Sungai Maliau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Maliau

Sungai Maliau merupakan ranting Sungai Kinabatangan di timur negeri Sabah, Malaysia. Di sinilah terletaknya Lembangan Maliau yang merupakan destinasi pelancongan terbaru di negeri Sabah.

Pada akhir 2004, Jabatan Alam Sekitar mengeluarkan Laporan Kualiti Alam Sekitar Malaysia 2004 yang menyenaraikan Sungai Maliau sebagai antara lapan sungai terbersih di Malaysia. Kebersihan sungai-sungai tersebut membolehkan airnya dijadikan sumber bekalan tanpa memerlukan rawatan[1].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Empat Sungai Paling Tercemar Di Malaysia". Bernama.com. 30 Disember 2004. Dicapai pada 12 September 2008.