Surface Pressure

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
"Surface Pressure"
Lagu oleh Jessica Darrow
daripada album Encanto (Original Motion Picture Soundtrack)
Dilancarkan pada19 November 2021
GenreReggeaton
Panjang3:22
SyarikatWalt Disney
PenulisLin-Manuel Miranda
Penerbit
  • Lin-Manuel Miranda
  • Mike Elizondo
"Surface Pressure" di YouTube
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

"Surface Pressure" (Melayu: Sekilas Pandang; Indonesia: Permukaan) ialah lagu daripada filem muzikal animasi Disney iaitu, Encanto (2021), dikeluarkan sebagai sebahagian daripada runut bunyi filem itu pada 19 November 2021, oleh Walt Disney Records. Ia ditulis oleh penyanyi-penulis lagu Amerika iaitu, Lin-Manuel Miranda, dan dinyanyikan oleh pelakon Amerika, Jessica Darrow. Sebuah lagu reggeaton, "Surface Pressure" menerangkan kepedihan yang dialami Luisa Madrigal, yang di mana dia memiliki kekuatan "hadiah" iaitu gagah dan kuat, dan disebabkan dialah menghadapi tekanan sebagai seorang kakak yang boleh dipercayai dalam keluarga Madrigal.[1]

Lagu tersebut memberikan Darrow sebagai kemunculan pertamanya di berbagai carta lagu antarabangsa. Lagu ini memuncak di nombor sembilan Billboard Hot 100, menjadikan Encanto sebagai filem Disney yang pertama menghasilkan dua lagu 10 terbesar di carta lagu tersebut, mengikuti "We Don't Talk About Bruno" yang meraih nombor satu. Di negara negara lain, "Surface Pressure" telah mencapai nombor empat di United Kingdom,[2] nombor lapan di Ireland,[3] nombor 12 di Canada,[4] nombor 18 di Australia,[5] dan nombor 28 di New Zealand.[6] Lagu ini memuncak di nombor sembilan carta lagu Billboard Global 200.[7]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Jessica Darrow

"Surface Pressure" ialah lagu daripada filem fantasi muzikal animasi komputer Disney terbitan tahun 2021 untuk filem Encanto, filem yang ke-60 diterbitkan oleh Walt Disney Animation Studios. Ia adalah lagu ketiga dalam runut bunyi filem itu, yang dikeluarkan oleh Walt Disney Records pada 19 November 2021. Pelakon Amerika, Jessica Darrow mempersembahkan vokal lagu itu, yang ditulis dan dihasilkan oleh pemuzik Amerika, Lin-Manuel Miranda. Dalam filem itu, "Surface Pressure" ialah lagu yang memfokuskan pada Luisa Madrigal, salah seorang kakak kepada protagonis utama Mirabel Madrigal.[1] Untuk alih suara Encanto bahasa Malaysia, nama lagu ini yang telah dikeluarkan ialah "Sekilas Pandang". Secara keseluruhan, Elvira Arul menyanyikan kesemua vokal dalam alih suara lagu ini untuk bahasa Malaysia, manakala untuk alih suara bahasa Indonesia, ia dinyanyikan oleh Nadia Dwi, dengan tajuk lagu "Permukaan". Video muzik alih suara kedua-dua bahasa ini dikeluarkan pada 22 April 2022 di saluran rasmi DisneyMusicAsiaVEVO.[8][9]

Lirik dan komposisi[sunting | sunting sumber]

Luisa merupakan kakak kedua tertua dalam keluarga Mirabel Madrigal yang sentiasa berasa terpaksa. Dalam keluarga Madrigal ajaib mereka, Mirabel adalah orang biasa kerana dia tidak mempunyai kuasa ajaib. Apabila generasi ketiga keluarga semakin dewasa, retakan mula muncul di dinding casita mereka, Mirabel membuat misi untuk mengetahui apa yang telah menghancurkan "keajaiban" mereka. Dia meminta bantuan daripada Luisa, yang berotot dan gagah serta mempunyai kekuatan luar biasa. Walau bagaimanapun, soalan Mirabel tentang "apa yang salah" dipenuhi dengan kehancuran emosi dalam bentuk trek muzik dari Luisa yang menyaksikan dia waspada dalam sesuatu hal serta mengakui ketakutan dan kelemahannya.[10] Memandangkan kekuatannya semakin menghilang, keretakan dalam dinamik keluarga mereka mula menunjukkan lebih banyak. Disebabkan hal itu, Luisa menjadi orang pertama yang kehilangan hadiahnya, kerana dia, keluarganya, serta penduduk pekan telah memberi terlalu banyak tekanan kepada dirinya.[1]

