Pergi ke kandungan

Sura Sojangi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sura Sojangi
Kelahiran
Maisurah binti Sojangi

(1990-06-10) 10 Jun 1990 (umur 35)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2009–kini
PasanganAhmad Hakim Yazid (k. 2015)

Maisurah "Sura" Sojangi (lahir 10 Jun 1990)[1] merupakan seorang pelakon wanita Malaysia dan merupakan bekas peserta Pilih Kasih musim ketiga.[2]

Sebelum menyertai Pilih Kasih, Maisurah, lebih mesra dengan panggilan Sura, pernah mencuba nasibnya dalam rancangan realiti Anak Wayang pada 2009 dan menjadi salah seorang dari 25 peserta yang terpilih bersama-sama Amar Baharin, Alex Yanz, Feeya Iskandar, Afzan A. Rahman, Hairi Safwan dan Dayana Roza.[3]

Beliau merupakan salah seorang dari 16 peserta rancangan pencarian bakat baharu bidang lakonan, Pilih Kasih musim ketiga, yang turut disertai oleh Reen Rahim yang bergelar juara dan Saiful Nizen Ayob (kini Allahyarham).[4]

Selepas Pilih Kasih tamat,[5] beliau memegang watak Dina, rakan karib Tasha lakonan Puteri Sarah dalam siri drama aksi Evolusi KL Drift: The Series arahan Syafiq Yusof dan Rizal Ashreff. Ini diikuti oleh lakonannya dalam Setia Hujung Nyawa. Sura membuat penampilan pertamanya di layar lebar menerusi filem Mistik Syirik Tahyul yang ditayangkan pada 2014.[6]

Meskipun kurang menerima perhatian media, Sura melangkah setapak ke hadapan dengan menjayakan watak sebagai Adira dalam drama Kerana Anisa yang dibintangi oleh Zara Zya dan Mustaqim Bahadon yang bersiaran di Slot Samarinda TV3.

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Sura berkahwin dengan naib juara Pilih Kasih musim ketiga, Ahmad Hakim Yazid pada 2015.[7]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Peranan Catatan
2014 Mistik Syirik Tahyul
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2012 Saiful Nita Netty TV3
Dejavu di Kinabalu Thalia
2012-2013 Evolusi KL Drift: The Series Dina TV2
Setia Hujung Nyawa Sofea TV3
2013 Bunga Merah Punya Ika TV9
Aku Tak Percaya Cinta Elia TV1
2015 Rubberband Ana TV3
HidayahMu Ramadan Julia
Cinta Iris TV9
Masihkah Ada Kasih
2016 Mr. Tanda Soal Malia TV3
Dawai Asmara
Ainur Mardhiyah Ainur Mardhiyah TV9
2017 Kerana Anisa Adira
Kias Ramadan Iffa TV3 Episod: "Asid Si Fasik"
2018 Cinta Koko Coklat Jasmin ntv7
Selafaz Cinta Farisya Astro Prima
2020 Dia Random Guy Suraya TV Okey

Televisyen

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Peranan Saluran
2009 Anak Wayang Dirinya sendiri/Peserta Astro Ria
2011 Pilih Kasih (Musim 3) Dirinya sendiri/Peserta TV2

Pencapaian

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2011 Pilih Kasih Tempat keempat
  1. ^ Mohd Tahir, Sudirman (2 Mac 2017). "Sura tak pernah puas". Harian Metro. Dicapai pada 27 Julai 2018.
  2. ^ Nina Farzuin Md. Sharom (13 Februari 2013). "Sura Sojangi, kurang popular". Sinar Harian. Dicapai pada 26 Julai 2018.
  3. ^ Roslen Fadzil (25 Mei 2009). "Jom Kenali 25 Calon Anak Wayang". murai.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-09-05. Dicapai pada 8 Januari 2010.
  4. ^ "Pilih Kasih musim ketiga bermula". Utusan Malaysia. 5 Februari 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-26. Dicapai pada 26 Julai 2018.
  5. ^ Mohd Isa, Faten Saphilla (24 April 2012). "Tuah Sura Sojangi, kelangsungan Reen Rahim". Kosmo!. Dicapai pada 26 Julai 2018.
  6. ^ Ahmad (12 Mei 2021). "Biodata Sura Sujangi • Fakta, Agama dan Keluarga". digiku.mr. Dicapai pada 13 Mei 2021.
  7. ^ Jefri, Najiy (11 Januari 2017). "Sura nyaris putus asa". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-28. Dicapai pada 27 Julai 2018.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]