Sungai Yarmuk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Sungai Yarmuk (نهر اليرموك, Nahru Al-Yarmuk, atau شريعة المناذرة, Syariat al-Manazirah; Ibrani: נְהַר הַיַּרְמוּךְ, Nahar HaYarmukh; Bahasa Latin: Hieromices),[1][2] ialah anak sungai terbesar Sungai Jordan.[3] Ia menyusuri Jordan, Syria, dan Israel dan menyalirkan penara Hauran. Anak sungai utamanya ialah wadi-wadi 'Allan dan Ruqqad dari utara, Ehrair dan Zaizun dari timur. Walaupun Sungai Yarmuk sempit dan cetek, muaranya hampir sama lebar dengan Sungai Jordan, berukuran sembilan meter lebar dan berkedalamanan satu perpuluhan lima meter. Jambatan Mattius pernah merentas sungai Yarmuk di kualanya dengan sungai Jordan.[4]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Yarmuk membentuk sebuah sempadan semula jadi antara dataran utara - Hauran, Basan and Golan - dan pergunungan Gilead di selatan. Jadi ia berguna sebagai garis sempadan antara dua raga politik.[5]

Zaman Batu Baharu[sunting | sunting sumber]

Kebudayaan Yarmuk ialah sebuah budaya Zaman Batu Baharu Tembikar yang mendiami kawasan-kawasan Palestin dan Jordan. Tapak tipanya berada di Shaar HaGolan, di muara sungai.[6]

Zaman Gangsa[sunting | sunting sumber]

Jambatan landasan kereta api di atas Sungai Yarmuk musnah pada tahun 1946.

Zaman Gangsa Awal I hanya diwakilkan di kawasan Dataran Tinggi Golan sungai.[6]

Abila (Tel Abil) dibuktikan dalam Surat-surat Amarna dari abad ke-14 SM. Ini juga mungkin sama dengan Gesur, yang dianggap terletak di belah utara sungai. Kota-kota bersejarah lain sepanjang sungai ialah Daraa, Hit, Jalin; dan tapak-tapak arkeologi Tel Syihab dan Khirbet al-Duwair (Rujuk Lodebar).

Zaman Besi[sunting | sunting sumber]

Kerajaan-kerajaan Aram dan Kerajaan Israel utara, dalam Alkitab Ibrani, mungkin kadangkala menetapkan sempadan mereka di sepanjang Sungai Yarmuk. Di bawah empayar Assyur dan Parsi, wilayah Asyterot-Karnaim terletak di utara, dan Galazu (Gilead) di selatan.

Zaman Keyunanian[sunting | sunting sumber]

Di zaman Keyunanian, wilayah Hippos di seberang Gadara dan Abila (Quwaylibah) di selatan, manakala Dium terletak di anak sungai timur.

Zaman Byzantine[sunting | sunting sumber]

Pertempuran Yarmuk, di mana tentera Islam tewaskan angkatan Empayar Byzantine dan mendapat negeri Syam, berlaku di utara sungai pada tahun 636 Masihi atau 15 Hijrah.

1905–1948[sunting | sunting sumber]

Simpang Landasan Kereta Api Hijaz (berhubungkan landasan kereta api Lembah Marj bin Amir di Samakh) menelusuri lembah sungai dari tahun 1905 ke 1946.[7] Ia musnah setelah dibomkan oleh organisasi separa tentera Yahudi Haganah pada peristiwa Malam Jambatan-jambatan pada 16 Jun 1946. Loji hidroelektrik Naharayim, bersimpangan dengan Sungai Jordan, digunakan oleh Mandat Palestine dari 1932 ke 1948.[8]

Pasca-1948[sunting | sunting sumber]

Sempadan Israel-Jordan di simpang Sungai Jordan.

Kini, bahagian hilir dungai, berdekatan Lembah Jordan, membentuk sebahagian sempadan antara Israel dan Jordan. Di hulu, ia membentuk beberapa bahgian sempadan antara Syria dan Jordan (sempadan tersebut diwarisi daripada Perjanjian Sempadan Perancis-British 1923). Kawasan Al-Hamma, atau Hamat Gader di lembah dipegang oleh Israel tetapi dituntut oleh Syria.

Empangan Al-Wehda dibina di sempadan antara Jordan dan Syria pada zaman 2000-an. Ada perjanjian politik antara Jordan dan Syria (1953 and 1987) dan antara Jordan dan Israel (1994), berkenaan pengurusan dan peruntukan perairan kongsi Sungai Yarmuk.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Schürer, Emil (30 Januari 2014). The History of the Jewish People in the Age of Jesus Christ. A&C Black. h. 133, nota 243. ISBN 9781472558299.
  2. ^ Yunani kadangkala menamakannya Bahasa Yunani Kuno: Ἱερομύαξ, Hieromiaks, atau Bahasa Yunani Kuno: Ιερμουχάς,Iermoukhas.
  3. ^ Ia salah satu daripada tiga anak sungai utama yang masuk Sungai Jordan antara Laut Galilee dan Laut Mati; di selatan ialah Sungai Zarqa dan Sungai Wadi Mujib.
  4. ^ Singer, I. (1901) Entri 'Yarmuk'. 1901 The Jewish Encyclopedia. https://www.studylight.org/encyclopedias/tje/y/yarmuk.html
  5. ^ Ma'oz, h. 420
  6. ^ a b Ma'oz, Zvi Uri (1997). The Oxford Encyclopedia of Archaeology in the Near East. ISBN 978-0195112153. Missing or empty |title= (bantuan) h. 418. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "EANE" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  7. ^ Jambatan landasan kereta api Yarmuk, foto udara 1933. Arkib Fotografik Udara untuk Arkeologi di Timur Tengah/Arkib Nasional British, London.
  8. ^ Hussein, H. & Grandi, M. (2017). Dynamic political contexts and power asymmetries: the cases of the Blue Nile and the Yarmouk Rivers. International Environmental Agreements: Politics, Law and Economics. 1 - 20.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]