"Surface Pressure" ialah sebuah lagu reggaeton dengan unsur cumbia.[11][12] Darrow menyanyikan "Surface Pressure" dalam kontralto yang "berotot".[13] Lagu ini mengandungi "lirik yang biasanya dexterous" Miranda, dengan rentak yang "berdengung". Di jambatan itu, Luisa terbang melalui lautan awan berwarna merah jambu khayalan, tertanya-tanya apa yang akan berlaku jika dia "shake the crushing weight of expectations" (secara harfiah bermaksud ialah "mengoncangkan beban yang hancur dalam khalayan". Dalam video muzik alih suara bahasa Malaysia, "[boleh] melepaskan.. segala resah") dan berehat; rentaknya kembali, hanya untuk dia tarik dan turun. "drip, drip, drip" yang sama sekali lagi.[14]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Stoddard, Sebastian (January 16, 2022). "Why Luisa's 'Surface Pressure' in 'Encanto' is an Older Sibling Anthem". Collider (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada January 25, 2022. Dicapai pada January 25, 2022.
  2. ^ "Official Singles Chart Top 50" (dalam bahasa Inggeris). Official Charts Company. Dicapai pada 2022-04-02.
  3. ^ "Official Irish Singles Chart Top 50" (dalam bahasa Inggeris). Official Charts Company. Dicapai pada 2022-04-02.
  4. ^ "Billboard Canadian Hot 100: February 5, 2022". Billboard. Dicapai pada Februari 1, 2022.
  5. ^ "ARIA Top 50 Singles Chart" (dalam bahasa Inggeris). Australian Recording Industry Association. Februari 7, 2022. Dicapai pada Februari 4, 2022.
  6. ^ "NZ Top 40 Singles Chart" (dalam bahasa Inggeris). Recorded Music NZ. Februari 14, 2022. Dicapai pada Februari 12, 2022.
  7. ^ "Billboard Global 200: February 5, 2022". Billboard (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada Februari 1, 2022.
  8. ^ DisneyMusicAsiaVEVO (22 April 2022). "Sekilas Pandang (From "Encanto"/Bahasa Malaysia Audio Only)". Youtube (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 22 April 2022.
  9. ^ DisneyMusicAsiaVEVO (22 April 2022). "Permukaan (From "Encanto"/Bahasa Indonesia Audio Only)". Youtube (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 22 April 2022.
  10. ^ Puchko, Kristy (Disember 10, 2021). "This 'Encanto' song is more than a bop, it's an anthem we needed". Mashable (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada Januari 25, 2022. Dicapai pada Januari 25, 2022.
  11. ^ Moran, Robert (Januari 14, 2022). "'Seven-foot frame, rats along on his back': The Encanto soundtrack has taken over my life". Sydney Morning Herald. Diarkibkan daripada yang asal pada Januari 21, 2022. Dicapai pada Januari 25, 2022.
  12. ^ "The Music of 'Encanto' Is a Huge Success. Its Creators Walked a Cultural Tightrope to Get There". Rolling Stone. 2022-02-18. Dicapai pada 2022-03-20.
  13. ^ Ordoña, Michael (Disember 1, 2021). "2022 Oscars original song nominees? They will likely come from this playlist". Los Angeles Times. Diarkibkan daripada yang asal pada Januari 25, 2022. Dicapai pada Januari 25, 2022.
  14. ^ McHenry, Jackson (Januari 24, 2022). "Finally, the Correct Encanto Song Has Broke Into the Top 10". Vulture. Diarkibkan daripada yang asal pada Januari 25, 2022. Dicapai pada Januari 25, 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]