Super Mario 3D World

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Super Mario 3D World
Super Mario 3D World box art.jpg
Seni kotak dikeluarkan untuk semua negara
Pembangun Nintendo EAD Tokyo[1]
1-UP Studio[2]
Penerbit Nintendo
Pengarah Koichi Hayashida[3]
Kenta Motokura[4]
Pengeluar Yoshiaki Koizumi
Komposer Mahito Yokota
Toru Minegishi
Yasuaki Iwata[5]
Koji Kondo[6]
Siri Super Mario
Pelantar Wii U
Keluaran
    Genre Pelantaran
    Mod 1 pemain, 2-4 pemain

    Super Mario 3D World (Jepun: スーパーマリオ3Dワールド, Romaji: Sūpā Mario Surī Dī Wārudo) adalah sebuah permainan pelantaran dalam siri Super Mario dibangunkan oleh Nintendo EAD Tokyo dan diterbitkan oleh Nintendo untuk konsol permainan video Wii U. Dikeluarkan pada November 2013, ini adalah pelantar 3D asli yang keenam dalam siri tersebut dan merupakan lanjutan kepada judul Nintendo 3DS dari tahun 2011, Super Mario 3D Land. Permainan ini telah menerima sanjungan berkritikan, dengan reka tahap, kemainan dengan lebih dari satu pemain, visual, dan muzik semua menerima pujian yang tinggi.

    Permainan[sunting | sunting sumber]

    Tangkapan skrin Super Mario 3D World dari E3 2013 menunjukkan Mario, Luigi, Princess Peach, dan Toad, yang dikawal oleh pemain-pemain, berlari melalui antara satu tahap-tahap dalam permainan ini.

    Permainan ini mengikuti gaya bermain serupa kepada Super Mario 3D Land yang menggabungkan kemainan rayauan bebas dalam judul-judul 3D Mario dengan mekanik permainan pelantaran berskrol sisi 2D dalam siri tersebut, sejauh juga dengan memasuki sebuah tiang bendera dan pemasa pada setiap tahap.[12] Empat watak pemain berbeza mula-mulanya disediakan dalam Super Mario 3D World: Mario, Luigi, Princess Peach, dan Toad. Tambahan pula, Rosalina adalah watak pemain kelima yang boleh didapati. Seakan-akan dengan ketampilan mereka dalam Super Mario Bros. 2,[13] setiap watak mempunyai kebolehan unik dan pengawalan mereka berbeza: Mario mempunyai kelajuan lari dan ketinggian lompat yang sederhana; Luigi melompat lebih tinggi tetapi mempunyai cengkaman yang lebih rendah; Peach dapat melompat lalu mengapung atas darat untuk sebentar waktu tetapi tidak melari sebegitu cepat; Toad melari tercepat berbanding yang lain tetapi tidak dapat melompat begitu tinggi dan berjatuh lebih cepat; manakala Rosalina boleh menggunakan serangan berputarnya seperti dilihat dalam judul-judul Super Mario Galaxy tetapi mempunyai kelajuan lari yang terlahan. Pemain dapat memilih sesiapa dari lima watak-watak ini untuk menggunakan sebelum permulaan sebuah tahap, dan sehingga empat pemain dapat meneroka tahap tersebut pada masa yang sama dengan setiap watak, berkongsi dari setabung nyawa tambahan. Seperti dalam New Super Mario Bros. Wii dan New Super Mario Bros. U, pemain-pemain dapat mengambil dan mengangkat satu sama lain untuk membantu mereka melalui beberapa tempat.[14] Tahap-tahap dimasuki melalui sebuah overworld berpeta, yang pemain-pemain dapat bebas meneroka untuk mencari rahsia-rahsia yang tersembunyi atau masuk tempat-tempat bonus untuk mendapat lebih lagi benda atau syiling. Setiap tahap mempunyai bintang-bintang hijau (Green Stars) tersembunyi, diperlukan untuk memasuki beberapa tahap yang khusus, dan setiap tahap utama juga mempunyai sebuah cap (Stamp) tersembunyi, yang dapat digunakan dalam pos-pos tulisan tangan ke Miiverse dalam komuniti permainan ini. Pemain-pemain juga dapat melihat pesanan-pesanan yang ditinggalkan oleh pemain-pemain lain, kedua-dua pada overworld peta dan selepas menyelesaikan sebuah tahap, serta boleh muat turun roh-roh Mii untuk dinampak dalam tahap-tahap.[15] Bintang hijau tambahan boleh diperolehi dalam tahap-tahap Captain Toad, di mana satu pemain mengawal Captain Toad yang perlahan apabila dia mengemudi tahap-tahap seperti teka-teki dengan menggunakan kefungsian GamePad, serta dalam rumah-rumah misteri (Mystery Houses), di mana pemain-pemain perlu melalui sebuah siri cabaran-cabaran dengan had-had masa yang pendek.[16][17]

