Sungai Tengar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Masjid Kampung Sungai Tengar Desember 2007

Kampung Sungai Tengar ini terletak di mukim Sungai Ayer Tawar, daerah Sabak Bernam, Selangor. Terletak kira-kira 20 km daripada pekan Sabak. Kedudukannya agak terpencil, diapit oleh pekan Sungai Ayer Tawar dan pekan Parit Baru. Majoriti penduduknya kaum Melayu beragama Islam dengan pecahan terbesar orang Jawa. Selain itu terdapat juga Melayu Bugis, Melayu Banjar, dan Melayu Mandailing dan Melayu Kampar di sini.

Kegiatan Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Kegiatan utama penduduknya ialah bertani. Suatu masa dahulu terdapat banyak kebun kelapa dan koko disamping kopi dan cengkih. Kini para penduduk lebih gemar mengusahakan tanaman kelapa sawit dan pisang. Kampung ini juga terkenal dengan pengeluaran pelbagai jenis kerepek dan belacan yang diedar ke seluruh negara. Industri terbaru di kampung ini ialah ladang mas cotek terbesar di dunia yang telah dirasmikan oleh Tan Sri Muhyidin Yassin pada 2006. Satu lagi produk desa yang dihasilkan di sini ialah minyak Morhabshi. Terdapat sebuah pertempatan PPRT (Program Perumahan Rakyat Termiskin) di sini.