Sunmi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rencana ini memaparkan nama orang Korea; nama keluarganya Lee.
Sunmi
171001 선미 04 (cropped).jpg
Nama asal이선미
KelahiranLee Sun-mi
(1992-05-02) 2 Mei 1992 (umur 27)
Iksan, Jeolla Utara, Korea Selatan
PendidikanUniversiti Dongguk
PekerjaanPenyanyi
Kerjaya muzik
Genre
Instrumen
  • Vokal
  • gitar bes
Tahun aktif2006–sekarang
Syarikat rakaman
JYP Entertainment
(2006–2017)
MakeUs Entertainment
(2017–sekarang)
Kegiatan berkaitan
Laman sesawang
sunmi.jype.com
Nama Korea
Hangul이선미
Hanja
Perumian SemakanI Seon-mi
McCune–ReischauerYi Sŏn-mi

Lee Sun-mi (Hangul: 이선미; Hanja: 李宣美; lahir 2 Mei 1992) lebih dikenali sebagai Sunmi ialah seorang penyanyi wanita Korea Selatan. Beliau dikenali sebagai bekas ahli kumpulan K-Pop wanita, Wonder Girls.

Sunmi membuat kemunculan pertama pada tahun 2007 sebagai ahli Wonder Girls sebelum meninggalkan kumpulan ini pada bulan Januari 2010 untuk menyambung pelajaran. Sunmi menyambung kembali kerjayanya sebagai penyanyi solo pada bulan Ogos 2013 menerusi lagu "24 Hours". Pada tahun 2015, Wonder Girls kembali selepas dua tahun dan Sunmi juga disahkan akan menyertai semula kumpulan ini. Kumpulan ini kemudiannya dibubarkan pada tahun 2017 selepas beliau dan Yeeun membuat keputusan untuk tidak menyambung kontrak mereka bersama JYP Entertainment.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Sunmi lahir pada 2 Mei 1992 di Iksan, Jeolla Utara, Korea Selatan. Beliau menghadiri Sekolah Rendah Hwangnam, Sekolah Menengah Chung Dam dan Sekolah Tinggi Chung Dam. Beliau menyambung pengajian tinggi di Universiti Dongguk dalam jurusan teater muzikal. Beliau menggunakan nama keluarga bapa tirinya ketika di universiti dan menggabungkan nama asalnya menjadi Lee Sun-mi.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

2006–2012[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Mei 2006, Sunmi telah didedahkan sebagai ahli keempat Wonder Girls, sebuah kumpulan wanita dibawah JYP Entertainment. Kumpulan ini membuat kemunculan pertama menerusi lagu "Irony" di dalam rancangan muzik MBC, Show! Music Core pada 10 Februari 2007. Kumpulan ini mencapai populariti dalam tempoh yang singkat menerusi lagu "Tell Me", "So Hot" dan "Nobody" tidak sampai 2 tahun selepas kemunculan pertama mereka.

Pada bulan Januari 2010, JYP mengumumkan bahawa Sunmi akan menangguhkan kerjaya muzik beliau untuk memberi tumpuan terhadap pembelajaran tetapi beliau akan meneruskan aktiviti bersama kumpulan ini sehingga bulan Februari untuk menyelesaikan acara yang telah dijadualkan.[1]

Pada 13 Januari 2012 seorang wakil JYP berkata: "Sunmi masih bersama label rakaman ini dan terus untuk mengembangkan bakat muziknya." JYP Entertainment kemudiannya berkata bahawa tiada perancangan untuk Sunmi kembali sebagai ahli Wonder Girls.[2]

2013–2017[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Ogos 2013, Sunmi telah diumumkan akan kembali menyambung kerjaya muzik beliau sebagai artis solo.[3] Sunmi membuat kemunculan solo pertamanya pada 22 Ogos di dalam rancangan muzik Mnet, M! Countdown. Lagu single pertamanya, "24 Hours" dikeluarkan pada 26 Ogos 2013.[4]

Album mini pertama beliau, Full Moon dikeluarkan pada 17 Februari 2014.[5] Lagu dengan tajuk yang sama menampilkan bekas pelatih JYP, Lena Park, menduduki tempat kedua di dalam Carta Digital Gaon dan ketiga di dalam Carta Billboard 100 Terhangat K-pop.