    Bersama dengan beberapa barang dari permainan-permainan dahulu, seperti Super Leaf, Mega Mushroom, Propeller Block dan Boomerang Flower, beberapa barang baru juga pertama diperkenalkan. Super Bell memberikan watak-watak sebuah pakaian kucing (Cat Suit), membolehkan mereka untuk berlari lebih laju, melakukan serangan yang unik dan memanjat dinding untuk mencapai tempat-tempat baru. Sebuah variasi Super Bell, iaitu Lucky Bell, membolehkan pemain untuk mengubah wataknya kepada sebuah patung kucing bertuah yang menghadiahi syiling-syiling dalam beberapa keadaan untuk waktu sementara.[18] Double Cherry mengeklonkan watak yang makannya, membolehkan serangan yang lebih berkesan. Satu klon diperbuat untuk setiap Double Cherry watak tersebut memakan. Watak-watak juga dapat memakai Cannon Boxes (kotak meriam) yang menembak musuh-musuhan, Light Blocks (blok cahaya) yang boleh menewaskan hantu-hantu, serta topeng Goomba yang membolehkan mereka menyamar dengan musuh-musuh Goomba. Mereka juga dapat mengangkat berjenis-jenis barang, seperti bom, besbol dan tumbuhan piranha (Piranha Plant), yang boleh digunakan untuk menewaskan musuh-musuh atau menyelesaikan teka-teki, dan menunggang dalam sepatu luncur atau di atas sebuah dinosaur berair yang bernama Plessie.[19]

    Permainan ini juga menggunakan fungsi-fungsi GamePad Wii U, membolehkan pemain-pemain untuk menyental skrin sentuh atau meniup ke dalam mikrofon untuk mendedahkan blok-blok atau barang-barang tersembunyi, menghalang musuh-musuhan, serta mengaktifkan mekanisme, dan juga menyokong permainan tanpa televisyen.[20][21][22][23] Permainan ini juga serasi dengan Wii Remote, Nunchuk, Classic Controller, dan Wii U Pro Controller.[24] Sebuah versi Mario Bros. bertema Luigi, bernama Luigi Bros., boleh didapati setelah menyelesaikan permainan ini, ataupun mempunyai data simpanan dari permainan New Super Luigi U.[25]

    Plot[sunting | sunting sumber]

    Apabila sedang menjelajahi Mushroom Kingdom, Mario, Luigi, Princess Peach, dan Toad menemui sebuah paip lut sinar yang pelik, dari mana sebuah makhluk seperti pari-pari hijau yang ingin tahu, dipanggil seekor Sprixie, tiba-tiba keluar. Juga dengan tiba-tiba kemudian, Bowser memuncul dari paip tersebut dan menangkap pari-pari tersebut sebelum terlepas melalui paip itu. Mario and rakan-rakannya memasuki paip tersebut untuk mengejar Bowser, lalu mendapati mereka sendiri dalam sebuah tempat ajaib baru yang dikenali sebagai Sprixie Kingdom, bersedia untuk mencari Sprixie-Sprixie.

    Selepas menyelamat Sprixie terakhir, Mario dan rakannya diserang hendap oleh Bowser yang andainya telah ditewaskan, lalu menangkap balik sebua tujuh Sprixie lagi, dan berundur ke istana kota terakhirnya. Setelah menguatkan sendiri dengan dua barang baru permainan ini, Bowser memulakan pertarungan terakhir dengan mereka sebagai "Meowser", tetapi ditewaskan lagi di puncak pencakar langitnya. Keempat-empat perwira, dalam pakaian kucing mereka, meninggal Sprixie Kingdom sambil rakyatnya melambai selamat tinggal. Bowser sekarang diperangkap dalam sebuah botol sebagai hukuman.

