Sungai Tok Kassim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Tok Kassim
Sungei Tok Kassim, Sungai Tok Kasim, Sg. Tok Kassim
Sungai Tok Kassim is located in Bumi
Sungai Tok Kassim
Sungai Tok Kassim (Bumi)
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriKedah Darul Aman
DaerahDaerah Kubang Pasu
MukimSungai Laka, Temin
Ciri-ciri fizikal
SumberBukit Kayu Hitam
 • lokasi3.4 km tenggara dari Bukit Kayu Hitam
 • koordinat6°31′25″N 100°26′56″E / 6.523500°N 100.448900°E / 6.523500; 100.448900
 • ketinggian126 meter (413.4 ka)
MuaraSungai Temin 
 • lokasi
di Kampung Padang
 • koordinat
6°25′N 100°26′E / 6.41°N 100.44°E / 6.41; 100.44Koordinat: 6°25′N 100°26′E / 6.41°N 100.44°E / 6.41; 100.44
 • ketinggian
23 meter (75.5 ka)
Panjang18.2 kilometer (11.3 bt)[1]
Ciri-ciri lembangan
PergerakanSungai Temin → Sungai BataSungai Tanjung PauhSungai Anak BukitSungai KedahSelat Melaka
Anak sungai 
 • kiriSungai Tumas
 • kananSungai Kurong Hitam, Sungai Badak, Sungai Petani
JambatanFT 278, FT 276, K252, K16
PetempatanPetempatan dilalui

Sungai Tok Kassim (Jawi: سوڠاي توق قاسيم), atau juga dikenali sebagai Sungei Tok Kassim sebelum tahun 1972,[2][3] Sungai Tok Kasim, dan Sg. Tok Kassim ialah sebatang sungai di Daerah Kubang Pasu, iaitu salah satu daerah di Kedah Darul Aman, Malaysia.[4][5] Sungai Tok Kassim mengalir di sepanjang petempatan di Mukim Sungai Laka dan Mukim Temin, dengan anggaran panjangnya mencecah 18.2 kilometer (11.3 bt) bermula di Bukit Tangga dan tamat di pertemuan Sungai Temin.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Rekod terawal mengenai Sungai Tok Kassim dijumpai dalam gazetir Bahasa Jepun, iaitu "大南洋地名辞典. 第3巻: 馬來及北西ボルネオ" (Jepun: lit. Gazetir Laut Pasifik Selatan. Edisi 3: Tanah Melayu dan Borneo Tenggara) dalam muka surat 395, yang diterbitkan pada tahun 1942, dan ditulis oleh Miyoshi Tomoju (Jepun: 三吉朋十), dengan nama "Sungei Tok Kassim".[3] Seterusnya, nama "Sungei Tok Kassim" juga direkodkan kedua kalinya dalam gazetir, "Gazetter (No. 11) – Malay States" yang diterbitkan pada tahun 1944, karya Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat dengan kedudukan koordinat di 6°28′N 100°40′E / 6.467°N 100.667°E / 6.467; 100.667.[2] Catatan dalam buku Gazetter No. 10 – Malaysia, Singapore, and Brunei edisi kedua, yang diterbitkan pada 1970, lokasi Sungai Tok Kasim direkodkan di 6°25′N 100°27′E / 6.417°N 100.450°E / 6.417; 100.450.[6] Di dalam Dokumen Gazetir Kebangsaaan yang diterbitkan oleh Jabatan Pemetaan dan Ukur Malaysia, Sungai Tok Kassim direkodkan di lokasi 6°28′40″N 100°27′20″E / 6.4779°N 100.4556°E / 6.4779; 100.4556.[4]

Rekod mengenai Sungai Tok Kassim juga terdapat di Pelayan Nama GEOnet.[7]

