Sungai Kenyir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Kenyir
Lokasi
NegaraMalaysia

Sungai Kenyir ialah sebatang sungai yang terletak di Hulu Terengganu, Terengganu, Malaysia. Hulu sungai ini ditenggelamkan dan dijadikan empangan jana kuasa hidroelektrik yang dikenali sebagai Empangan Kenyir. Empangan Kenyir ini lebih dikenali sebagai Tasik Kenyir dan terdapat banyak pulau di dalamnya. Pokok-pokok tidak ditebang, sebaliknya dibiarkan tenggelam. Kerja-kerja penebangan pokok balak dilakukan selepas air memenuhi tasik ini.