Surat Cara Penyerahan Kalah Jepun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Perwakilan dari Empayar Jepun berdiri atas kapal USS Missouri sebelum menandatangani Surat Cara Penyerahan Kalah.

Surat Cara Penyerahan Kalah Jepun adalah perjanjian bertulis yang memperakui penyerahan kalah Empayar Jepun, yang menandakan berakhirnya Perang Dunia II. Ia telah ditandatangani oleh perwakilan dari Empayar Jepun, Amerika Syarikat, Republik China,[note 1] United Kingdom of Great Britain dan Ireland Utara, Kesatuan Republik Sosialis Soviet, Komanwel Australia, Dominion Kanada, Kerajaan Sementara Republik Perancis, Kerajaan Beraja Belanda, dan Dominion New Zealand. Upacara ini berlangsung di atas geladak kapal tempur USS Missouri di Teluk Tokyo pada 2 September 1945.

Tarikh ini kadangkala dikenali sebagai Hari Kemenangan ke atas Jepun, walaupun sebutan itu lebih kerap dirujuk dengan tarikh Gyokuon-hōsō (Titah Diraja mengenai Penamatan Perang) Maharaja Hirohito, iaitu pengumuman siaran radio mengenai penerimaan syarat-syarat Deklarasi Potsdam pada tengahari Waktu Piawai Jepun 15 Ogos.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Not to be confused with the People's Republic of China which did not then exist.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 35°21′17″N 139°45′36″E / 35.35472°N 139.76000°E / 35.35472; 139.76000