Suresh Nair

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dr Suresh Nair telah menyebabkan kematian dua pelacur di Sydney, Australia dan telah dipenjara , kemudian dihantar pulang ke negara Malaysia. Akhbar Daily Telegraph melaporkan bahawa Dr Suresh sudah menetap di Australia sejak kecil tetapi tidak pernah diberi kerakyatan negara itu.

==[sunting | sunting sumber]

Pada 1980 , Suresh Nair berhijrah dari Malaysia ke Australia pada usia 10 tahun. Pada 1992, pada usia 23 tahun, dia mendapat ijazah perubatan dari Universiti Australia. Pada 2004, dia dipaksa membuat ujian air kencing ketika bekerja di Hospital Nepean dan didapati positif menggunakan dadah jenis kokain. Selepas itu ditahan semasa 6 minggu.

Pada 2005, dalam laporan Lembaga Perubatan New South Wales, mendapati Dr Suresh menyalahgunakan kokain . Tetapi dia masih meneruskan pembedahan terhadap pesakit. Pada 2008, Hospital Nepean sekali lagi menggantung tugas Dr Suresh selepas kes itu dirujuk kepada Lembaga Perubatan NSW. Pada 2009, pekerja seks Victoria Mcintyre (23 tahun) ditemui mati akibat penggunaan kokain berlebihan yang dibekalkan oleh Dr Suresh semasa merayakan 'Hari Kekasih' / Valentine Day. Sebelum itu , Suellen Domingues Zaupa (22 tahun) mati akibat dadah berlebihan . Dr Suresh menyediakan 140,000 untuk memberi dadah kokain semasa di bertugas di Hospital Nepean.

Pada 2010, Dr Suresh didakwa atas tuduhan membunuh . Sijil pengamal perubatan dibatalkan pada November 2010. Kemudian pada 2011 , Dr Suresh ditahan selama lima tahun dan lima bulan penjara kerana kesalahan membekalkan kokain. Pada 2013, hukuman ke atasnya dikurangkan selepas beberapa rayuan. Pada Julai 2014, Dr Suresh dibebaskan selepas dipenjara 3 tahun dan menjalani sistem parol selepas itu. [1]

Dihantar pulang[sunting | sunting sumber]

Pada 29 Ogos 2014, Dr Suresh Nair seorang pakar bedah telah diarahkan pulang ke Malaysia oleh Menteri Imigresen Australia Scott Morrison. Visa / taraf penduduk tetap miliknya dibatalkan . Dr Suresh dilahirkan di Malaysia dan membesar di negara ini sehingga umur 10 tahun. Selepas itu dia dan keluarganya berhijrah ke Australia. [2]

Dr Suresh dipenjara pada tahun 2011 kerana membunuh pelacur berusia 22 tahun,Suellen Domingues Zaupa, yang mengambil dadah jenis kokain berlebihan semasa pesta di sebuah apartmen mewah , Elizabeth Bay flat milik pakar bedah itu di Sydney pada November 2009. Malangnya pihak hospital gagal memberi laporan segera kepada Majlis Perubatan New South Wales.[3]

Perbicaraan[sunting | sunting sumber]

Semasa di mahkamah, Dr Suresh mengaku bersalah membekalkan kokain, yang menyebabkan kematian pelacur Victoria McIntyre, 23, di apartmennya pada 2012. McIntyre mati di bilik tidur sementara Dr Suresh melanggan beberapa lagi pelacur pada waktu marathon seks dan dadah itu. Dr Suresh juga bertanggungjawab di bawah semua pertuduhannya selepas dibebaskan di bawah sistem parol pada 31 Julai 2013.

Kes Dr Suresh pertama kali dilaporkan pada tahun 2004 ketika disahkan positif dadah di Hospital Nepean, sebuah hospital swasta . Dia dipenjarakan selama lima tahun dan tiga bulan pada 2011 tetapi dikurangkan selepas membuat rayuan.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]