Sungai Furat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Sungai Euphrates)
Furat
Sungai Furat berdekatan Şanlıurfa dan Gaziantep, Turki
Peta kawasan lembangan Dajlah–Furat (kuning)
Etimologidaripada Yunani, daripada Parsi Kuno Ufrātu, daripada Elam ú-ip-ra-tu-iš
Lokasi
NegaraTurki, Iraq, Syria
Kawasan lembanganTurki, Syria, Iraq, Arab Saudi, Kuwait, Iran
SumberTanah tinggi Armenia[1]
BandarBirecik, Raqqa, Deir ez-Zor, Mayadin, Haditha, Ramadi, Habbaniyah, Fallujah, Kufah, Samawah, Nasiriyah
Ciri-ciri fizikal
Sumber 
 • lokasiMurat Su, Turki
 • ketinggian3,520 m (11,550 ka)
Sumber kedua 
 • lokasiKara Su, Turki
 • ketinggian3,290 m (10,790 ka)
Kuala sumber 
 • lokasiKeban, Turki
 • ketinggian610 m (2,000 ka)
MuaraShatt al-Arab 
 • lokasi
Al-Qurnah, Basra, Iraq
 • koordinat
31°0′18″N 47°26′31″E / 31.00500°N 47.44194°E / 31.00500; 47.44194Koordinat: 31°0′18″N 47°26′31″E / 31.00500°N 47.44194°E / 31.00500; 47.44194
PanjangKira-kira 2,800 km (1,700 bt)
Saiz lembanganApprox. 500,000 km2 (190,000 bt2)
Aliran 
 • lokasiHīt
 • minimum58 m3/s (2,000 ka3/s)
 • purata356 m3/s (12,600 ka3/s)
 • maksimum2,514 m3/s (88,800 ka3/s)
Ciri-ciri lembangan
Sistem sungaiSistem sungai Dajlah–Furat
Anak sungai 
 • kiriBalikh, Khabur
 • kananSajur

Sungai Furat (bahasa Inggeris: Euphrates, Arab: نهر الفرات) ialah salah satu daripada sungai yang mentakrifkan Mesopotamia (satu lagi Sungai Dajlah; Tigris) yang mengalir dari Anatolia. Sungai ini panjangnya lebih kurang 2,781 kilometer (1,730 batu).

Geografi[sunting | sunting sumber]

Sugai Furat ialah sungai terpanjang di Asia Barat.[2] Ia terbit melalui pertemuan Kara Su/Furat Barat (450 kilometer) dan Murat Su/Furat Timur (650 kilometer), 10 kilometer (6.2 mi) di hulu bandar Keban di tenggara Turki.[3] Daoudy dan Frenken meletakkan panjang sungai dari sumber sungai ke titik pertemuan dengan Tigris pada nilai 3,000 kilometer, di mana 1,230 kilometer berada di Turki, 710 kilometer di Syria dan 1,060 kilometer di Iraq.[4][5] Angka yang sama diberikan oleh Isaev dan Mikhailova.[6] Panjang Shatt al-Arab, yang menghubungkan Sungai Furat dan Tigris dengan Teluk Parsi, diberikan oleh pelbagai sumber dalam julat 145–195 kilometer.[7]

Sungai Furat dalam sejarah[sunting | sunting sumber]

Sungai Furat memberi kehidupan yang membawa kepada kemunculan tamadun Sumeria, lebih kurang alaf ke-4 BCE. Kebanyakan bandar purba penting terletak di tebing sungai ini termasuk Mari, Sippar, Nippur, Shuruppak, Uruk dan Eridu. Lembah sungai ini juga membentuk pusat empayar Babylon dan Assyria. Pertempuran Karbala juga berlaku ditepi sungai Furat di mana Imam Hussain, keluarga dan sahabat beliau syahid.

