Sungai Damansara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sungai Damansara
Negara-negara lembanganSelangor, Malaysia

Sungai Damansara mengalir dari Sungai Buloh sehingga ke Shah Alam. Banyak tempat di Selangor dan Kuala Lumpur dinamakan bersempena dengan nama sungai ini terutamanya kawasan-kawasan yang terletak di hulu sungai.

Sungai ini pernah menyebabkan banjir kilat yang teruk di TTDI Jaya, Taman Mesra Batu 3, Kampung Kebun Bunga, Kampung Melayu Subang dan Kampung Cempaka pada 26 Februari 2006.

Pada tahun 2007, kerajaan telah melaksanakan Projek Tebatan Banjir Sungai Damansara membabitkan pembinaan tiga buah Kolam Takungan Banjir berkapasiti 2.6 juta meter padu adalah bertujuan untuk mengatasi masalah banjir di kawasan itu.