Sungai Rapat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Sungai Rapat merupakan kawasan Dewan Undangan Negeri di negeri Perak. Terletak di bandar Ipoh, Perak, Malaysia. Kawasan ini termasuklah Ampang Ipoh, Gunung Rapat, Rapat Setia, Kampung Melayu Ipoh, Taman Perwira dan lain-lain yang banyak diduduki oleh orang Melayu di bandar Ipoh.

Kawasan ini asalnya kawasan bekas lombong bijih timah yang tidak lagi ekonomikal untuk diusahakan . Muzium Bijih Timah telah dibina di sini bagi mendedahkan sejarah kegemilangan bandar Ipoh sebagai nadi kekayaan negara suatu ketika dahulu.