N39 Kota Damansara (kawasan negeri)
Pentadbiran dan Kemudahan[sunting | sunting sumber]
Parlimen ini ditadbir oleh pentadbiran tanah daerah Petaling dan daerah Gombak di beberapa kawasan dekat DUN Paya Jaras (kawasan negeri) dan DUN Bukit Lanjan (kawasan negeri).
Kerajaan tempatan parlimen ini ialah Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Majlis Perbandaran Selayang (sebahagian kawasan).
Mukim[sunting | sunting sumber]
Parlimen ini berada di bawah mukim Sungai Buloh,Selangor.
Sebahagian Mukim Batu di DUN Bukit Lanjan (kawasan negeri).
Sebahagian Mukim Ijok di DUN Paya Jaras (kawasan negeri).
Pihak Berkuasa Tempatan[sunting | sunting sumber]
Kerajaan Tempatan parlimen ini ialah Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Shah Alam dan sebahagian Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan sebahagian Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS).
- ^ https://www.mycensus.gov.my/index.php/census-product/publication/census-2020/myparlimen
- ^ "14th General Election Malaysia (GE14 / PRU14) - Results Overview". election.thestar.com.my. Dicapai pada 2020-06-20.