Sungai Semenyih

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sungai Semenyih terletak di Semenyih, Selangor, Malaysia. Punca Sungai Semenyih ialah di Bukit Ulu Semenyih (450 meter dari aras laut). Kuala Sungai Semenyih terletak di Jenderam Hilir. Di sini, dibina Semenyih Intake iaitu Loji Air Semenyih iaitu air sungai Semenyih disedut , diproses dan disalurkan semula kepada penduduk Semenyih, Bandar Rinching dan Bandar Tasek Kesuma semenjak 2005.

Lembangan Sungai Semenyih mempunyai 36 cawangan lembah dan 25 tadahan air sederhana yang meliputi kawasan 230.94 km². Lembangan Sungai Semenyih ini termasuklah Empangan Semenyih. Sungai ini mengalami masa puncak paling kering pada Disember 1998 dan masa paling lebat iaitu pada Mac 1999. Panjang sungai ini 37 kilometer dan terbahagi kepada 3 peringkat iaitu ulu sungai , tengah sungai dan hilir sungai. Kadar kandungan airnya pada 9.90 to 15.60 cumec or equal to 0.85x 10⁶m³ to 1.30x 10⁶m³ . Bekalan air mencukupi sehingga 2010.[1]

Pada 1980 Empangan Semenyih telah dibina dan siap pada 1985. Nikmat air dari Empangan Semenyih tidak dinikmati oleh penduduk Semenyih. Sebaliknya air empangan disalurkan ke Putrajaya, Petaling Jaya , Kuala Lumpur dan Lembah Kelang. Sebahagian jalan ke Pekan Batu 18 Hulu Langat telah ditenggelamkan dan perkampungan orang Asli - Temuan , Kampung Donglai telah dipindahkan ke lokasi baru iaitu Perkampungan Orang Asli Sungai Lalang. Panjang Empangan ini kira-kira 2 kilometer dan kedalaman paling dalam ialah 200 meter. Tatkala pembinaan empangan ini, pokok - pokok tidak ditebang sepenuhnya agar memberi cengkaman kepada dasar empangan.

Cawangan sungai[sunting | sunting sumber]

Ada beberapa ranting sungai yang mengalir ke Sungai Semenyih.Antaranya ialah Sungai Tekala, Sungai Batangsi, Sungai Lalang, Sungai Macang, Sungai Rinching, Sungai Kembung, Sungai Saringgit, Sungai Purun, Sungai Ayam Mati dan lain-lain.

  • Sungai Tekala menjadi lokasi rekreasi kerana terdapat Air Terjun Sungai Tekala. Panjang Sungai Tekala kira-kira 1 km sahaja dan tingginya kira-kira 300 meter.
  • Sungai Batangsi terletak di belakang Kampung Pasir dan panjangnya 1 km juga. Terdapat jeram tetapi jalan ke lokasi ini tidak begitu baik.
  • Sungai Rinching melalui 3 buah kampung iaitu Kampung Rinching Hulu, Kampung Rinching Tengah dan Kampung Riching Hilir. Di Kampung Rinching Hilir, kuala sungai ini masuk ke Sungai Semenyih. Sungai ini mengalami pencemaran yang teruk akibat adanya ladang babi dan tempat pembuangan sampah.
  • Sungai Saringgit memisahkan Kampung Tanjung dengan Kampung Sentosa. Sungai ini semakin kering kerana hutan-hutan disekitarnya telah ditebang untuk pembinaan kawasan perumahan.
  • Sungai Purun melalui ladang kelapa sawit Ladang Kajang dan Zon Perindustrian Batu 2 Jalan Bangi Lama. Sungai ini mengalir ke Sungai Semenyih .
  • Sungai Ayam Mati atau Sungai Kampung Baru Cina melalui pasar di Kampung Baru Cina dan petempatan Kampung Baru. Hulu sungai ini terletak di Bandar Sunway Semenyih dan Taman Desa Mewah dan Taman Paling Jaya. Banjir kilat terjadi beberapa kali sehingga menjejaskan rumah-rumah di kira dan kanan sungai ini. Pada 2002, longkang kongkrit telah dibina dengan kedalaman 3 meter dan lebar 5 meter. Sejak itu sungai ini kelihatan cantik dan banjir kilat tidak berlaku lagi.

Kepentingan sungai[sunting | sunting sumber]

Sungai Semenyih menjadi nadi ekonomi pertanian dan perlombongan. Suatu ketika sungai ini menjadi jalan perhubungan yang penting ketika banyaknya lombong bijih timah. Air dari sungai ini digunakan untuk membersihkan bijih timah yang menggunakan teknik lombong palung. Terdapat juga 2 buah kapal korek di hadapan Sekolah Rendah Hulu Semenyih sekitar tahun 1948-1960.

Sungai Semenyih juga menyuburkan tanah sekitarnya. Tanah jenis laterit berwarna merah sangat sesuai untuk pokok getah dan kelapa sawit serta buah-buahan. Beberapa ladang diwujudkan pada zaman British seperti Ladang Sydney, Ladang Dunedin, Ladang Semenyih, Ladang Kajang, Ladang Sungai Purun, Ladang Glenworie, Ladang Dominion, Ladang Broome dan lain-lain. Pekerja dan manager ladang tinggal di dalam ladang yang lengkap dengan bekalan air, elektrik ,jalan raya, kuil , sekolah rendah dan gereja.

Hulu Sungai Semenyih dikira sesuai dibina tapak pembuangan sampah, insenarator , kawasan perindustrian seperti kilang bateri dan kilang perabot, kubur , penjara dan pusat tahanan imigresen. Kawasan perkuburan Nirwana terletak berhampiran Kampung Sungai Pening, Kampung Pasir dan Ladang Dominion. Di sini juga dibina kilang insenarator untuk memproses sampah. Ladang ayam dan babi serta tapak pelupusan sampah terdapat di Jalan Broga. Nasib baiklah Universiti Nottingham dibina di sebelah Taman Tasik Semenyih. Projek raksasa insenarator dibatalkan. Ladang babi haram telah dibersihkn secara beransur-ansur. Tapak pelupusan sampah di Sungai Kembung juga dihentikan kerana adanya Semenyih Intake di kuala Sungai Semenyih, berhampiran dengan Jenderam.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Muhammad Barzani Gasim, Wan Nor Azmin Sulaiman & Muhammad Ismail Yaziz. 2002. Land use Change and their Impact on Water quality in the Semenyih River, Selangor, Malaysia. Journal Technology Mineral 9(2): 103-111
  • Muhammad Barzani Gasim. 2004. Watershed analysis of the Semenyih River Basin, Selangor, Malaysia. Ph.D. Thesis, Environmental Department, Universiti Putra Malaysia (Unpublished PhD Thesis).
  • Abdullah Mohd. Rejap & Adam Malik Najri. 1998. Sungai Semenyih Monitoring Studies. Internal Report No.1, Taliwork Consortium Sdn. Bhd.
  • New Strait Times (NST), June, 12, 2003. Dealing with Low water pressure in Hulu Langat