Surah Al-Qadr

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search


Surah Al-Qadr (سورة القدر) adalah surah ke-97 dalam al-Quran yang terdiri atas 5 ayat, termasuk golongan surah Makkiyah, diturunkan sesudah Surah ‘Abasa. Surat ini dinamai Al Qadr (kemuliaan), diambil dari perkataan Al Qadr yang terdapat pada ayat pertama surat ini.

Isi Kandungan[sunting | sunting sumber]

  • Al-Quran dimulai diturunkan pada malam Lailatul Qadr, yang nilainya lebih dari seribu bulan;
  • para malaikat dan Jibril turun ke dunia pada malam Lailatul Qadr untuk mengatur segala urusan.
  • Pada surah Al Qadr ini diterangkan bahawa permulaan Al Quran diturunkan ialah pada malam lailatul Qadr dan diterangkan juga ketinggian malam lailatul Qadr itu.

Hubungan Surah Al-Qadr' dengan Surah Al-Baiyinah[sunting | sunting sumber]

Surat Al Qadr menerangkan tentang permulaan al-Quran diturunkan, sedang Surah Al-Baiyinah menerangkan salah satu sebab Allah menurunkan Al Quran.

Terjemahan ayat[sunting | sunting sumber]

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ [97:1] Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,

وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ [97.2] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ [97.3] Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

تَنَزَّلُ الْمَلائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ [97.4] Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);

سَلامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ [97.5] Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Dengar bacaan di sini from alquran.cz.cc


Surah Sebelumnya:
Surah Al-‘Alaq
Al Quran (القــرآن الكـــريم) Surah Berikutnya:
Surah Al-Baiyinah
Surah 97