Sungai Lalang (Selangor)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Sungai Lalang terletak di Semenyih, Selangor, Malaysia. Laluan Persekutuan 1 melintasi bandar ini. Air Terjun Sungai Lalang merupakan sebuah kawasan rekreasi di Sungai Lalang.

Hutan Sungai Lalang merupakan sebahagian kawasan tadahan Empangan Semenyih yang merupakan sumber air utama bagi Lembah Klang, serta tapak semaian Jabatan Hutan Malaysia. Antara semaian ialah meranti, meranti sengkawang merah (shorea sengkuang), meranti tembaga (shorea leprosula), penarahan (myristieaceae ), keruing mempelas (diptrocarpus crinitus) dan semaian pokok petai, durian, dan jering. .