Suruhanjaya Ketenteraan Pusat (China)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Suruhanjaya Ketenteraan Pusat Parti Komunis China
中国共产党中央军事委员会
Zhōngguó Gòngchǎndǎng Zhōngyāng Jūnshì Wěiyuánhuì
Lambang Parti Komunis China
Intisari agensi
Dibentuk28 September 1954
Agensi terdahulu
Bidang kuasa
Tentera Pembebasan Rakyat, Polis Bersenjata Rakyat, dan Militia China
Ibu pejabatBangunan 1 Ogos, Beijing
Eksekutif Agensi
Agensi induk
Jawatankuasa Pusat CPC
Suruhanjaya Ketenteraan Pusat Republik Rakyat China
中华人民共和国中央军事委员会
Zhōnghuá Rénmín Gònghéguó Zhōngyāng Jūnshì Wěiyuánhuì
Lambang Kebangsaan Republik Rakyat China
Intisari agensi
Dibentuk18 Jun 1983
Bidang kuasa
Tentera Pembebasan Rakyat, Polis Bersenjata Rakyat dan Militia China
Ibu pejabatBangunan 1 Ogos, Beijing
Eksekutif Agensi
Agensi induk
Kongres Rakyat Kebangsaan
Laman sesawang
GOV.CN Ministry of National Defense
Suruhanjaya Ketenteraan Pusat (China)
Cina Ringkas: 中央军事委员会
Cina Tradisional: 中央軍事委員會
Suruhanjaya Ketenteraan Pusat Parti Komunis China
Tulisan Ringkas: 中国共产党中央军事委员会
Tulisan Tradisional: 中國共產黨中央軍事委員會
CMC secara rasminya ditempatkan di kawasan Kementerian Pertahanan ("Bangunan 1 Ogos")

Suruhanjaya Ketenteraan Pusat (CMC) merujuk kepada organisasi pertahanan negara yang selari dengan Parti Komunis China dan Republik Rakyat China: Suruhanjaya Ketenteraan Pusat Parti Komunis China, sebuah organ Parti dibawah Jawatankuasa Pusat CPC, dan Suruhanjaya Ketenteraan Pusat Republik Rakyat China, sebuah organ pusat negara dibawah Kongres Rakyat Kebangsaan, sebagai cabang tentera kerajaan nasional.

Perintah dan kawal Tentera Pembebasan Rakyat, Polis Bersenjata Rakyat dan Militia dilaksanakan atas nama CMC Negara, di selia oleh Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan. CMC Negara secara nominal dianggap sebagai badan pembuat dasar tertinggi tentera dan pengerusinya, dipilih oleh Kongres Rakyat Kebangsaan, adalah panglima tertinggi angkatan tentera. Secara realitinya, perintah dan kawal PLA, bagaimanapun, masih dipegang oleh Suruhanjaya Ketenteraan Pusat Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China—iaitu CMC Parti.

Kedua-kedua suruhanjaya mempunyai keanggotaan yang sama, oleh itu sebenarnya membentuk satu institusi serupa dibawah dua nama yang berlainan (dipanggil Cina ringkas: 一个机构两块牌子pinyin: yígè jīgòu liǎngkuài páizi), untuk melengkapkan sistem kerajaan negara dan parti. Kedua-dua suruhanjaya kini dipengerusikan oleh Xi Jinping, yang merupakan Setiausaha Agung Parti Komunis China merangkap pemimpin agung. Suruhanjaya 11-orang mengeluarkan arahan-arahan yang berkaitan dengan PLA, termasuk pelantikan pegawai kanan, penempatan pasukan dan perbelanjaan senjata. Hampir kesemua anggota adalah para jeneral kanan, tetapi jawatan yang paling penting selalunya dipegang oleh pemimpin parti paling kanan untuk memastikan kesetiaan mutlak angkatan tentera dan untuk memastikan kelangsungan hidup rejim.[1] CMC mengawal lebih 6.8 juta anggota.

