Pergi ke kandungan

Suruhanjaya Eropah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Suruhanjaya Eropah

Suruhanjaya Eropah (Belanda: Europese Commissie, Bahasa Bulgaria: Европейска комисия, Croatia: Europska komisija, Czech: Evropská komise, Denmark: Europa-Kommissionen, Estonia: Euroopa Komisjon, Hungary: Európai Bizottság, bahasa Inggeris: European Commission, Ireland: Coimisiún Eorpach, Itali: Commissione europea, Jerman: Europäische Kommission, Latvia: Eiropas Komisija, Lithuania: Europos Komisija, Malta: Kummissjoni Ewropea, Perancis: Commission européenne, Poland: Komisja Europejska, Portugis: Comissão Europeia, Romania: Comisia Europeană, Sepanyol: Comisión Europea, Slovak: Európska komisia, Slovenia: Evropska komisija, Suomi: Euroopan komissio, Svensk: Europeiska kommissionen, Yunani: Ευρωπαϊκή Επιτροπή, kependekan EC) merupakan badan eksekutif pentadbiran Kesatuan Eropah. Badan ini dianggotai oleh 27 "Pesuruhjaya" yang diketuai oleh seorang Presiden dan berfungsi seperti kabinet menteri. Suruhanjaya Eropah bertanggungjawab mencadangkan bil perundangan, melaksanakan dasar EU serta mengimplementasikan perjanjian-perjanjian yang termeterai.

Bahasa kerja EC ialah bahasa Inggeris, bahasa Perancis dan bahasa Jerman. EC beribu pejabat di Brussel.

Suruhanjaya Eropah kini[bila?] atau "Suruhanjaya Barroso" diketuai oleh José Manuel Barroso dari Portugal.

Pemilihan

[sunting | sunting sumber]

Selepas seorang Presiden tamat berkhidmat, seorang Presiden baru akan dicalonkan oleh Dewan Eropah (bukan Majlis Eropah). Calon itu kemudian dipilih secara rasmi oleh Parlimen Eropah. Selepas dipilih, Presiden akan melantik beberapa orang Naib Presiden dan Pesuruhjaya lain. Beliau melantik seorang Pesuruhjaya dari setiap negara ahli EU. Pelantikannya mesti mendapat persetujuan Parlimen Eropah.

Senarai Presiden

[sunting | sunting sumber]
No. Presiden Suruhanjaya Mula berkhidmat Tamat Negara Parti politik Foto
1 Walter Hallstein Suruhanjaya Hallstein 1958 1967 Jerman CDU (CD) Fail:Walter Hallstein 1963.jpg
2 Jean Rey Suruhanjaya Rey 1967 1970 Belgium PRL (LDR) Fail:Jean Rey Geneva.jpg
3 Franco Maria Malfatti suruhanjaya Malfatti 1970 1972 Itali DC (CD) Fail:Franco Maria Malfatti Press C.jpg
4 Sicco L. Mansholt Suruhanjaya Mansholt 1972 1973 Belanda PvdA (SOC)
5 François-Xavier Ortoli Suruhnjaya Ortoli 1973 1977 Perancis RPR (CD) Fail:François-Xavier Ortoli and Wilhelm Haferkamp.jpg
6 Roy Jenkins Suruhanjaya Jenkins 1977 1981 United Kingdom Lab (SOC) Fail:Roy Jenkins, Brussels.jpg
7 Gaston Edmont Thorn Suruhanjaya Thorn 1981 1985 Luxembourg DP (LDR) Fail:Gaston Thorn 1975.jpg
8 Jacques Delors Suruhanjaya Delors 1985 1995 Perancis PS (PES)
9 Jacques Santer Suruhanjaya Santer 1995 1999 Luxembourg CSV (EPP) Fail:Santer EC.jpg
Manuel Marín (sementara) Suruhanjaya Marín 3/1999 9/1999 Sepanyol PSOE (PES) Fail:Manuel Marín 1989.jpg
10 Romano Prodi Suruhanjaya Prodi 1999 2004 Itali Dem (PES)
11 José Manuel Barroso Suruhanjaya Barroso 2004 kini Portugal PSD (EPP)

Petunjuk:   [     ] Berhaluan kiri - [     ] Liberal - [     ] Berhaluan kanan

Suruhanjaya Barroso

[sunting | sunting sumber]
PortfolioPesuruhjayaNegaraParti
PresidenJose Manuel BarrosoPortugalEPP
Naib Presiden Pertama
Hubungan Institusi dan Strategi Perhubungan
Margot WallstromSwedenPES
Naib Presiden
Keusahawanan dan Industri
Gunter VerheugenJermanPES
Naib Presiden
Keadilan, Kebebasan dan Keselamatan
Franco FrattiniItaliEPP
Naib Presiden
Pengangkutan
Jacques BarrotPerancisEPP
Naib Presiden
Hal Ehwal Pentadbiran, Audit dan Pencegahan Rasuah
Siim KallasEstoniaELDR
Hal Ehwal Ekonomi dan KewanganJoaquin AlmuniaSepanyolPES
Pasaran Dalam Negeri dan PerkhidmatanCharlie McCreevyIrelandAEN
Pertanian dan Pembanguan DesaMariann Fischer BoelDenmarkELDR
PertandinganNeelie KroesBelandaELDR
PerdaganganPeter MandelsonUnited KingdomPES
Perikanan dan Hal Ehwal KelautanJoe BorgMaltaEPP
Alam SekiterStavros DimasGreeceEPP
KesihatanMarkos KyprianouCyprusALDE
Pembangunan dan Bantuan KemanusiaanLouis MichelBelgiumELDR
PembesaranOlli RehnFinlandELDR
Pengupahan, Hal Ehwal Sosial dan Peluang SetaraVladimir SpidlaRepublik CzechPES
Cukai dan Kesatuan KastamLaszlo KovacsHungaryPES
Program Kewangan dan BelanjawanDalia GrybauskaiteLithuaniabebas
Hubungan Luar dan Dasar Kejiranan EropahBenita Ferrero-WaldnerAustriaEPP
Pendidikan, Pelatihan dan BudayaJan FigelSlovakiaEPP
Dasar SerantauDanuta HubnerPolandbebas
TenagaAndris PiebalgsLatviaELDR
Sains dan PenyelidikanJanez PotocnikSloveniabebas
Masyarakat Maklumat dan Media MassaViviane RedingLuxembourgEPP
Perlindungan PenggunaMeglena KunevaBulgariaELDR
KeberbilangbahasaanLeonard OrbanRomaniabebas