Sungai Nak Chit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Nak Chit
Sungei Nak Chit, Sg. Nak Chit
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriKedah Darul Aman
DaerahDaerah Kubang Pasu
MukimSungai Laka
Ciri-ciri fizikal
SumberBukit Kayu Hitam
 • lokasi3.3 km tenggara dari Bukit Kayu Hitam
 • koordinat6°31′21″N 100°25′48″E / 6.522520°N 100.430016°E / 6.522520; 100.430016
 • ketinggian119 meter (390.4 ka)
MuaraSungai Laka 
 • lokasi
di Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam/Ladang Thong Poh
 • koordinat
6°29′31″N 100°25′16″E / 6.492°N 100.421°E / 6.492; 100.421Koordinat: 6°29′31″N 100°25′16″E / 6.492°N 100.421°E / 6.492; 100.421
 • ketinggian
42 meter (137.8 ka)
Panjang5.38 kilometer (3.3 bt)[1]
Ciri-ciri lembangan
PergerakanSungai Laka → Sungai TeminSungai BataSungai Tanjung PauhSungai Anak BukitSungai KedahSelat Melaka
Anak sungai 
 • kirianak sungai tanpa nama
 • kanananak sungai tanpa nama
JambatanLebuhraya Utara-Selatan

Sungai Nak Chit (Jawi: سوڠاي نق چيت), atau juga dikenali sebagai Sungei Nak Chit sebelum tahun 1972,[2] dan Sg. Nak Chit ialah sebatang sungai di Daerah Kubang Pasu, iaitu salah satu daerah di Kedah Darul Aman, Malaysia.[3][4] Sungai Nak Chit mengalir di sepanjang perhutanan di Mukim Sungai Laka, dengan anggaran panjangnya mencecah 5.38 kilometer (3.3 bt) bermula di Bukit Kayu Hitam dan tamat di pertemuan Sungai Laka.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Rekod terawal mengenai Sungai Nak Chit dijumpai dalam gazetir, "Gazetter (No. 11) – Malay States" yang diterbitkan pada tahun 1944, karya Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat dengan kedudukan koordinat di 6°31′N 100°26′E / 6.517°N 100.433°E / 6.517; 100.433.[2] Catatan mengenai Sungai Nak Chit juga dijumpai dalam buku Gazetter No. 10 – Malaysia, Singapore, and Brunei edisi kedua, yang diterbitkan pada 1970, di mana kedudukan koordinat Sungai Nak Chit direkodkan di 6°30′N 100°26′E / 6.500°N 100.433°E / 6.500; 100.433.[5]

Ciri-ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Sumber bagi Sungai Nak Chit terletak di Bukit Kayu Hitam (atau Khuan Mai Tam), berdekatan sempadan antarabangsa Malaysia–Thailand, dengan anggaran ketinggian dari atas min aras laut mencecah 119 meter (390.4 ka). Sungai Nak Chit akan melalui kawasan perhutanan Hutan Simpanan Kekal Bukit Tangga, menelusuri kaki bukit Bukit Kayu Hitam. Setelah menjelajah sepanjang 2 kilometer (1.2 bt) dari hulu sungai, Sungai Nak Chit akan melalui kawasan pembinaan Bandar Bebas Cukai Bukit Kayu Hitam, lalu melintasi sebatang jalan raya tanpa nama berdekatan dengan Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Kayu Hitam dan Kompleks Darul Qiyam.[1][4] Sungai Nak Chit diteruskan dengan melalui Kuarters Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia Bukit Kayu Hitam, lalu membuat lintasan dengan Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara (bertindih dengan FT 1). Sebelum bermuara di Sungai Laka, Sungai Nak Chit akan melalui Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu (SBPI Kubang Pasu) dan sebuah gudang di Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam. Lokasi muara terletak di ketinggian dari atas min aras laut iaitu 42 meter (137.8 ka).[1][4]

Iklim di sekitar kawasan lembah Sungai Nak Chit iklim khatulistiwa (dikelaskan sebagai Af dalam pengelasan iklim Köppen).[6] Purata suhu di lembah sungai Sungai Nak Chit pada tahun 2000 hingga 2019 ialah 28.4 °C (83.1 °F). Bulan yang paling panas ialah Mac dengan suhu mencecah 29.4 °C (84.9 °F) dan bulan paling sejuk ialah Oktober dengan suhu 27.7 °C (81.9 °F).[7][8] Purata pembentukan kerpasan atau air hujan turun di kawasan ini adalah 2,112.7 milimeter (83.2 in) pertahunnya. Bulan September merekodkan bulan pembentukan kerpasan yang tinggi iaitu, sebanyak 279.1 milimeter (11.0 in) manakala bulan yang paling rendah pembentukannya pula terjadi pada bulan Februari dengan 49.5 milimeter (1.9 in).[7][8]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 9 September 2022.
  2. ^ a b Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat (Oktober 1944). Gazetter (No. 11) – Malay States [Gazetir (Ke-11) Tanah Melayu] (dalam bahasa Inggeris). Washington: US Goverment Printing Office. Dicapai pada 20 Februari 2020.
  3. ^ Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia. "Laporan Gazetir untuk Negeri Kedah Darul Aman". mygeoname.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 23 September 2022.
  4. ^ a b c "Sungai Nak Chit, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). Geonames. 2 Januari 2009. Dicapai pada 27 Februari 2023.
  5. ^ Gazetter No. 10 – Malaysia, Singapore, and Brunei; Official Standard Names Approved by the United States Board on Geographic Names (Second Edtion) [Gazetir Kesepuluh Malaysia, Singapura dan Brunei; Nama Piawai Rasmi yang Diluluskan oleh Lembaga Amerika Syarikat untuk Nama Geografi (Edisi Kedua)] (dalam bahasa Inggeris). United States Government Printing Office. 1970. Dicapai pada 12 Januari 2018.
  6. ^ Peel, M C; Finlayson, B L. "Updated World Map of The Köppen-Geiger Climate Classification" [Peta Dunia Baharu mengenai Pengelasan Iklim Köppen-Geiger]. Hydrology and Earth System Sciences (dalam bahasa Inggeris). 11: 1633–1644. doi:10.5194/hess-11-1633-2007. Dicapai pada 30 Januari 2016.
  7. ^ a b Laura Zepner; Pierre Karrasch; Felix Wiemann; Lars Bernard (2020). "ClimateCharts.net – Kampong Tongpu, Kedah, Malaysia (2000–2019)" (dalam bahasa Inggeris). Technical University of Dresden. doi:10.1080/17538947.2020.1829112. Dicapai pada 20 September 2022.
  8. ^ a b Ian C Harris; Philip D. Jones; Tim Osborn; Climatic Research Unit (2021). "CRU TS4.05: Climatic Research Unit (CRU) Time-Series (TS) version 4.05 of high-resolution gridded data of month-by-month variation in climate (Jan. 1901- Dec. 2020)" (dalam bahasa Inggeris). NERC EDS Centre for Environmental Data Analysis. Dicapai pada 10 Februari 2023.