Surah Hud

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian


Surah Huud (سورة هود) adalah surah ke-11 dalam al-Quran dan termasuk golongan surah-surah Makkiyyah. Surah ini terdiri daripada 123 ayat diturunkan sesudah surah Yunus. Surah ini dinamai surah Huud kerana ada hubungannya dengan terdapatnya kisah Nabi Huud a.s. dan kaumnya dalam surah ini terdapat juga kisah-kisah Nabi yang lain, seperti kisah Nuh a.s., Saleh a.s., Ibrahim a.s., Luth a.s., Syuaib a.s. dan Musa a.s.

Isi kandungan[sunting | sunting sumber]

  1. Keimanan: Adanya Arasy Allah; kejadian alam dalam 6 tahap; adanya golongan-golongan manusia di hari kiamat.
  2. Hukum-hukum: Agama membolehkan berhias dan memakai perhiasan asalkan tidak berlebih-lebihan; tidak boleh berkelakuan sombong; tidak boleh mendoa atau mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin menurut sunnah Allah.
  3. Kisah-kisah: Kisah Nuh a.s. dan kaumnya; kisah Huud a.s. dan kaumnya; kisah Soleh a.s. dan kaumnya; kisah Ibrahim a.s. dan kaumnya; kisah Syuaib a.s. dan kaumnya; kisah Luth a.s. dan kaumnya; kisah Nabi Musa a.s. dan kaumnya.
  4. Dan lain-lain: Pelajaran-peIajaran yang diambil dari kisah-kisah para nabi; air sumber segala kehidupan; solat itu memperkuat iman; sunnah Allah yang berhubungan dengan kebinasaan suatu kaum.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Dengar bacaan di sini


Surah Sebelumnya:
Surah Yunus
Al Quran (القــرآن الكـــريم) Surah Berikutnya:
Surah Yusuf
Surah 11