    Pembangunan[sunting | sunting sumber]

    Dalam Nintendo Direct Januari 2013, Nintendo mengumumkan bahawa sebuah permainan Mario 3D yang baru sedang dihasilkan oleh pasukan pembangun yang telah mencipta Super Mario Galaxy.[26][27] Nama rasmi permainan ini telah diumumkan dalam Nintendo Direct E3 2013 pada 11 Jun 2013, bersama dengan tarikh keluaran sementaraan sebagai Disember 2013,[22] sebelum diubahkan kepada 22 November 2013 di Amerika Syarikat.[8]

    Mengikut Koichi Hayashida, Peach pada asalnya tidak akan menjadi watak yang boleh dimainkan. Yoshiaki Koizumi mencadangkan supaya Peach boleh dimainkan, lalu disetujukan oleh yang lain dalam pasukan tersebut. Koizumi menerangkan bahawa dia fikir Peach menambahkan banyak kepada rasa pertandingan apabila dimainkan dengan pemain-pemain lain kerana pemain berbeza dapat memilih watak berbeza mengikut keperibadian mereka ataupun sesiapa mereka menyukai.[en 1][28]

    Seakan-akannya, Rosalina kemudian telahpun ditambahkan sebagai watak pemain. Kenta Motokura mengatakan bahawa dia sedang berfikir apa yang menyenang selepas akhir cerita dan mahu membawa masuk watak perempuan kedua sebagai tambahan kepada Peach. Dia menerangkan bahawa Rosalina mempunyai perikutan di kalangan peminat Super Mario Galaxy dan dia telah muncul dalam Mario Kart baru-baru itu, oleh itu dia sangat dikenali.[en 2][29]

    Runut bunyi permainan ini telah dipersembahkan oleh Mario 3D World Big Band dan digubahkan oleh Mahito Yokota, Toru Minegishi, Yasuaki Iwata dan Koji Kondo. Runut bunyi umum telah dikeluarkan untuk ahli-ahli Club Nintendo di Jepun, Australia dan Eropah dengan 77 lagu menjangkau dua cakera padat.

    Penerimaan[sunting | sunting sumber]

    Penerimaan
    Markah agregat
    Pengagregat Markah
    GameRankings 92.77%[30]
    Metacritic 93/100[31]
    Markah ulasan
    Penerbitan Markah
    Destructoid 10/10[32]
    Edge 9/10[33]
    Eurogamer 10/10[34]
    Famitsu 38/40[35]
    Game Informer 9.25/10[36]
    GamesRadar 4.55 stars[37]
    GameSpot 9/10[38]
    IGN 9.6/10[39]
    Joystiq 5/5 stars[40]
    Nintendo World Report 10/10[41]

    Super Mario 3D World telah menerima sanjungan kritikan yang tersebar luas, mendapat markah 92.77% dan 93/100 pada tapak web ulasan agregat GameRankings dan Metacritic, masing-masing.[30][31] Judul ini juga telah memenangi banyak anugerah dari saluran-saluran media, termasuk gelaran Game of The Year dari Eurogamer, Digital Spy, dan MSN UK.

    Famitsu memberikan markah 38/40.[35] Jose Otero dari IGN memberikan 3D World markah 9.6/10, memujikan "tenaga muda" corak visualnya, "risiko menarik" yang diambil pada reka-reka tahap, "cabaran mengjengkel" yang disediakan dalam alam-alam kemudian, serta "permainan bekerja sama yang tulennya kelakar dan boleh diingati": "Saya berpesta dalam kepintaran belaka jumlah tenaga dan kemainan Nintendo telah membungkus ke dalam setiap alam."[en 3] Satu sahaja aduan Otero ialah "kameranya menjadi sedikit halangan apabila bermain dengan empat orang pemain."[en 4][39] GameTrailers memberikan permainan ini markah 9.5/10, memujikan gaya dan penyampaiannya, sambil mengkritik isu-isu kamera dan beberapa pilihan kawalan yang pelik.[43] GamesRadar memberikan permainan ini markah 4.5/5, memujikan permainan dengan orang lain yang bertambah baik dan beberapa detik yang pintar, namun meratapi bahawa yang terkemudian boleh menjadikan beberapa tahap yang lain kelihatan bosan dalam perbandingan.[37] Luke Plunkett dari Kotaku memanggilnya "sebuah permainan Mario yang hebat... hanya bukan sebuah permainan Wii U yang sangat baik,"[en 5] memujikan permainan itu sendiri, tetapi mengeluhi bahawa ia tidak membuat banyak untuk menunjukkan kebolehan Wii U.[44] Patrick Klepek di Giant Bomb mengata "World sambung untuk membuat kes bahawa dapatlah menciptakan semula sebuah klasik secara berulangan."[en 6][45]