Ciri-ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Sumber bagi Sungai Tok Kassim terletak di Bukit Kayu Hitam (atau Khuan Mai Tam), berdekatan sempadan antarabangsa Malaysia–Thailand, dengan anggaran ketinggian dari atas min aras laut mencecah 126 meter (413.4 ka). Sungai Tok Kassim akan melalui kawasan perhutanan Hutan Simpanan Kekal Bukit Tangga, menelusuri kaki bukit Bukit Kayu Hitam dan Bukit Tangga (atau Khau Tang Ka dan Kuan Takadai). Setelah menjelajah sungai sepanjang 2.9 kilometer (1.8 bt) dari sumber sungai, Sungai Tok Kassim akan membuat pertemuan dengan Sungai Kurong Hitam. Kira-kira 4.6 kilometer (2.9 bt) dari sumber sungai, Sungai Tok Kassim akan bersebelahan dengan FT 277 (Persiaran Perdana), di Kampung Padang Donan, lalu membuat lintasan dengan FT 278 (Jalan Padang Donan), kira-kira berhampiran dengan simpang tiga FT 277 dan FT 1050 (Jalan Masuk FELDA Bukit Tangga), di Kampung Padang Paya Liah.[1][5]

Lintasan FT 278 merupakan sempadan antara Mukim Sungai Laka di utara dan Mukim Temin di selatan. Sungai Tok Kassim diteruskand engan melalui kaki bukit Bukit Buloh Telang dan Bukit Bendang Bongsu. Di Kampung Tok Kassim, ia akan membuat lintasan dengan FT 276 (Jalan Baru Changlun), berdekatan dengan simpang ke jajaran lama FT 276 (Jalan Lama Changlun). Ia diteruskan dengan melalui Kampung Rawa, kemudian membuat lintasan ketiga kalinya di Kampung Changkat Setol dengan Jalan Negeri K252 (Jalan Changkat Setol). Sungai Tok Kassim akan menghala ke barat daya sedikit, di Kampung Bendang Cherok. Di kampung ini juga, Sungai Badak akan bermuara di sini. Sungai Tok Kassim akan membuat pertemuan dengan Sungai Tumas di Kampung Bendang Cherok. Sungai Tok Kassim akan membuat pertemuan kali keempat iaitu dengan Sungai Petani, di Kampung Padang. Kemudian, membuat lintasan terakhir sebelum bermuara di Sungai Temin, dengan Jalan Negeri K16 (Jalan Kampung Perik). Sungai Tok Kassim tiba di muaranya, di mana membuat pertemuan dengan Sungai Temin di kaki bukit Bukit Gua Tok Ngah Imam dan Bukit Temin.[1][5]

Ciri-ciri lembangan[sunting | sunting sumber]

Petempatan[sunting | sunting sumber]

Sungai Tok Kassim melalui kawasan petempatan seperti:[a]

Anak sungai[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa sungai yang bermuara di Sungai Tok Kassim, iaitu:[a]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Dengan urutan dari sumber Sungai Tok Kassim hingga ke muara Sungai Tok Kassim.[1][7]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 9 September 2022.
  2. ^ a b Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat (Oktober 1944). Gazetter (No. 11) – Malay States [Gazetir (Ke-11) Tanah Melayu] (dalam bahasa Inggeris). Washington: US Goverment Printing Office. Dicapai pada 20 Februari 2020.
  3. ^ a b Miyoshi Tomoju (1 Januari 1942). 大南洋地名辞典. 第3巻: 馬來及北西ボルネオ (Dai nanyo chimei jiten. Dai 3-kan: Malaya Hokusei Boruneo) [Gazetir Laut Pasifik Selatan. Edisi 3: Tanah Melayu dan Borneo Tenggara] (dalam bahasa Jepun). Maruzen. m/s. 395. ASIN B06X6B52V8.
  4. ^ a b Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia. "Laporan Gazetir untuk Negeri Kedah Darul Aman". mygeoname.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 23 September 2022.
  5. ^ a b c "Sungai Tok Kassim, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). Geonames. 2 Januari 2009. Dicapai pada 27 Februari 2023.
  6. ^ Gazetter No. 10 – Malaysia, Singapore, and Brunei; Official Standard Names Approved by the United States Board on Geographic Names (Second Edtion) [Gazetir Kesepuluh Malaysia, Singapura dan Brunei; Nama Piawai Rasmi yang Diluluskan oleh Lembaga Amerika Syarikat untuk Nama Geografi (Edisi Kedua)] (dalam bahasa Inggeris). United States Government Printing Office. 1970. Dicapai pada 12 Januari 2018.
  7. ^ a b "Aplikasi Carian Nama Geografi". Pelayan Nama GEOnet (dalam bahasa Inggeris). National Geospatial-Intelligence Agency, USA. Dicapai pada 28 Februari 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]