Suriram

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Suriram adalah sebuah lagu dodoi yang berasal daripada Johor, Malaysia & Riau, Indonesia.[1][2][3][4][5][6][7] Suriram tergolong dalam kumpulan lagu-lagu rakyat yang diperturunkan dari zaman ke zaman oleh penduduk di Alam Melayu di Tanah Melayu ataupun Nusantara Malaysia,Indonesia,Filipina&Brunei. Ia dianggarkan dicipta pada era 1400an menceritan bagaimana harapan si ibu ketika melihat anaknya membesar. Lagu ini merupakan salah sebuah lagu dodoi yang paling popular di kalangan masyarakat Tanah Melayu.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Masyarakat Melayu sememangnya dikenali sebagai bangsa yang kaya dengan adat resam dan budaya. Selain daripada pantun, seloka, sajak atau syair, masyarakat Melayu dahulu juga pandai meluahkan rasa kasih sayang kepada anak-anak mereka dalam bentuk lagu. Lagu dicipta dalam bentuk puisi dan dinyanyikan dengan tujuan mengulit anak (maksud, mengulit – lagu yang didendangkan untuk menidurkan anak).

Dodoi pula bermaksud lagu yang dinyanyikan untuk menghiburkan dan menidurkan bayi supaya cepat terlena. Lagu ini dicipta dan dinyanyikan secara spontan mengikut emosi dan imaginasi ibu atau bapa. Oleh itu kata-kata dipilih dan disusun supaya menjadi puisi yang indah dan menarik serta mengandungi nilai-nilai moral atau seni kata yang sesuai dengan bayi.

Puisi ini akan dinyanyikan dengan gaya, nada dan ritma yang merdu. Puisi yang pendek dan padat akan menjadikan nyanyian dodoi itu indah, merdu dan sedap didengar bukan sahaja dari segi iramanya tetapi juga puitisnya.

=Rakaman semula[sunting | sunting sumber]

"Suriram"
Single oleh Dayang Nurfaizah
daripada album Dodoi Si Manja & Kasih
Dilancarkan pada31 Julai 2005
FormatCD, VCD
GenreDodoi, Tradisional
Panjang-
SyarikatDNAD Entertainment, New Southern Records
PenulisHakcipta Terpelihara
PenerbitGanesan R. Ampalavanar
Kronologi single Dayang Nurfaizah
""Kau Pergi Jua"
(2005)"
"Suriram" ""Kasih Maafkan"
(2005)"
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Lagu Suriram dirakamkan semula oleh penyanyi popular Malaysia bernama Dayang Nurfaizah untuk projek khas Nestle iaitu album Dodoi Si Manja. Ia diedarkan secara percuma untuk setiap pembelian susu tepung Nespray dan dipasarkan bersama 10 lagi lagu dodoi lain yang turut dirakamkan oleh 4 penyanyi wanita lain.

Lagu ini mendapat sambutan hangat ekoran suara gemersik Dayang. Atas pemintaan ramai lagu ini turut dimuatkan dalam album solo kelima beliau yang berjudul Kasih sekaligus menjadi single pengenalan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hall, Julia (2000). "Singing off key: A racial critique of elementary school songbooks". Urban Education. 35 (2): 221–231. doi:10.1177/0042085900352006. Dicapai pada 23 January 2021.
  2. ^ Colon, Joan Catoni (1992). "Explore the World in Song". 78 (9): 46–51. doi:10.2307/3398430. Dicapai pada 23 January 2021. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  3. ^ Kelly, Christine A (2006). ""A Link in a Chain:" An Audiotopic Analysis of Pete Seeger, 1955 – 1962". George Washington University: 21. Dicapai pada 23 January 2021.
  4. ^ Kean, Ronald M (1993). "Multicultural and Ethnically Inspired Choral Music: An Annotated List". The Choral Journal. 33 (10): 45–54. Dicapai pada 23 January 2021.
  5. ^ "Soleram". allaroundthisworld.com. All Around This World. Dicapai pada 23 January 2021.
  6. ^ Pareles, Jon (2014). "A Circle of Celebration, Forged in Africa". nytimes.com. The New York Times. Dicapai pada 23 January 2021.
  7. ^ Ki-Zerbo, Lazare V; Sène, Jean-Jacques N. (2016). L'ideal panafricain contemporain: Fondements historiques, perspectives futures [The Contemporary Pan-African Ideal: Historical Foundations, Future Perspectives] (dalam bahasa French). Senegal: Codesria. m/s. 218. ISBN 978-2-86978-585-4.CS1 maint: unrecognized language (link)