Sunway Putra Mall

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sunway Putra Mall
The Mall and Legend Hotel, Kuala Lumpur.jpg
Kompleks The Mall dan Hotel Legend
LokasiKuala Lumpur, Malaysia
Tarikh pembukaan12 Jun 1987 sebgai The Mall
28 Maei 2015 sebagai Sunway Putra Shopping Centre
PemajuMetroplex Holdings
(1987–2011)
Kumpulan Sunway
(2011–kini)
PemilikMetroplex Holdings
(1987–2011)
Kumpulan Sunway
(2011–kini)
Keluasan lantai peruncitanlebih 560,000 kk psg[1]
Bil. tingkat8[2]
Laman webwww.sunwayputramall.com

Pusat Beli-belah Sunway Putra, (dahulu dikenali sebagai The Mall atau Putra Place) merupakan sebuah kompleks beli-belah di Kuala Lumpur, Malaysia. Kompleks ini terletak berhampiran Pusat Dagangan Dunia Putra.

Kompleks ini dibuka pada tahun 1987. Di atas pusat beli-belah ini terdapat Hotel Legend yang dibina pada 1993 dan disiapkan pada 1996. Pada 1996 gedung serbaneka Yaohan ditukar kepada Aktif Lifestyle dan pada 2004 kedai ini diambil alih oleh Parkson Grand. Di tingkat atas terdapat medan makan yang dikenali sebagai Medan Hang Tuah.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Bahagian luaran The Mall dan Legend Hotel pada 2007
The Mall semasa pengubahsuaian, September 2013

Kompleks ini, yang dikenali sebagai "The Mall" pada masa itu, telah dibina oleh Metroplex Holdings Sdn. Bhd. (MHSB)[3] dan dibuka pada 12 Jun 1987 oleh Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri ketika itu, yang secara peribadi mengebumikan kapsul masa yang akan digali selepas satu abad, dalam 2087. kapsul ini mengandungi mesej yang ditulis oleh Mahathir dan ditujukan kepada rakyat di masa hadapan.[4]

Pada masa itu, The Mall adalah pusat membeli-belah terbesar di Malaysia dan dibina untuk menarik lebih banyak pembeli dari Singapura ke Kuala Lumpur.[5] It was built at cost of RM289 million and it was launched by a light show.[6] Kompleks tersebut pernah memiliki kedai Yaohan pertama di Malaysia yang beroperasi dari pembukaan gedung pada tahun 1987 hingga 1997 sebelum muflis di Jepun.[7]

Pada Mac 2011, Putra Place, yang terdiri daripada The Mall, Legend Hotel (kini dikenali sebagai Sunway Putra Hotel) dan blok pejabat, diperolehi oleh Sunway REIT di bawah Kumpulan Sunway dengan harga RM513.94 juta dalam lelongan awam dan membelanjakan RM307 juta dalam kos pengubahsuaian.[8] Pembaharuan bermula pada Mei 2013 dan dibuka semula sebagai "Sunway Putra Mall" pada 28 Mei 2015.[9][10] Sunway Putra Mall menyusun semula sebagai pusat gaya hidup bandar dan menempatkan 300 kedai.[11]

Transit awam[sunting | sunting sumber]

Jambatan pejalan kaki yang menghubungkan stesen LRT PWTC, stesen Komuter Putra, Pusat Dagangan Dunia Putra, Seri Pacific Hotel, Terminal Bas Putra dan Sunway Putra Mall disediakan untuk membolehkan pengguna dan pejalan kaki bergerak dengan mudah.[12]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Peristiwa utama[sunting | sunting sumber]

  • Naga tergantung terpanjang di Malaysia pada 22 Februari 1988 semasa Tahun Baru Cina tahun Naga.
  • Kad ucapan tergebas di Malaysia sebelum hari kemerdekaan pada 31 Ogos 1988.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Sunway REIT aims for full occupancy of Sunway Putra Mall". The Edge Financial Daily. 2015-06-26. Dicapai 2015-08-15. 
  2. ^ "About Us - Sunway Putra Shopping Centre". 
  3. ^ "New Straits Times Malaysia". New Straits Times Malaysia. 1987-10-07. Dicapai 2009-11-14. 
  4. ^ "New Straits Times Malaysia". New Straits Times Malaysia. 1987-07-13. Dicapai 2009-11-14. 
  5. ^ "Times National Malaysia". Times National Malaysia. 1987-10-07. 
  6. ^ "New Straits Times Malaysia". New Straits Times Malaysia. 1987-07-13. Dicapai 2009-11-14. 
  7. ^ "The Mall "invasion"". New Straits Times. 1987-05-17. Dicapai 13 March 2015. 
  8. ^ "Putra Mall to re-open by mid-2015". Dicapai 15 August 2015. 
  9. ^ "RM300m overhaul for ex-Yaohan mall". 
  10. ^ "Exciting tenants unveiled ahead of Sunway Putra Mall's opening on 28 May 2015". 
  11. ^ "Sunway REIT aims for full occupancy of Sunway Putra Mall". The Edge Financial Daily. 2015-06-26. Dicapai 2015-08-15. 
  12. ^ "Pedestrian bridge near PWTC area almost complete". The Star Online. 2012-06-14. Dicapai 2015-08-15. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]