Suruhanjaya Diraja mengenai Kedwibahasaan dan Kedwibudayaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Suruhanjaya Diraja mengenai Kedwibahasaan dan Kedwibudayaan (Tulisan Jawi:سوروهنجاي دراج مڠناءي كدويبهاسأن دان كدويبودايأن)[a] atau Suruhanjaya Laurendeau-Dunton[b] adalah satu suruhanjaya diraja Kanada yang ditubuhkan pada 19 Julai 1963 oleh kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Lester B. Pearson bagi "menyiasat dan melaporkan keadaan kedwibahasaan dan kedwibudayaan yang wujud sekarang di Kanada dan menyarankan cadangan-cadangan yang perlu diambil untuk mengembangkan Gabungan Kanada berdasarkan prinsip yang sama di antara dua ras pengasas iaitu penutur bahasa Inggeris dan penutur bahasa Perancis, melalui pengambil kiraan sumbangan yang dilakukan oleh kumpulan-kumpulan etnik yang lain kepada pengayaan budaya Kanada dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk melindungi sumbangan tersebut."[1]

Suruhanjaya tersebut menerbitkan laporan dan saranannya pada pada 1969, empat tahun selepas penerbitan laporan tinjauan awal yang dikeluarkan pada 25 Februari 1965.[2]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Sepanjang Revolusi Senyap, Kanada menyaksikan kebangkitan semangat kebangsaan Quebec moden kerana nasionalisme rakyat Perancis Kanada di seluruh persekutuan kurang mendapat sokongan dalam kalangan generasi muda penutur bahasa Perancis di provinsi tersebut. Kegagalan untuk mencapai kesamaan bagi bahasa Inggeris dan Perancis di Kanada menjadi salah satu penyebab kepada pergerakan pemisahan Quebec.

Pembentukan[sunting | sunting sumber]

Suruhanjaya itu pertama kali dicadangkan oleh André Laurendeau, ketua penyunting akhbar Le Devoir pada Januari 1962 dan ia kemudiannya ditubuhkan di bawah Perdana Menteri Pearson pada Julai 1963.[3] Laurendeau dan Davidson Dunton, presiden Universiti Carleton dan pengerusi CBC/Radio-Canada dilantik menjadi pengerusi bersama untuk suruhanjaya tersebut.[4] Oleh sebab itu, nama suruhanjaya ini juga dikenali sebagai Suruhanjaya Laurendeau-Dunton.

Sepuluh orang pesuruhjaya yang mewakili komposisi budaya-linguistik telah dipilih. Kerana bidang pendidikan merupakan salah satu tanggungjawab di bawah provinsi, kesemua perdana menteri provinsi juga dipanggil untuk berada di dalam suruhanjaya tersebut.[4]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Dalam bahasa rasmi Kanada; bahasa Inggeris: Royal Commission on Bilingualism and Biculturalism dan Perancis: Commission royale d'enquête sur le bilinguisme et le biculturalisme
  2. ^ Bahasa Inggeris: Laurendeau-Dunton Commission; Bahasa Perancis: Commission Laurendeau-Dunton

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Chapter V: Governments and Language Régimes" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Penerbitan Kerajaan Kanada. m/s. 83.
  2. ^ "Publication du rapport préliminaire de la Commission d'enquête sur le bilinguisme et le biculturalisme" (dalam bahasa Perancis). Bilan du siècle. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Februari 2011.
  3. ^ Graham Fraser (14 Jun 2013). "Archived - Cinquante ans plus tard: le legs de la Commission royale d'enquête sur le bilinguisme et le biculturalism – Notes dans le cadre d'une conférence à l'Université de Moncton" (dalam bahasa Perancis). Pejabat Pesuruhjaya Bahasa Rasmi.
  4. ^ a b G. Laing (4 Mac 2015). Royal Commission on Bilingualism and Biculturalism (dalam bahasa Inggeris). Ensiklopedia Kanada.