Sungai Lang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Kampung Sungai Lang terletak di Banting, negeri Selangor Darul Ehsan. Dari bandar Banting menuju ke pantai Morib, kampung ini terletak di seberlah kiri jalan raya. Apabila sampai di hadapan rumah Haji Sidek Kamar Badminton , anda perlu pusing ke sebelah kiri. kira-kira 4 km ada akan sampai ke Kampung Sungai Lang , Banting.

Penduduknya terdiri daripada orang Melayu keturunan Jawa di mana mereka yang tinggal sekarang merupakan generasi yang kedua atau ketiga. Oleh itu memang ada adat dan unsur-unsur Jawa yang diamalkan. Contohnya :

  • bahasa Jawa dan cara sebutannya.
  • Nasi ambeng
  • Nama-nama orang seperti Kathiran, Toyo, Kailan dan lain-lain
  • Sistem pentadbiran kampung juga 'ala Jawa'
  • Sistem bermasyarakat juga ala Jawa seperti gotong-royong, bertani

Kesemua mereka mengamalkan budaya Islam yang sangat kuat. Segala-gala adat yang diamalkan mestilah bersandarkan kepada sah,makruh , harus , halal dan haram dalam Islam.

Kampung Sungai Lang ini pernah dijadikan setting untuk buku karya penulis terkenal Razzi Armansur yang berasal dari kampung ini. Dalam buku KAMPUNG KAYA, ada menyebut Kampung Helang di mana sebenarnya ialah Kampung Sungai Lang.

Begitu juga dalam buku RAHSIA AJAIB oleh penulis yang sama, di mana setting untuk pencarian rahsia tersebut terjadi di Kampung Sungai Lang.

Galeri[sunting | sunting sumber]