Sungai Nakdong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Nakdong
Nakdong
Nama asal낙동강
Lokasi
NegaraKorea Selatan
WilayahGangwon, Gyeongsang Utara, Daegu, Gyeongsang Selatan, Busan
Ciri-ciri fizikal
SumberPergunungan Taebaek
 • lokasiPuncak Eundae, Taebaek, Gangwon[a][1]
MuaraLaut Jepun 
 • lokasi
Tebing Muara, Gangseo, Busan
Panjang510 km (320 bt)[2]
Saiz lembangan23,384 km2 (9,029 bt2)[2]
Aliran 
 • lokasiJindong, Haman[b][3]
 • purata383 m3/s (13,500 ka3/s)[c][3]
Ciri-ciri lembangan
Anak sungai 
 • kiriBanbyeoncheon, Sungai Geumho, Sungai Miryang, Yangsancheon, Sungai Nakdong Barat
 • kananNaeseongcheon, Gamcheon, Sungai Hwang, Sungai Nam
† : Cabang sungai Nakdong
Sungai Nakdong
Hangul
Hanja
Perumian SemakanNakdonggang
McCune–ReischauerNaktonggang

Sungai Nakdong (Jawi: سوڠاي نقدوڠ) atau Nakdonggang (Hangul: 낙동강; Hanja: 洛東江; sebutan bahasa Korea: [nakt͈oŋgaŋ]) [d] ialah sungai terpanjang di Korea Selatan, dan melewati kota-kota besar seperti Daegu dan Busan. Ia mengambil namanya dari peranannya sebagai sempadan timur konfederasi Gaya semasa Era Tiga Kerajaan Korea.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Nakdong mengalir dari Pergunungan Taebaek ke Laut Selatan atau Selat Korea, yang memisahkan Korea dari Jepun. Sungai ini berasal dari persimpangan sungai Cheolamcheon dan Hwangjicheon di Dongjeom-dong, bandar Taebaek, wilayah Gangwon. Dari sana ke muaranya, ia mengalir sejauh kira-kira 506 kilometer (314 bt). Lebar sungai berkisar hanya beberapa meter di hulu, hingga beberapa ratus meter menuju muara.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Perkampungan Rakyat Hahoe

Sungai Nakdong telah memainkan peranan pentingnya sepanjang sejarah Korea. Lembangan sungai tersebut telah menjadi tempat kediaman yang disukai sejak orang tinggal di semenanjung Korea. Banyak peninggalan Neolitik telah dijumpai di lembah itu.

Sekitar abad pertama, lembah ini dipercayai telah didiami oleh puak konfederasi Byeonhan. Dalam tempoh Tiga Kerajaan, konfederasi Gaya menguasai lembah itu, sehinggalah mereka dikuasai oleh Silla pada tahun 562. Negeri-negeri ini mengeksploitasi potensi sungai itu untuk navigasi dan perdagangan, menjalankan perdagangan perisai dan senjata yang berkembang dengan negara jiran, termasuk zaman Yamato Jepun. Sepanjang zaman Silla, Goryeo, dan Joseon, sungai tersebut terus berfungsi sebagai koridor pengangkutan utama di wilayah Gyeongsang. Ia digunakan terutamanya untuk mengangkut makanan laut segar ke pedalaman, seperti makerel, yang diasinkan dan dikeringkan untuk mencegahnya rosak. Kota Andong ialah kawasan pedalaman terjauh untuk ikan dibawa sebelum menjadi rosak, sehingga banyak orang berbondong-bondong ke sana semasa Dinasti Joseon untuk makan ikan.[5]

Sebagai penghalang pergerakan, Sungai Nakdong menjadi terkenal secara tiba-tiba semasa Perang Korea. Selatan sungai tersebut membentuk bahagian barat Perimeter Pusan, yang diperjuangkan oleh pasukan PBB selama musim luruh tahun 1950. Jambatan di atas Sungai Nakdong di Waegwan diletupkan pada 3 Ogos 1950 dalam usaha untuk mencegah pasukan Korea Utara maju ke arah Daegu. Sebilangan besar pelarian Korea Selatan terbunuh dalam letupan itu.[6] Walaupun beberapa pasukan Korea Utara menyeberangi Sungai Nakdong di beberapa tempat, sebahagian besar sungai masih menandakan kemaraan mereka yang paling jauh.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Puncak Eundae (1,442.3m, Hangul은대봉; Hanja銀臺峰; RREundaebong. Puncaknya juga dikenal sebagai Gunung Sanghambaek (상함백산) atau Puncak Cheonui (천의봉).)
  2. ^ Purata pelepasan dari tahun 2004 hingga 2013.
  3. ^ Purata pelepasan dari tahun 2004 hingga 2013.
  4. ^ In the 19th century, it was also known in English sources as Sungai Nam-tong atau Nam-tong Kang.[4] Namanya dirumikan sebagai Naktong semasa Perang Korea.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ 2013년 한국하천일람 [List of Rivers of South Korea, 2013] (PDF) (dalam bahasa Korea). Han River Flood Control Office, Republic of Korea. 31 December 2012. m/s. 22, 25, 29, 136–137. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 4 March 2016. Dicapai pada 7 July 2014. External link in |publisher= (bantuan)
  2. ^ a b HRFCO 2012 Diarkibkan 2016-03-04 di Wayback Machine, pp. 22, 25, 33, 136-137.
  3. ^ a b 2014년 1월 월간 수자원 현황 및 전망 [Monthly Status & Predictions Report on Water Resources, January 2014] (dalam bahasa Korea). Han River Flood Control Office, Republic of Korea. 13 January 2014. m/s. 3. Diarkibkan daripada yang asal (HWP) pada 15 July 2014. Dicapai pada 17 July 2014. External link in |publisher= (bantuan)
  4. ^ EB (1878), m/s. 390.
  5. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-02. Dicapai pada 2011-11-09.CS1 maint: archived copy as title (link)
  6. ^ "1950" Retrieved October 10, 2019

Bibliografi[sunting | sunting sumber]