Sungai Kelang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sungai Kelang
Negara-negara lembangan Selangor dan Kuala Lumpur, Malaysia
Ciri-ciri fizikal
Muara Selat Melaka
Panjang 120 km

Sungai Kelang merupakan sebatang sungai yang mengalir melalui Kuala Lumpur dan Selangor di Malaysia ke Selat Melaka. Panjangnya kira-kira 120 km dan menyalirkan lembangan kira-kira 1,288 km persegi. Sungai Kelang mempunyai 11 cawang sungai utama. Sungai ini bersambung dengan Sungai Gombak yang menjadi titik permulaan Kuala Lumpur.

Disebabkan sungai ini mengalir melalui Lembah Klang yang padat dengan lebih empat juta penduduk, ia agak tercemar. Pembangunan pesat telah menyempitkan sebahagian sungai sehingga menyerupai parit besar. Ini sering mengakibatkan banjir kilat di Kuala Lumpur, terutamanya apabila hujan lebat.

Bandar dan kawasan sekitar[sunting | sunting sumber]

Empangan[sunting | sunting sumber]

Terdapat dua empangan utama di Sungai Kelang iaitu Empangan Batu dan Empangan Klang Gates yang menyalurkan bekalan air kepada penduduk Lembah Kelang dan penebat banjir.