Sunway Pyramid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sebuah patung singa menjaga pintu masuk Sunway Pyramid.

Sunway Pyramid ialah sebuah pusat beli-belah yang terletak di Bandar Sunway, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Pusat beli-belah ini dibuka pada bulan Julai 1997.

Salah satu daripada ciri-ciri rekabentuk yang paling mudah dicam ialah bentuk piramid berilhamkan Mesir purba dengan patung singa besar yang "menjaga" di pintu masuk. Keseluruhan bangunan dihiasi gaya monumen, dilengkapi dengan hieroglif palsu yang menghiasi muka bangunan, disertakan patung dan ukiran berupa firaun dan rakyat Mesir purba.

Sunway Pyramid juga merupakan antara sebilangan kecil pusat beli-belah di Malaysia yang dilengkapi padang luncur ais.

Sebuah bangunan fasa kedua dibina berdekatan bangunan asal pada pertengahan tahun 2007,[1] untuk menempatkan peruncit baru seperti AEON, Giant, Harvey Norman,Parkson,Cold Storage dan sebagainya. Di tingkat P-2 ada seksyen baru bernama Marrakesh. Tempat letak kereta diperluas kepada lapan tingkat.

Hubungan dengan bas rapidKL[sunting | sunting sumber]

Sunway Pyramid boleh dicapai melalui rapidKL berikut. Perhentian basnya terletak di pintu masuk fasa kedua Sunway Pyramid.

  • U62: Sunway Pyramid - Jalan Batu Tiga Lama, Klang - Sunway Pyramid
  • U63: Pasaramakota - USJ 8 Subang Jaya melalui Persiaran Kewajipan - Pasaramakota
  • U67: Pasaramakota - USJ 8 Subang Jaya melalui Subang Parade - Pasaramakota
  • 641: KL Sentral - Subang Parade melalui Jalan Klang Lama - KL Sentral
  • U623: LRT Kelana Jaya - Sunway Pyramid - Subang Parade - LRT Kelana Jaya

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://www.sunway.com.my/webgroups/gpa_press_newspopup.asp?id=927 Pyramid Power, Jan 13, 2006, The Sun, Property Plus

Pautan luar[sunting | sunting sumber]