Suntikan intraotot

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Suntikan intraotot (atau IM) ialah suntikan sesuatu bahan terus ke dalam otot. Dalam bidang perubatan, ia merupakan salah satu daripada banyak kaedah alternatif untuk memberikan ubat (lihat laluan pemberian ubat). Suntikan intraotot diberikan untuk bentuk ubat yang diberikan dalam jumlah yang sedikit. Bergantung kepada sifat kimia drug, ubat itu dapat diserap agak pantas atau secara beransur-ansur. Ubat suntikan intraotot biasanya disuntik ke dalam otot deltoid, otot vastus lateralis, otot ventrogluteus, dan dorsogluteus.

Komplikasi dan kontrapenunjukan[sunting | sunting sumber]

Apabila otot gluteus digunakan, suntikan perlu dibuat pada sukuan atas luar punggung untuk mengelakkan sebarang kerosakan kepada saraf siatik. Fibrosis suntikan ialah komplikasi yang boleh berlaku jika suntikan diberikan dengan kerap atau melalui teknik yang salah.

Trombositopenia (bilangan platelet yang rendah ) dan koagulopati (kecenderungan perdarahan) ialah kontrapenunjukan suntikan intraotot kerana ia boleh mengakibatkan hematoma.

Contoh ubat[sunting | sunting sumber]

Contoh ubat yang kekadang diberikan secara intraotot termasuk yang berikut (perhatikanlah bahawa nama bahasa Inggeris dikekalkan dalam bidang perubatan, mengikut Kamus Istilah Karyanet):

Selain itu, sesetengah vaksin juga diberikan secara intraotot:

Tambahan lagi, sesetengah bahan (misalnya, ketamine) juga disuntik secara intraotot untuk tujuan rekreasi.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.