Supermajoriti

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Supermajoriti ataupun majoriti layak ialah satu keperluan supaya suatu usul mendapat tahap sokongan tinggi tertentu melebihi majoriti kecil 50%. Di sesetengah bidang kuasa, sebagai contoh, prosedur parlimen memerlukan sebarang tindakan yang mungkin mengubah hak sekumpulan minoriti mendapat sokongan supermajoriti (misalnya majoriti dua pertiga). Pindaan perlembagaan lazimnya memerlukan kelulusan supermajoriti dalam badan perundangan.

Pecahan supermajoriti[sunting | sunting sumber]

Tahap supermajoriti berbeza-beza mengikut tempat. Tahap yang biasa ialah tiga perlima (60%) atau dua pertiga (66.7%).

Terdapat dua jenis supermajoriti: supermajoriti mudah (berdasarkan mereka yang hadir) atau supermajoriti mutlak (berdasarkan mereka yang layak mengundi). Contohnya, sekiranya 90 daripada 100 orang yang layak mengundi hadir dan tahap supermajoriti ialah tiga perlima, sokongan minimum yang perlu untuk supermajoriti mudah ialah 54 orang. Manakala supermajoriti mutlak memerlukan minimum 60 orang setuju.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Robert's Rules of Order Newly Revised, edisi ke-10, 2000, m/s. 389-90