Surah At-Takwiir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Sebahagian daripada siri berkaitan
Allah-green.svg
Islam

Rukun Iman

Allah • Kitab • Malaikat • Nabi
Hari Akhirat • Qada dan Qadar

Rukun Islam

Syahadah • Solat • Puasa
Zakat • Haji

Kota Suci

Makkah • Madinah
Baitulmuqaddis

Hari Raya

Aidilfitri • Aidiladha

Hukum

Al-Quran • Sunnah • Hadis

Sejarah

Garis Masa Sejarah Islam
Khulafa al-Rasyidin
Khalifah • Khilafah

Tokoh Islam

Muhammad
Ahlul Bait • Sahabat Nabi

Mazhab

Ahli Sunah Waljamaah
Hanafi • Syafie
Maliki • Hanbali

Budaya Dan Masyarakat

Akademik • Haiwan • Seni
Takwim • Kanak-kanak
Demografi • Perayaan
Masjid • Dakwah • Falsafah
Sains • Wanita • Politik

Lihat juga

Kritikan • Islamofobia
Glosari

Portal Islam

Surah At-Takwir (Bahasa Arab: سورة التكوير‎) ialah surah ke-81 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surat Makkiyah, terdiri atas 29 ayat. Dinamakan At Takwiir yang bererti penggulungan(kiamat) dari kata dasar kata kuwwirat yang terdapat pada ayat pertama surat ini.

Isi kandungan[sunting | sunting sumber]

  • Kegoncangan-kegoncangan yang terjadi pada hari kiamat.
  • Pada hari kiamat setiap makhluk akan mengetahui apa yang telah dikerjakannya ketika di dunia
  • Al-Quran adalah firman Allah yang disampaikan melalui perantaran malaikat Jibril
  • Penegasan atas kenabian Nabi Muhammad s.a.w.
  • Al-Quran sumber petunjuk bagi umat manusia yang menginginkan hidup lurus
  • Kejayaannya manusia dalam mencapai kehidupan yang lurus itu tergantung kepada taufiq dari Allah


Pembahagian[sunting | sunting sumber]

Bahagian 1: 1-14[sunting | sunting sumber]

1. apabila matahari digulung,

2. dan apabila bintang-bintang berjatuhan,

3. dan apabila gunung-gunung dihancurkan,

4. dan apabila unta-unta yang bunting ditinggalkan (tidak dipedulikan)

5. dan apabila binatang-binatang liar dikumpulkan,

6. dan apabila lautan dijadikan meluap

7. dan apabila ruh-ruh dipertemukan (dengan tubuh)

8. dan apabila bayi-bayi perempuan yang dikubur hidup-hidup ditanya,

9. karena dosa Apakah Dia dibunuh,

10. dan apabila catatan-catatan (amal perbuatan manusia) dibuka,

11. dan apabila langit dilenyapkan,

12. dan apabila neraka Jahim dinyalakan,

13. dan apabila surga didekatkan,

14. Maka tiap-tiap jiwa akan akan mengetahui tentang amal yang telah dibawanya.

Bahagian 2: 15-29[sunting | sunting sumber]

15. sungguh, aku bersumpah dengan bintang-bintang,

16. yang beredar dan terbenam,

17. demi malam apabila telah hampir meninggalkan gelapnya,

18. dan demi subuh apabila fajarnya mulai menyingsing,

19. Sesungguhnya Al Qur’an itu benar-benar firman (Allah yang dibawa oleh) utusan yang mulia (Jibril),

20. yang mempunyai kekuatan, yang mempunyai kedudukan Tinggi di sisi Allah yang mempunyai ‘Arsy,

21. yang ditaati di sana (di alam malaikat) lagi dipercaya.

22. dan temanmu (Muhammad) itu bukanlah sekali-kali orang yang gila.

23. dan Sesungguhnya Muhammad itu melihat Jibril di ufuk yang terang.

24. dan Dia (Muhammad) bukanlah orang yang bakhil untuk menerangkan yang ghaib.

25. dan Al Qur’an itu bukanlah Perkataan syaitan yang terkutuk,

26. Maka ke manakah kamu akan pergi?

27. Al Qur’an itu tiada lain hanyalah peringatan bagi semesta alam,

28. (yaitu) bagi siapa di antara kamu yang mau menempuh jalan yang lurus.

29. dan kamu tidak dapat menghendaki (menempuh jalan itu) kecuali apabila dikehendaki Allah, Tuhan semesta alam.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Dengar bacaan di sini


Surah Sebelumnya:
Surah ‘Abasa
Al Quran (القــرآن الكـــريم) Surah Berikutnya:
Surah Al-Infitar
Surah 81