    Anime News Network memberikan permainan ini gred A, memanggilkannya "seronok, bersifat khayalan, dan berpenuhi dengan kehairanan dan kenikmatan kecil."[en 7][46] Edge menilaikan permainan ini 9/10, memanggilkannya "permainan Wii U terbaik sehingga kini," dan "permainan generasi terkemudian yang sudah dihasilkan oleh 2013,"[en 8] namun mengakui bahawa Mario adalah watak yang terseronok dimain sebagai sebab "kebolehan kohort-kohortnya bukan sebegitu istimewa."[en 9][33] Chris Carter dari Destructoid menganugerahkan permainan ini 10/10, memujikan power-up (terutamanya pakaian kucing yang "membukakan pintu-pintu (dari segi pelantaran) yang tidak wujud di situ dahulu,"[en 10] serta Double Cherry, di mana "Nintendo benar-benar mengalahkan diri sendiri dalam segi mekanik teknikal"[en 11] untuk membuat dapat dicapai), grafik yang "sangat tajam", serta "antara satu runut bunyi asli yang terbaik saya pernah mendengar."[en 12] Carter menulis bahawa "satu-satunya kejatuhan reka bentuknya ialah pilihan perangan bos," sebab Nintendo "telah mencapai sebuah peringkat reka bentuk pelantaran yang sangat dekat ke kesempurnaan."[en 13][32] Richard Mitchell dari Joystiq memberikannya 5/5 bintang, memujikan pertukangan visual yang "menakjubkan", "runut bunyi yang cemerlang," dan "reka bentuk yang berseni dan mempuyai tujuan" yang "menghubungkan matlamat dengan penuh kejelasan."[en 14][40] Mike Splechta dari GameZone memberikannya 9.5/10, nyatakan bahawa "Dengan berbilang watak-watak untuk bermain sebagai (mengingati kembali Super Mario Bros. 2) dan kelima yang dapat dibuka kuncinya, sebuah komponen berbilang pemain yang hebat dan tidak terganggu serta mencukupi barang-barangan baru untuk membuatkan pun kepala Mario berputar, pastinya anda akan mempunyai masa yang sangat menyenorokkan dengan salah satu pelantar 3D yang terbaik dikeluarkan setakat ini."[en 15][47]

    Christian Donlan dari Eurogamer memberikan permainan ini markah 10/10, memerikan 3D World sebagai "sebuah permainan dengan kenikmatan bebas tanpa kesudahan" dengan "kemahuan spontan untuk...menerokai berapa keadaan berbeza [Mario] boleh dihimpit ke dalam,"[en 16] dan menotakan bahawa daya penciptaan ini dibawa kepada runut bunyi yang "mewah dan cepat berubah": "Ini adalah pastiche pada tahap termahir, tahap terparonamik."[en 17][34] Jenni Lada dari Cheat Code Central memberikannya markah 5/5, memanggilnya "yang terdekat kami akan datang kepada sebuah permainan Mario yang sempurna, satu yang merupakan sebuah kemuncak setiap keputusan betul yang pernah dibuat dalam sirinya."[en 18][48] Nintendo World Report menyatakan bahawa ia adalah sebuah permainan Mario seseorang akan hendak menyambung main setelah mengalahkan permainan ini dan mungkin merupakan perisian yang dapat menaiki jualan Wii U, mengatakan "Syukurnya 3D World bukan sahaja sebuah penghalusan formula Mario, ia ialah kebayangan semula yang berkuasa. Ia adalah perarakan letupan warna-warni dan keseronokan serta evolusi Mario yang difikirkan dengan baik."[en 19][41]

