Suria Majapahit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rajah Suria Majapahit menggambarkan susunan tuhan-tuhan Hindu, masing-masing dengan arah mata angin tersendiri.

Suria Majapahit ialah suatu lambang yang banyak ditemui di puing-puing zaman Majapahit. Lambang tersebut berupakan matahari dengan lapan sinaran dan cakera bulat di tengah yang menggambarkan para dewata daripada agama Hindu. Ia mungkin terhasil setelah menggabungkan rajah cakerawala dengan matahari Suria Majapahit,[1] ataupun dengan matahari biasa. Oleh kerana ia sering digunakan dalam zaman Majapahit, mungkin juga ia berfungsi sebagai sebuah lambang kerajaan Majapahit.

Dewa-dewi Hindu[sunting | sunting sumber]

Gambaran Suria Majapahit yang biasa ditemui mengandungi sembilan dewata dan lapan sinaran cahaya matahari. Bulatan tengah matahari menggambarkan sekumpulan sembilan dewata Hindu, dipanggil Dewata Nawa Sanga. Dewata di tengah matahari disusun mengikut lapan arah mata angin, dengan satu dewata di tengah. Susunannya adalah seperti berikut:

Dewa kecil berada di lingkaran luar matahari, diwakilkan dengan lapan sinaran cahaya:

  • Timur: Indera
  • Barat: Waruna
  • Utara: Kubera
  • Selatan: Yama
  • Timur Laut: Isana
  • Barat daya: Bayu
  • Tenggara: Agni
  • Barat daya: Nirhati
Ukiran Suria Majapahit dari puing-puing kuil Majapahit, Muzium Trowulan
Ukiran kemas Suria Majapahit, dari puing-puing kuil Majapahit, Muzium Nasional Jakarta

Lambang tersebut pernah digambarkan dengan rupa-rupa berbeza. Kadangkala ia mempunyai bentuk matahari disertakan bulatan dewa, kadangkala ia hanya merupakan matahari bersinar lapan seperti yang digunakan di siling Candi Penataran.[2] Dewata daripada rajah cakerawala di dalam matahari disusun untuk membentuk sebuah mandala. Satu lagi versi Suria Majapahit mempunyai lapan sinaran matahari dengan dewa matahari, Suria, di tengah menunggang seekor kuda samawi atau rata (chariot). Ukiran Suria Majapahit biasanya ditemui di siling tengah Garbhagriha (balai dalam) kuil contohnya di kuil Bangkal, Sawentar, dan Jawi. Suria Majapahit boleh juga dijumpai pada stela, ukiran halo atau aura di belakang kepala patung. Ukiran Surya Majapahit juga boleh ditemui di batu kubur dari zaman Majapahit, seperti di perkuburan Troloyo di Trowulan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Najam Lakshmi - lambang bintang mewakili Laksmi, dewi kekayaan Hindu

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Umum[sunting | sunting sumber]

  • Pameran dari "Kejayaan Kerajaan-kerajaan Kuno Indonesia" di Istana Anak-anak Indonesia, Taman Mini Indonesia Indah, memamerkan artifak Majapahit koleksi Muzium Trowulan, Jawa Timur. April 2009.
  1. ^ Bullough Nigel (1995). Historic East Java, Remains in Stone, 50th Anniversary of Indonesia Commemorative Edition. Jakarta: ADLine Communications. m/s. 109. 
  2. ^ Bullough Nigel (1995). Historic East Java, Remains in Stone, 50th Anniversary of Indonesia Commemorative Edition. Jakarta: ADLine Communications. m/s. 91.