Sungai Odak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Odak

Sungai Odak terletak berhampiran dengan pusat rekreasi Kuala Sungai Woh, Tapah, Perak. 'Kampung Sungai Odak' merupakaan perkampungan semula Orang Asli suku Semai. Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) membina rumah-rumah Orang Asli daripada papan supaya lebih teratur dan kukuh. Sebelum ini orang Asli Sungai Odak membina rumah daripada buluh dan atap daripada nipah dan rembia. Hal ehwal penduduk diurus tadbir oleh Majlis Daerah Tapah.

Di ulu Sungai Odak juga terdapatnya Stesen Janakuasa Odak yang membekalkan elektrik menerusi empangan sungai . Stesen jana elektrik lain yang berhampiran ialah Stesen Janakuasa Sultan Yussuf, Stesen Janakuasa Sultan Idris II dan Stesen Janakuasa Habu yang beroperasi secara kawalan penyeliaan jauh dari Pusat Kawalan Kumpulan Cameron Highlands menerusi fiber optik.

Di sebelah stesen ini terletaknya sebuah padang yang dipanggil Padang TNB dan digunakan oleh anak-anak kakitangan TNB. Perpustakaan Desa Kampung Sungai Odak juga terletak di sini bagi kemudahan Orang Asli . Ia dilengkapi dengan kemudahan komputer dan internet agar mereka boleh berhubung dengan dunia luar.

Ketua Kampung Sungai Odak, Tok Batin Bah Seli A/L Bah Nyawa mendakwa kampung ini mula diteroka oleh seorang penduduk yang bernama Bah Rusin bersama anaknya. Air Sungai Odak berpunca dari Bukit Ladam Kuda. Odak bermaksud air yang berkelodak akibat hakisan kecil di beberapa tempat.Kampung Sungai Odak juga pernah memenangi tempat ketiga dalam Pertandingan Keceriaan Kampung Peringkat Daerah pada 2007. [1]

Kampung yang berhampiran ialah Kampung Sungai Kenderong, Kampung Woh Pos dan Kampung Empang Woh. Kampung Kuala Woh didiami oleh orang Melayu.

Wakil rakyat mereka Datuk Dr Mah Hang Soon yang menang Pilihan raya umum Malaysia 2008. Dr Mah adalah Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam Perak.

Rujukan[sunting | sunting sumber]