    Jualan[sunting | sunting sumber]

    Di Jepun, jualan minggu pertama permainan ini dalam tiga hari di jualan runjit, berjumlah ke 99,588 salinan dijual (tidak termasuk jualan digital eShop)[49] dan 57% muatan pertamanya.[50] Jualan tersebut pertamanya dianggap rendah, tetapi seperti banyak lagi permainan Nintendo yang lain, Super Mario 3D World terus mempunyai jualan yang kuat dalam minggu-minggu kemudian. Sehingga 5 Januari 2014, permainan ini telah menjual kira-kira 400,000 unit di Jepun dan masih terdapat pada carta mingguan Top 10.[51]

    Di United Kingdom, permainan ini debut di nombor 14, belakang pesaingnya, Knack, yang debut di nombor 13.[52] Dalam lapan hari pertamanya dalam pasaran, Super Mario 3D World menjual 215,000 unit di Amerika Syarikat, mengikut NPD Group, berdebut dalam Top 10.[53]

    Pada akhir Mac 2014, permainan ini telah menjual sejumlah 2.17 juta salinan di seluruh dunia, menjadikannya permainan ketiga terlaris untuk Wii U.[54]

    Anugerah[sunting | sunting sumber]

    Permainan-permainan sampingan[sunting | sunting sumber]

    Berdasarkan dan berkembang di atas tahap-tahap teka-teki "The Adventures of Captain Toad" dalam permainan ini, sebuah permainan berasingan, Captain Toad: Treasure Tracker telah diumumkan di E3 2014. Ia dijadual untuk keluaran Wii U sebelum akhir tahun 2014 di Jepun dan Amerika Utara, dan Januari 2015 di rantau PAL.

    Terjemahan petikan[sunting | sunting sumber]

    Bahasa Inggeris[sunting | sunting sumber]

    1. ^ "I think she adds a lot to the sense of competition when you get in multiplayer ... You can have different people choosing different characters based on their personality or whoever they like."
    2. ^ "I was thinking about what would be pleasing after the ending and wanted to bring in another female character in addition to Princess Peach. Rosalina has a following among the Super Mario Galaxy fanbase, and she's appeared in Mario Kart recently, so I think she's well known."
    3. ^ "I reveled in the sheer brilliance of how much energy and gameplay mileage Nintendo has packed into every world"
    4. ^ "the camera becomes a slight obstacle in four-player multiplayer"
    5. ^ "a terrific Mario game... just not a very good Wii U game"
    6. ^ "World continues to make the case that it's possible to reinvent a classic over and over again"
    7. ^ "fun, imaginative, and filled with little surprises and delights"
    8. ^ "Wii U's best game to date," and "the most next-gen game that 2013 has yet produced"
    9. ^ "his cohorts' abilities aren't anything special"
    10. ^ "open[s] up [doors] platforming-wise that weren't there before"
    11. ^ "Nintendo really outdid themselves in terms of the technical mechanics"
    12. ^ "one of the best OSTs I've ever heard"
    13. ^ "the only downfall of the design is the selection of boss fights," as Nintendo "had achieved a level of platforming design that's close to perfection"
    14. ^ "artful, purposeful design" which "communicates goals with complete clarity"
    15. ^ "With multiple characters to play as (harking back to Super Mario Bros. 2) and an unlockable fifth, a fantastic and unobtrusive multiplayer component and enough new power-ups to make even Mario's head spin, you're bound to have a highly enjoyable time with one of the best 3D platformers released thus far"
    16. ^ "an endless freewheeling treat of a game" with an "ad-libbed drive to...explore how many different situations [Mario] can be squashed into"
    17. ^ "This is pastiche at its most skillful, its most panoramic"
    18. ^ "the closest we will ever come to a perfect Mario game, one that is a culmination of every right decision ever made in the series"
    19. ^ "Thankfully 3D World isn’t just a refinement of the Mario formula, it’s a powerful re-imagining. It’s an explosive cavalcade of color and excitement as well as a well thought out evolution of Mario"