CMC ditempatkan di kawasan Kementerian Pertahanan ("Bangunan 1 Ogos") di barat Beijing.

Keanggotaan[sunting | sunting sumber]

Pembentukan terkini Suruhanjaya Ketenteraan Pusat Parti Komunis telah ditentukan di Kongres Parti Ke-19 yang berlangsung pada Oktober 2017; suruhanjaya negara itu menunggu pengesahan di Kongres Rakyat Kebangsaan 2018.[2]

Pengerusi
Naib Pengerusi (2)
  1. Jeneral Udara Xu Qiliang, Ahli Politburo Ke-19, Timbalan Eksekutif Pemimpin Kumpulan Utama CMC bagi Pertahanan Nasional dan Pembaharuan Tentera
  2. Jeneral Zhang Youxia,[3] Ahli Politburo Ke-19, Timbalan Pemimpin Kumpulan Utama CMC bagi Pertahanan Nasional dan Pembaharuan Tentera
Keanggotaan (4)
  1. Jeneral Wei Fenghe, Ahli Dewan Negara dan Menteri Pertahanan
  2. Jeneral Li Zuocheng, Ketua Staf Bersama
  3. Laksamana Miao Hua, Pengarah Jabatan Kerja Politik CMC
  4. Jeneral Zhang Shengmin, Setiausaha Jawatankuasa CMC bagi Pemeriksaan Tatatertib, juga Timbalan Setiausaha Suruhanjaya Pusat bagi Pemeriksaan Tatatertib CPC.

Organisasi[sunting | sunting sumber]

Organisasi dalaman sebenar CMC sangat rahsia. Tetapi, sehingga tahun 2015 ia diketahui bahawa CMC terdiri daripada 5 jabatan utama. Jabatan Staf Bersama adalah pusat utama keseluruhan pemerintahan tentera China dan sistem kawalan, bertanggungjawab bagi tugas pentadbiran harian CMC. Pejabat Am memproses semua komunikasi dan dokumen CMC, menyelaras mesyuarat, dan menyampaikan perintah dan arahan kepada organ-organ subordinat yang lain.

Semasa pembaharuan tentera 2015, atas arahan Pengerusi Xi Jinping, 15 jabatan diwujudkan bagi menggantikan 5 institusi, yang dibubarkan. 15 jabatan tersebut adalah:[4]

  1. Pejabat Am (办公厅)
  2. Jabatan Staf Bersama (联合参谋部)
  3. Jabatan Kerja Politik (政治工作部)
  4. Jabatan Sokongan Logistik (后勤保障部)
  5. Jabatan Pembangunan Kelengkapan (装备发展部)
  6. Jabatan Latihan dan Pentadbiran (训练管理部)
  7. Jabatan Kerahan Pertahanan Nasional (国防动员部)
  8. Jawatankuasa Pemeriksaan Tatatertib (纪律检查委员会)
  9. Jawatankuasa Hal Ehwal Politik dan Undang-Undang (政法委员会)
  10. Jawatankuasa Sains dan Teknologi (科学技术委员会)
  11. Pejabat Perancangan Strategik (战略规划办公室)
  12. Pejabat Pembaharuan dan Struktur Organisasi (改革和编制办公室)
  13. Pejabat Kerjasama Ketenteraan Antarabangsa (国际军事合作办公室)
  14. Pejabat Audit (审计署)
  15. Agensi bagi Pejabat Pentadbiran (机关事务管理总局)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Petikan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ BBC, "How China is Ruled: Military Affairs Commission", accessed 05-6-2010
  2. ^ "新一届中央军委委员中3位是从战火中走出的将军". Sina. 2017-10-27.
  3. ^ Chan, Minnie (2017-10-25). "General Zhang Youxia: Xi Jinping's 'sworn brother' now his deputy on China's top military body". South China Morning Post. Dicapai pada 2017-10-26.
  4. ^ "国防部新闻事务局官微发布中央军委机关英文译名". People's Daily Online. Dicapai pada 2016-01-15.

Sumber[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Templat:People's Republic of China politics