Zaman moden[sunting | sunting sumber]

Selepas Perang Dunia Pertama, sempadan-sempadan antarabangsa di kawasan barat daya Asia direka semula melalui Perjanjian Lausanne pada 1923, seiring dengan pembubaran Empayar Uthmaniyah. Fasal 109 dalam perjanjian ini mewajibkan ketiga-tiga negara yang terletak di tepi Sungai Furat ketika itu; Turki, Perancis di Wilayah Mandat Syria, dan British di Wilayah Mandat Iraq, untuk merumuskan kesepakatan bersama dalam pemanfaatan air Sungai Furat dan apa-apa pembangunan infrastruktur tenaga air di situ.[8] Kesepakatan antara Turki dan Iraq yang ditandatangani pada 1946 mewajibkan Turki untuk melaporkan kepada Iraq setiap kali ingin melakukan perubahan dalam apa jua bentuk dalam pemanfaatan tenaga air Sungai Tigris dan Furat, dan membolehkan Iraq membangunkan empangan-empangan di wilayah Turki untuk mengatur aliran Sungai Furat.[9] Gambar Sungai Furat ditampilkan dalam jata Iraq pada 1932 hingga1959.

Dalam agama[sunting | sunting sumber]

Islam[sunting | sunting sumber]

Sungai Furat dipetik dalam beberapa hadis yang menerangkan pengeringan Furat sebagai tanda kiamat. Salah satu hadis daripada Abu Hurairah r.a. menyebut, Rasulullah bersabda: "Tidak terjadi hari kiamat itu sehingga Sungai Furat menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orang yang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuh sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata 'mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu.'" (Sahih Muslim, 7119; Sunan Ibnu Majah, 4046).[10][11] Di dalam riwayat Bukhari Muslim (2894) pula, Rasulullah bersabda: "Sudah dekat suatu masa di mana sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barangsiapa yang hadir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu."[12]

Sementara itu, Sungai Furat juga disebut dalam hadis sebagai antara sungai-sungai dalam syurga, termasuk Sungai Nil, Jaihan (Amu Darya) dan Saihan (Syr Darya) (Sahih Muslim, 2839).[13]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Euphrates River | Definition, Location, & Facts | Britannica". Diarkibkan daripada yang asal pada 24 June 2015. Dicapai pada 12 April 2022.
  2. ^ Zarins 1997, halaman 287
  3. ^ Iraqi Ministries of Environment, Water Resources and Municipalities and Public Works 2006a, halaman 71
  4. ^ Daoudy 2005, halaman 63
  5. ^ Frenken 2009, halaman 65
  6. ^ Isaev & Mikhailova 2009, halaman 384
  7. ^ Isaev & Mikhailova 2009, halaman 388
  8. ^ Treaty of peace with Turkey signed at Lausanne, World War I Document Archive, dicapai pada 19 Disember 2010
  9. ^ Geopolicity 2010, halaman 11–12
  10. ^ "Afflictions and the End of the World". Sunnah.com (dalam bahasa Inggeris).
  11. ^ "Tribulations". Sunnah.com (dalam bahasa Inggeris).
  12. ^ "The Book of Tribulations and Portents of the Last Hour". Sunnah.com (dalam bahasa Inggeris).
  13. ^ "The Book of Paradise, its Description, its Bounties and its Inhabitants". Sunnah.com (dalam bahasa Inggeris).

Petikan[sunting | sunting sumber]

  • Daoudy, Marwa (2005), Le Partage des Eaux entre la Syrie, l'Irak et la Turquie. Négociation, Sécurité et Asymétrie des Pouvoirs, Moyen-Orient (dalam bahasa Perancis), Paris: CNRS, ISBN 2-271-06290-X
  • Frenken, Karen (2009), Irrigation in the Middle East Region in Figures. AQUASTAT Survey 2008, Water Reports, 34, Rome: FAO, ISBN 978-92-5-106316-3
  • Iraqi Ministries of Environment, Water Resources and Municipalities and Public Works (2006a), "Volume I: Overview of Present Conditions and Current Use of the Water in the Marshlands Area/Book 1: Water Resources", New Eden Master Plan for Integrated Water Resources Management in the Marshlands Areas, New Eden Group
  • Isaev, V.A.; Mikhailova, M.V. (2009), "The Hydrology, Evolution, and Hydrological Regime of the Mouth Area of the Shatt al-Arab River", Water Resources, 36 (4): 380–395, doi:10.1134/S0097807809040022, S2CID 129706440
  • Zarins, Juris (1997), "Euphrates", dalam Meyers, Eric M. (penyunting), The Oxford Encyclopedia of Archaeology in the Ancient Near East, 2, New York: Oxford University Press, m/s. 287–290, ISBN 0-19-506512-3

Pautan luar[sunting | sunting sumber]