Suparna Airlines

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Suparna Airlines
Syarikat Penerbangan Suparna Airlines
苏帕那航空 / 金鹏航空
IATA ICAO Pengenal
Y8 YZR YANGTZE RIVER
Ditubuhkan15 Januari 2003; 21 tahun yang lalu (2003-01-15)
Hab
Pesawat25 (jumlah keseluruhan armada)
Destinasi7 (jumlah keseluruhan destinasi)
Syarikat indukHainan Airlines
Ibu pejabatRepublik Rakyat China Shanghai Pudong Development Bank Tower, Shanghai, China
Laman webwww.yzr.com.cn


Suparna Airlines
Cina Ringkas: 金鹏航空
Cina Tradisional: 金鵬航空
Maksud harfiah: Syarikat Penerbangan Suparna Airlines

Suparna Airlines, dikenali dalam bahasa Cina sebagai Jinpeng (金鹏航空) (Jīnpéng Hángkōng), ialah syarikat penerbangan yang berpusat di China. Dahulu ia dikenali sebagai Yangtze River Express dan kemudian Yangtze River Airlines selepas melancarkan perkhidmatan penumpang. Ibu pejabat syarikat itu berada di "Shanghai Pudong Development Bank Tower" (浦发大厦) (Pǔ fā dà shà) di Pudong, Shanghai .

Data Kod[sunting | sunting sumber]

  • Kod IATA : Y8
  • Kod ICAO : YZR
  • Panggilan: Yangtze River

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Ditubuhkan pada Tarikh 15 Januari 2003 sebagai syarikat penerbangan kargo kedua di negara ini selepas China Cargo Airlines, [1] Syarikat Penerbangan Yangtze River Express dimiliki oleh Kumpulan HNA (85%) dengan Syarikat Penerbangan Hainan Airlines Co (5%) dan Kumpulan Syarikat Penerbangan Shanghai (10%) memegang baki saham. Syarikat penerbangan ini mengambil alih keseluruhan operasi kargo Syarikat Penerbangan Hainan Airlines, China Xinhua Airlines, Chang An Airlines dan Shanxi Airlines, serta semua kumpulan Hainan Air.

Pada Tahun 2006, ia melepaskan sebanyak 49% pegangan sahamnya kepada sebuah konsortium syarikat termasuk China Airlines, Yang Ming Marine Transport Corporation, Wan Hai Lines dan China Container Express Lines. Syarikat Penerbangan China Airlines (Syarikat Penerbangan dari Taiwan) menjadi pemegang saham asing terbesar dengan pegangan 25%.

Syarikat penerbangan itu dijenamakan semula sebagai Suparna Airlines pada Tarikh 7 Julai 2017; nama baharunya berasal dari burung mitos yang juga dikenali sebagai garuda . [2]

Destinasi[sunting | sunting sumber]

Kargo

Syarikat Penerbangan Yangtze River Express memohon izin untuk melayani Novosibirsk di Rusia, Dallas–Fort Worth dan Los Angeles di Amerika Syarikat dari musim panas Tahun 2009, sementara menunggu persetujuan CAAC, mereka juga melayani beberapa laluan domestik dan Asia. Dari Tahun 2010, laluan pergi balik Shanghai, Tianjin, Prague, Luxembourg, Shanghai, Amsterdam telah dikendalikan. Pada Tahun 2014 juga terdapat sambungan Frankfurt Hahn, Lapangan Terbang Antarabangsa Tianjin Binhai, Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Pudong .

Penumpang

Pada Tarikh 15 Disember 2015 Syarikat Penerbangan Yangtze River Airlines melancarkan penerbangan penumpang domestik dengan nama yang disemak semula, dari Lapangan Terbang Shanghai-Pudong ke Guiyang, Sanya dan Zhuhai menggunakan satu buah pesawat Boeing 737-800 . Kebenaran juga diberikan untuk penerbangan antarabangsa ke Hong Kong (Hong Kong SAR) (Republik Rakyat China), Makau (Makau SAR) (Republik Rakyat China) dan Taiwan . [3]

Senarai Destinasi Penumpang Suparna Airlines[sunting | sunting sumber]

setakat tahun 2022[4].

Asia[sunting | sunting sumber]

Asia Timur[sunting | sunting sumber]

Republik Rakyat China Republik Rakyat China

Taiwan Taiwan

Galeri Armada Syarikat Penerbangan Suparna Airlines (Y8)[sunting | sunting sumber]

Armada[sunting | sunting sumber]

Armada semasa[sunting | sunting sumber]

sebuah Pesawat milik Syarikat Penerbangan Suparna Airlines dengan siri Boeing 747-400ERF
sebuah Pesawat milik Syarikat Penerbangan Yangtze River Express dengan siri Boeing 747-400BDSF

Setakat Januari 2020, Armada Syarikat Penerbangan Suparna Airlines merangkumi jenis pesawat sebagai berikut:[5][6]

Armada Syarikat Penerbangan Suparna Airlines
Pesawat Dalam Perkhidmatan Tempahan Penumpang Nota
C Y+ Y Total
Boeing 737-800 9 189 189
Boeing 787-9 2 30 36 226 292
Armada Kargo (Pengangkutan Barang)
Boeing 737-300F 9 Kargo
Boeing 737-400F 1 Kargo
Boeing 747-400BDSF 3 Kargo
Boeing 747-400ERF 1 Kargo
Total 25

Pesawat yang dikendalikan sebelum ini[sunting | sunting sumber]

Armada Bersara Syarikat Penerbangan Suparna Airlines
Pesawat Total Tahun Diperkenalkan Tahun Bersara Nota
Boeing 787-8 1 2017 2018 dikembalikan ke Syarikat Penerbangan Hainan Airlines.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ [1]
  2. ^ "China's Yangtze River Airlines rebrands as Suparna Airlines". ch-aviation. 10 July 2017. Dicapai pada 17 July 2017.
  3. ^ Yangtse River Express launches passenger flights
  4. ^ "HAINAN AIRLINES / HNA GROUP CARRIERS NW22 NETWORK ADDITIONS". www.aeroroutes.com (dalam bahasa Inggeris). aeroroutes.com. 11 November 2022. Dicapai pada 12 November 2022.
  5. ^ "Global Airline Guide 2019 (Part One)". Airliner World. October 2019: 11.
  6. ^ https://www.airfleets.net/flottecie/Suparna%20Airlines.htm

Pautan luaran[sunting | sunting sumber]