Suria Di Cordoba
Suria Di Cordoba adalah merupakan sebuah drama televisyen Malaysia 2011 arahan Feroz Kader, dibintangi oleh Sari Yanti, Adi Putra dan Fahrin Ahmad. Siri drama disiarkan bermula pada setiap hari Selasa, pada 7 Jun 2011, jam 9 malam di Astro Prima.
| Suria Di Cordoba | |
|---|---|
| Genre | Drama Agama Cinta Keluarga |
| Ditulis oleh | Mahizan Husain Rozie Rashid |
| Pengarah | Feroz Kader |
Dibintangi oleh | |
| Lagu pembukaan | "Astana Jiwa" oleh Dato' Siti Nurhaliza |
| Lagu penutup | "Astana Jiwa" oleh Dato' Siti Nurhaliza |
| Penggubah | Audi Mok |
| Negara asal | Malaysia |
| Bahasa | Bahasa Melayu |
| Bilangan episod | 26 |
| Penerbitan | |
| Penerbit eksekutif | Zetty Adila Ramly Kamal Kamarul Baharin |
| Penerbit | Zaiton Muhd Jiwa |
| Lokasi | Malaysia Sepanyol |
Pemasangan kamera | Tetapan multi-kamera |
| Tempoh siaran | 45 minit (per episod) |
Syarikat penerbitan | Global Station Sdn Bhd |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | Astro Prima |
| Format gambar | 480i (SDTV) |
| Format audio | Dolby Digital |
| Siaran asal | 7 Jun 2011 – 29 November 2011 |
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Drama ini menceritakan tentang seorang gadis moden campuran Melayu-Sepanyol iaitu Suria Khadijah Parker (Sari Yanti), yang memilih menjadi aktivis untuk membebaskan dirinya dari dunia kebendaan.
Suria yang selama ini bekerja dibawah arahan majikannya, iaitu Indra Putra (Adi Putra) bagaimanapun bertekad mengambil keputusan untuk berhenti walaupun dibayar dengan gaji yang lumayan. Ini kerana Suria tidak tahan dengan sikap dan kerenah Indra yang selalu memperkecilkan serta memperlekehkan dirinya.
Dalam usaha untuk menjejaki sejarah cinta kedua ibu-bapanya yang bermula di Cordoba, dia pula diuji oleh Allah dengan cinta yang luar biasa.
Sewaktu di Sepanyol akan berlakunya sedikit konflik percintaan yang belaku antara Suria dengan dua jejaka iaitu Tengku Huzir (Fahrin Ahmad) dan Indra Putra.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Sari Yanti sebagai Suria Khadijah Parker
- Adi Putra sebagai Indra Putra
- Fahrin Ahmad sebagai Tengku Huzir
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Alif Satar sebagai Rudy
- Lisdawati sebagai Dr. Roziah
- Rahimah Rahim sebagai Mak Suria
- Normah Damanhuri sebagai Salmah
- Kamaliah Mat Dom sebagai Khatijah
- Nadia Mustafar sebagai Nina
- Anzalna Nasir sebagai Zara
- Rykarl Iskandar sebagai Indra Putra kecil