    Rujukan[sunting | sunting sumber]

    1. ^ Bell, Kyle (12 Jun 2013). "Nintendo Unveils Super Mario 3D World". Dicapai 12 Jun 2013. 
    2. ^ "開発情報 - 1-UP STUDIO INC". 1-UP Studio. Dicapai 26 Jun 2014. 
    3. ^ "E3 2013: Why Nintendo Didn't Make Mario Galaxy 3". IGN. Dicapai 13 Jun 2013. 
    4. ^ "Iwata Asks: Super Mario 3D World". Nintendo. Dicapai 15 November 2013. 
    5. ^ "Super Mario 3D World composers talk cats, dogs, and more". Destructoid. Dicapai 15 November 2013. 
    6. ^ Napolitano, Jayson. "Super Mario 3D World reunites Mario Galaxy composers". Destructoid. Dicapai Ogos 2013.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
    7. ^ "Nintendo Direct 2013.10.1 | Nintendo" (dalam bahasa Japanese). Nintendo Co., Ltd. Dicapai 2 Oktober 2013. 
    8. ^ a b Goldfarb, Andrew (28 Ogos 2013). "Super Mario 3D World, Donkey Kong Wii U Release Dates". IGN. 
    9. ^ http://cdn02.nintendo-europe.com/media/downloads/news_7/2013_3/august_6/Wii_U_3DS_Q4_2013_UK.pdf
    10. ^ "NINTENDO ANNOUNCES LAUNCH DATES FOR ANTICIPATED Wii U & NINTENDO 3DS TITLES FOR 2013". Nintendo Australia. 2 Oktober 2013. Dicapai 2 Oktober 2013. 
    11. ^ "Redator do New York Times afirma que Super Mario 3D World é o game de nova geração mais divertido do ano". November 25, 2013. Dicapai 2013-11-29. 
    12. ^ Raze, Ashton (21 November 2013). "Super Mario 3D World review". London: The Telegraph. Dicapai 22 November 2013. 
    13. ^ "Super Mario 3D World, Mario Kart 8, new Donkey Kong Country coming to Wii U". CNET. 7 Julai 2013. Dicapai 13 Jun 2013. 
    14. ^ "Super Mario 3D World's multiplayer mayhem is delightful, long overdue". Polygon. 7 Jun 2013. Dicapai 13 Jun 2013. 
    15. ^ "Super Mario 3D World Continues To Look Amazing". Kotaku.com. Dicapai 24 Oktober 2013. 
    16. ^ "Two Ideas You May Not Have Seen in Super Mario 3D World". IGN. Dicapai 15 November 2013. 
    17. ^ "Wii U News: Super Mario 3D World features a mode in which you can't jump!". Official Nintendo Magazine. Dicapai 15 November 2013. 
    18. ^ "Function First". Iwata Asks: Super Mario 3D World. Nintendo of America. Dicapai 29 Disember 2013. 
    19. ^ "Super Mario 3D World is a Smorgasboard of Fun New Power-Ups". Kotaku.com. Dicapai 1 Oktober 2013. 
    20. ^ "E3 2013: Super Mario 3D World Revealed for Wii U". IGN. Dicapai 13 Jun 2013. 
    21. ^ "Super Mario 3D World coming to Wii U, includes multiplayer". Polygon. 7 Jun 2013. Dicapai 13 Jun 2013. 
    22. ^ a b "Nintendo reveals Super Mario 3D World | GamesBeat". Venturebeat.com. 11 Jun 2013. Dicapai 13 Jun 2013. 
    23. ^ "Hands-on with 'Super Mario 3D World'". Usatoday.com. Dicapai 13 Jun 2013. 
    24. ^ "SUPER MARIO 3D WORLD". 20 Oktober 2013. Dicapai 24 Oktober 2013. 
    25. ^ "Watch All Of Today's Nintendo Direct Right Here". Kotaku. Dicapai 15 November 2013. 
    26. ^ Purchese, Robert. "New 3D Mario and Mario Kart Wii U games at E3". Eurogamer. Dicapai Januari 2013.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
    27. ^ Tito, Greg. "New Mario Kart Wii U Playable at E3". The Escapist. Dicapai Januari 2013.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