Pada 24 Jun 2015, JYP Entertainment mengumumkan bahawa Sunmi akan menyertai semula Wonder Girls selepas keluar pada tahun 2010 untuk kemunculan kembali kumpulan ini. Kumpulan ini kembali dengan konsep band dimana Sunmi memainkan alat muzik bass.[6] Pada bulan Ogos, album kumpulan ini, REBOOT dikeluarkan dengan Sunmi menulis dan menerbit tiga buah lagu.[7]

Pada tahun 2016, Sunmi menulis dan menerbit dua lagu Wonder Girls di dalam album mini Why So Lonely.[8] Pada 26 Januari 2017, Wonder Girls telah diumumkan akan dibubarkan selepas Sunmi dan Yeeun membuat keputusan untuk tidak menyambung kontrak mereka. Kumpulan ini mengeluarkan lagu terakhir mereka, "Draw Me" pada 10 Februari.

2017–sekarang[sunting | sunting sumber]

Pada 14 Mac 2017, MakeUs Entertainment mengumumkan bahawa Sunmi telah menandatangani kontrak bersama syarikat itu pada bulan Februari.[9] Beliau mengeluarkan lagu "Gashina", diterbitkan oleh Teddy Park dari The Black Label pada 22 Ogos.[10] Sunmi kembali menerusi lagu bertajuk "Heroine" pada 18 Januari 2018.[11]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album mini[sunting | sunting sumber]

Lagu single[sunting | sunting sumber]

Tajuk Tahun Kedudukan tertinggi carta Jualan
(DL)
Album
KOR KOR
Billboard
AS
Dunia
Sebagai penyanyi utama
"24 Hours" 2013 2 3
  • KOR (DL): 763,750
Full Moon
"Full Moon" (feat. Lena) 2014 2 3 13
  • KOR (DL): 894,993
"Gashina" 2017 1 2 3
  • KOR (DL): 1,190,389
Single bukan-album
"Heroine" 2018 2 8 3
Sebagai penyanyi duet
"You" (B1A4 feat. Sunmi) 2014 63 91 N/A Solo Day
Lagu lain carta
"Burn" 2014 159 N/A Full Moon
"Who Am I" (feat. Yubin dari Wonder Girls) 112
"Stopped Time" (feat. Jackson dari Got7) 100
"If That Was You" 118

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Sunmi to Quit Wonder Girls". The Korea Times. 23 Januari 2010. 
  2. ^ "No regrets leaving would be a lie: Ex-Wonder Girl Sunmi". The Korea Herald. 20 Ogos 2013. 
  3. ^ "Ex-Wonder Girls member Sunmi to make solo comeback". The Korea Herald. 6 Ogos 2013. 
  4. ^ "'All kill' for ex-Wonder Girl". Korea JoongAng Daily. 28 Ogos 2013. 
  5. ^ "Sunmi to release debut EP this month". The Korea Herald. 3 Februari 2014. 
  6. ^ Ho-jung, Won (24 Jun 2015). "Wonder Girls confirmed to return as band". Kpop Herald. The Korea Herald. Dicapai 25 Jun 2015. 
  7. ^ "Wonder Girls unveil track list for 'Reboot'". Kpop Hera. 29 Julai 2015. 
  8. ^ "Wonder Girls to Release First Self-Produced Album". enewsWorld. 24 Jun 2016. 
  9. ^ "Ex-Wonder Girls member Sunmi joins new management agency". The Korea Herald. 14 Mac 2017. 
  10. ^ "Sunmi drops experimental single". Korea JoongAng Daily. 23 Ogos 2017. 
  11. ^ "Sunmi to return with new single 'Heroine'". Kpop Herald. 2 Januari 2018. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]