Suri Katriana
Suri Katriana adalah siri drama televisyen Malaysia 2019 diarahkan oleh Pali Yahya, dibintangi Ernie Zakri, Ummi Nazeera, Aishah Azman, Nadiya Nisaa, Zul Huzaimy dan Nazim Othman. Siri drama ini mula ditayangkan di Slot Tiara Astro Prima bagi menggantikan drama Puteri Yang Ditukar bermula 30 Oktober 2019.
| Suri Katriana | |
|---|---|
| Genre | Melodrama Cinta Keluarga Dendam |
| Pengarah | Pali Yahya |
Dibintangi oleh | |
| Lagu pembukaan | "Sinar Mata Hati" oleh Ernie Zakri |
| Lagu penutup | "Sinar Mata Hati" oleh Ernie Zakri |
| Negara asal | |
| Bahasa | Melayu |
| Bilangan episod | 49 |
| Penerbitan | |
| Penerbit eksekutif | Jane Lim |
| Penerbit | David Teo |
| Tempoh siaran | 48 minit |
Syarikat penerbitan | MIG Production Sdn Bhd |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | Astro Prima Astro Prima HD |
| Siaran asal | 29 Oktober 2019 – 6 Januari 2020 |
| Kronologi | |
| Mengikuti | Puteri Yang Ditukar |
| Diikuti oleh | Dua Takdir Cinta |
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Mengisahkan tentang pergolakan dan cabaran hidup yang perlu ditempuhi seorang gadis cantik bernama Suri (Ernie Zakri), yang begitu meminati seni tari, namun tidak dapat meneruskan pembelajaran kerana kekangan kewangan. Suri merupakan seorang gadis kampung yang naif dan baik hati namun segalanya berubah selepas berlaku beberapa tragedi yang meragut nyawa kedua orang tuanya. Keadaan tersebut memaksa Suri untuk menerima lamaran daripada bekas majikan ibunya, Tuan Syed Sadiq (Hasnul Rahmat). Setelah berkahwin, Suri kemudian mengikuti Tuan Syed untuk berpindah ke Siam. Namun begitu, tidak lama kemudian Tuan Syed didapati telah meninggal akibat serangan jantung.
Selepas kematian Tuan Syed, Suri mulai mengubah wajah dan identitinya sebagai Katriana (Ummi Nazeera). Rancangannya untuk membalas dendam terhadap kematian kedua orang tuanya bermula setelah Katriana bertemu semula dengan Faizal (Zul Huzaimy) dan Yasmin (Aishah Azman). Dendamnya kian memuncak apabila dia bertemu semula dengan Saerah (Nadiya Nisaa) yang memberitahunya bahawa kejadian tragis yang menimpa kedua orang tuanya sebelum ini adalah disebabkan oleh perbuatan konspirasi Tuan Syed, Faizal dan Yasmin. Katriana mula menggunakan khidmat Edora (Ezzaty Abdullah) sebagai pembantu peribadi dan rakan subahatnya dalam melaksanakan semua rancangannya untuk membalas dendam. Segala rancangan licik Katriana dilaksanakan Edora. Walau bagaimanapun, tidak kesemua rancangan tersebut berjalan dengan lancar kerana disebabkan suatu kesilapan yang hampir meragut nyawa kekasih hatinya, Danial (Nazim Othman) membuatkan Katriana tidak teragak-agak untuk membunuh Edora. Selepas kematian Edora, Katriana menjalankan rancangannya untuk memburu sasaran terakhirnya, Yasmin. Katriana mulai bertindak menculik Yasmin dan membawanya kembali semula ke kampung halaman mereka. Katriana merancang untuk membunuh Yasmin dengan cara yang sama seperti cara ibunya dibunuh. Danial, Saerah dan Faizal mencuba untuk memujuk Katriana namun segalanya terlambat apabila Katriana bertekad untuk meneruskan niatnya. Faizal dan Yasmin akhirnya terbunuh dalam kebakaran yang terjadi disebabkan Katriana. Akhirnya Katriana meringkuk di dalam penjara seumur hidup setelah dia disabitkan dengan kesalahannya yang menyebabkan kematian Faizal dan Yasmin.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Ernie Zakri sebagai Suri(Ep 1-9)
- Ummi Nazeera sebagai Katriana(Ep 10-49)
- Aishah Azman sebagai Yasmin
- Nadiya Nisaa sebagai Saerah
- Ezzaty Abdullah sebagai Edora(Ep 8-
- Zul Huzaimy sebagai Faizal
- Nazim Othman sebagai Danial
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Hasnul Rahmat sebagai Tuan Syed Sadiq(Ep 4-10)
- Rozita Che Wan sebagai Puan Sofea
- Fadilah Mansor sebagai Mak Limah(Ep 1-6)
- Eleena Sui sebagai Amanda
- Ryzal Jaafar sebagai Rizal(Ep 5-
- Tengku Zara Eryna sebagai Liyana(Ep 9-
- Zaidi Omar sebagai Pak Harun
- Aishah Atan sebagai Mak Enab
- Kazar Saisi sebagai Pak Wan(Ep 1-4)
- Ikhwan Rosli sebagai Ady
- Sharifah Husna sebagai Myra
- Adam Corrie Lee sebagai Chat Chai
Lagu tema
[sunting | sunting sumber]- Tajuk Lagu: Sinar Mata Hati
Penyanyi: Ernie Zakri
Lirik: Slen Fadzil
Komposer: Helen Yap
Terbitan: Universal Music - Tajuk Lagu: Racun Rindu
Penyanyi: Sharul Kamal
Lirik: Aepul Roza
Komposer: Aepul Roza, Syed Syahmil, Daus Srk
Terbitan: Are Studio
Trivia
[sunting | sunting sumber]- Ernie Zakri membawa watak Suri hanya sempat berlakon dari episod 1-8 kemudian watak itu diserahkan kepada Ummi Nazeera dari episod 9 sehingga episod akhir ,kerana tuntutan watak memandangkan Suri asal berkahwin dengan Tuan Sadiq semata-mata pembedahan plastik dengan menggunakan muka Katriana iaitu jasad isteri Tuan Sadiq di Thailand.
- Ummi Nazeera kembali berlakon selepas melahirkan anak sulung pada 2018.
- Lokasi penggambaran dijalankan di sekitar Kuala Lumpur dan Phuket, Thailand untuk episod 6-8.
- Drama ini adalah terakhir sebelum wabak COVID-19 melanda di Malaysia pada Mac 2020,namun mujur drama tersebut berjaya disiapkan pada Julai 2019.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]| Astro Prima: Slot Tiara, Isnin–Jumaat, 6:00 petang | ||
|---|---|---|
| Sebelumnya | Suri Katriana | Berikutnya |
| Puteri Yang Ditukar | Dua Takdir Cinta | |