    28. ^ Danielle Riendeau (12 Jun 2013). "Nintendo thinking on a different frequency with playable Princess Peach". Polygon. Dicapai 27 November 2013. 
    29. ^ Christopher Costabile. "Latest Iwata Asks Reveals More on Camera Angles, Rosalina and the Amount of Content in Super Mario 3D World - Wii U News @ Nintendo Life". Nintendolife.com. Dicapai 2013-11-27. 
    30. ^ a b "Super Mario 3D World for Wii U". GameRankings. CBS Interactive. Dicapai 2013-11-21. 
    31. ^ a b "Super Mario 3D World for Wii U Reviews". Metacritic. Dicapai 2013-11-14. 
    32. ^ a b Carter, Chris (November 19, 2013). "Review: Super Mario 3D World". Destructoid. Dicapai November 19, 2013. 
    33. ^ a b Edge Staff (November 19, 2013). "Super Mario 3D World review". Edge. Dicapai November 19, 2013. 
    34. ^ a b Donlan, Christian (2013-11-14). "Super Mario 3D World review". Eurogamer.net. Dicapai 2013-11-14. 
    35. ^ a b Romano, Sal (November 12, 2013). "Famitsu Review Scores: Issue 1302". Gematsu. Dicapai November 19, 2013. 
    36. ^ Vore, Brian (November 19, 2013). "Multiplayer Mania Enters The Third Dimension". Game Informer. Dicapai November 19, 2013. 
    37. ^ a b Gilbert, Henry (November 19, 2013). "Super Mario 3D World Review". GamesRadar. Dicapai November 19, 2013. 
    38. ^ Walton, Mark (November 19, 2013). "Super Mario 3D World Review". GameSpot. Dicapai November 19, 2013. 
    39. ^ a b Otero, Jose (November 19, 2013). "Super Mario 3D World Review". IGN. Dicapai November 19, 2013. 
    40. ^ a b Mitchell, Richard (2013-11-14). "Super Mario 3D World review: Just Peachy". Joystiq. Dicapai 2013-11-14. 
    41. ^ a b Baker, Justin (2013-11-14). "Super Mario 3D World Review". Nintendo World Report. Dicapai 2013-11-14. 
    42. ^ Cloutier, Erik (2013-11-19). "Review: Super Mario 3D World". GamingSoul. Dicapai 2013-11-19. 
    43. ^ "Super Mario 3D World Review". GameTrailers. 19 November 2013. Dicapai 19 November 2013. 
    44. ^ Plunkett, Luke (19 November 2013). "Super Mario 3D World: The Kotaku Review". Kotaku. Dicapai 19 November 2013. 
    45. ^ Klepek, Patrick (20 November 2013). "Super Mario 3D World Review". Giant Bomb. Dicapai 30 Mei 2014. 
    46. ^ Kemps, Heidi (19 November 2013). "Super Mario 3D World - Game Review". Anime News Network. Dicapai 19 November 2013. 
    47. ^ Splechta, Mike (19 November 2013). "Super Mario 3D World Review: Once more with Feline". GZ. Dicapai 27 Januari 2014. 
    48. ^ Lada, Jenni (19 November 2013). "Super Mario 3D World Review". Cheat Code Central. Dicapai 19 November 2013. 
    49. ^ Kaplan, Zack (27 November 2013). "Super Mario 3D World Suffers Low Sales in Japan". Nintendo World Report. Dicapai 30 November 2013. 
    50. ^ Ishaan (30 November 2013). "Super Mario 3D World Had A Fairly Low Launch Shipment In Japan". Siliconera. Dicapai 9 Disember 2013. 
    51. ^ "Media Create Sales: 12/30/13 – 1/5/14". gematsu. 8 November 2013. Dicapai 8 November 2013. 
    52. ^ "Super Mario 3D World, Launch in UK". GFK Chart-Track. 30 November 2013. Dicapai 23 Disember 2013. 
    53. ^ "Super Mario 3D World, NPD US". Joystiq. 12 Disember 2013. Dicapai 23 Disember 2013. 
    54. ^ "Nintendo Software Sales". Nintendo. 31 Mac 2014. Dicapai 31 Mac 2014. 

    Pautan luar[sunting | sunting sumber]