Supermokh Sebuah Muzikal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Supermokh Sebuah Muzikal
PengarahHans Isaac
Harith Iskander
Tarikh mula6 November 2013
Tarikh tamat18 November 2013
LokasiPanggung Sari, Istana Budaya
Pengarah muzikMichael Veerapen
SubjekMokhtar Dahari
GenreBiografi
Diterbitkan olehTall Order Productions
Jugra Publications

Supermokh Sebuah Muzikal ialah sebuah pementasan teater Malaysia[1][2] yang memperincikan mengenai kehidupan dan kerjaya pemain bolasepak Mokhtar Dahari.[3] Teater ini dipentaskan pada 6 hingga 18 November 2013 di Istana Budaya, Kuala Lumpur, ia diarahkan oleh Hans Isaac dan Harith Iskander dan dibintangi oleh Awie sebagai Mokhtar Dahari, dan juga dibintangi oleh Maya Karin, Rashidi Ishak, Dina Nadzir dan Douglas Lim.[4] Musim kedua pementasan teater Supermokh dipentaskan pada 8 hingga 21 September 2014 dengan judul Supermokh Sebuah Muzikal: Restaging.[5][6]

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Sekilas[sunting | sunting sumber]

Datuk Mokhtar Dahari merupakan legenda bola sepak negara pada zaman kegemilangannya, beliau memiliki keupayaan untuk menjaringkan gol yang luar biasa dan kehendak tunggal untuk menang. Mokhtar ialah salah seorang pemain terbaik di Asia dan pemain bola sepak Malaysia terbaik pada dekad 1970-an. Beliau mewakili pasukannya pernah menewaskan gergasi Asia Korea Selatan dan Jepun. Semasa tempoh 18 tahun kerjayanya, beliau ialah penyerang terbaik di Malaysia dan menjaringkan lebih daripada 170 gol. Beliau mendapat jolokan Supermokh kerana kehebatan beliau di atas padang, kekuatan dan keupayaannya menjaringkan gol sepanjang kerjayanya.[7]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Supermokh Sebuah Muzikal diarahkan bersama oleh Hans Isaac dan Harith Iskander, yang sebelum ini mengarahkan bersama teater Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal pada 2011. Michael Veerapen berkhdmat sebagai pengarah muzik.[7]

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang merupakan peminat setia Mokhtar merupakan penaung teater ini. Penyanyi rock Awie memegang watak sebagai Mokhtar, yang telah memenangi dua anugerah pelakon terbaik BOH Cameronian untuk Cuci The Musical dan Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal. Maya Karin dipilih menjayakan watak Tengku Zarina, iaitu isteri kepada Mokhtar. Pelakon lain termausuk Rashidi Ishak, Douglas Lim, Dina Nadzir, Phoon Chi Ho, Oliver Johanan dan Clarence Kuna.[7]

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hadir pada malam pementasan teater Supermokh.[8] Teater Supermokh dipentaskan buat kali kedua pada 8 hingga 21 September 2014.[9][10][11]

Buku biografi Mokhtar Dahari: Legenda Bola Sepak Malaysia, tulisan Zinitulniza Abdul Kadir, juga dijual semasa pementasan teater.[8]

Mengulas untuk mStar Online, Mohd Al-Qayum Azizi berkata: "Supermokh Sebuah Muzikal berjaya mengangkat kisah hidup Mokhtar (Dahari) dengan cara cukup berbeza dan menghiburkan dan ia dapat memberi peluang kepada generasi muda untuk mengenali figura ini dengan lebih mendalam".[12]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Yasmin Ahmad Kamil (14 November 2013). Musical on SuperMokh now on at IB The Star Online. Diperoleh pada 24 Februari 2014.
  2. ^ Michael Chiang (3 November 2013). Rhythm of the game in ‘SuperMokh’ Diarkibkan 2019-02-24 di Wayback Machine Star2. Diperoleh pada 24 Februari 2014.
  3. ^ Sisi romantik Mokhtar Dahari dalam teater Supermokh mStar Online (7 November 2013). Dicapai pada 9 April 2014.
  4. ^ Musical on Mokhtar Dahari to be staged at Istana Budaya The Star Online (9 Oktober 2013). Diperoleh pada 10 Oktober 2013.
  5. ^ "Return of SuperMokh". The Star Online. 17 June 2014. Dicapai pada 14 March 2017.
  6. ^ Sharifah Arfah (19 September 2014). "Supermokh The Musical — Even better than the last one". The Rakyat Post. Dicapai pada 14 March 2017.
  7. ^ a b c Musical celebrating football legend’s life opening in November Diarkibkan 2019-02-24 di Wayback Machine Star2.com (11 Oktober 2013). Diperoleh pada 10 Oktober 2013.
  8. ^ a b "Selangor ruler attends SuperMokh The Musical". The Star Online. 12 November 2013. Dicapai pada 24 Februari 2014.
  9. ^ Budiey (15 September 2014). "Meet The Cast of SuperMokh The Musical". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 14 March 2017.
  10. ^ "Pasang surut teater". Harian Metro. 19 December 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-14. Dicapai pada 14 March 2017.
  11. ^ "Awie dan Maya Karin lebih romantik". Berita Harian. 9 September 2014. Dicapai pada 14 March 2017.
  12. ^ Mohd Al-Qayum Azizi (7 November 2013). "Sisi Romantik Mokhtar Dahari Dalam Teater 'SuperMokh'". mStar Online. Dicapai pada 26 Februari 2014.